Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Kata Henry Ford, "Jika anda fikir anda boleh, anda betul. Jika anda fikir anda tidak boleh, anda juga betul." Kata Nap...

Sistem Kepercayaan Diri - Penentu Realiti Hidup Anda

Kata Henry Ford, "Jika anda fikir anda boleh,
anda betul. Jika anda fikir anda tidak boleh,
anda juga betul."

Kata Napoleon Hill, "Apa yang minda percaya,
anda boleh mencapainya."

Kata saya, anda akan nampak sesuatu apabila
anda percaya ia berlaku. Jika anda percaya
kehidupan ini bagus, anda akan nampak buktinya
di sekeliling anda.

Kepercayaan anda terbentuk sejak kecil lagi.
Semuanya terakam dalam minda bawah sedar
daripada orang-orang yang mempengaruhi anda
dan daripada perkara-perkara yang anda lihat
dan dengar. Pemikiran anda di minda adalah
benar, yang mana apa yang anda percaya ia
benar, ia akan hadir dalam realiti hidup anda.

Hukum Tarikan memberitahu anda bahawa apayang anda fikir adalah apa yang anda tarik dalam
kehidupan anda. Jika anda percaya sesuatu yangnegatif akan berlaku dalam hidup anda, anda
menarik keadaan itu kepada anda. Begitulah sebaliknya.

Kepercayaan anda datang daripada bagaimanaanda dibesarkan dalam keluarga anda atau bagaimana
anda dipengaruhi sejak kecil. Segala maklumat yangdiberikan kepada anda telah diprogramkan dalam
minda anda, samada positif atau negatif.
Kehidupan anda sekarang adalah hasil daripada
kepercayaan anda yang lalu.

Jika anda telah dibesarkan dalam suasana yangnegatif, realiti hidup anda sekarang adalah negatif.
Contohnya, dari kecil anda dibesarkan dalamkeluarga yang porak-peranda, penuh dengan
pergaduhan, maka kehidupan anda sekarangsering bergelut dalam pergaduhan.

Namun, anda boleh mengubah keadaan negatif itukepada positif dengan memprogram semula minda
anda dengan teknik-teknik Hukum Tarikan.

0 comentários: