Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Kita lahir dan hidup di dunia ini adalah bukan keinginan dan permintaan kita, tapi kerana kehendak dan kekuasaan Allah SWT semata. Bukank...

Rasai Nikmat Hidup

Kita lahir dan hidup di dunia ini adalah bukan keinginan

dan permintaan kita, tapi kerana kehendak dan kekuasaan

Allah SWT semata. Bukankah kita dulunya tiada, kemudian

menjadi ada dan akan menjadi tiada kembali (mati).

Itu adalah kehendak , rahmat dan kasih sayang-Nya semata

kepada semua makhluk Nya.


Ini bererti bahawa, hidup itu sendiri adalah nikmat terbesar

dari nikmat-nikmat yang telah kita terima. Semua nikmat

hakikatnya adalah rezeki dan semua nikmat menjadi tidak

bererti  apa-apa jika kita tidak diberi kehidupan.


Oleh itu, gunakanlah nikmat ini sebaik-baiknya agar kita

mendapat petunjuk, keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.

Sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang kita terima dan

sentiasa menyebutnya dan memuji kebesaran Allah SWT.


"Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu

menyebutnya (dengan bersyukur)". – Ad-Dhuha: 11


Sekadar untuk peringatan bersama…

Saya doakan anda bertambah rezeki dan lebih bahagia!

0 comentários: