Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Tip murah rezeki kali ini mudah sahaja. Hanya dengan MEMBERI… Uji parameter diri dengan Memberi. Memberi sedikit pun tak mengapa...

Rahsia Murah Rezeki

Tip murah rezeki kali ini mudah sahaja.
Hanya dengan MEMBERI…
Uji parameter diri dengan Memberi.

Memberi sedikit pun tak mengapa.
Nanti lama-lama membukit juga.
sikit sikit lama lama jadi bukit.
Apa yang penting, lakukan amal kebaikan
dengan istiqamah.

Kesudian memberi dan berkongsi sesuatu
yang berharga, itu yang lebih utama dan
bermakna lagi terpuji sifatnya.

Nabi Muhammad SAW menghiburkan hati
kaumnya dengan menyatakan sedekah itu
tidak semestinya dengan harta.
Banyak perkara boleh dianggap sedekah-
Tasbih, tahmid dan takbir, menyeru yang
baik dan mencegah yang mungkar.
Termasuk juga dalam pesanan Nabi SAW
ialah apabila ringan tulang membantu orang,
hatta  mengukirkan senyuman, itu juga sedekah.

Semoga kita tergolong dalam Jemaah
yang MEMBERI. Inshaa Allah.

0 comentários: