Tidak ramai orang yang mengenali dirinya sendiri lebih dalam, kebanyakan hanya mengenal dirinya sendiri melalui percakapan orang-orang di sekeliling sahaja seperti keluarga, rakan-rakan, ataupun masyarakat di sekelilingnya.
Sehinggakan ramai orang yang tidak mengenal dirinya sendiri, merasakan bahawa dirinya telah "sempurna" dibandingkan orang lain sehingga menimbulkan rasa sombong dan riak terhadap orang lain.
Sebaiknya seseorang harus lebih mengenal dirinya sendiri kerana terdapat beberapa manfaat yang akan memberi manfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain di sekitarnya.
Berikut adalah beberapa Kelebihan Mengenal Diri Sendiri.
Mengetahui Kelebihan Diri
Semakin kita tahu kelebihan yang ada dalam diri kita dan ternyata diakui juga oleh orang di sekeliling kita, maka rasa percaya kepada diri semakin meningkat. Sentiasa tingkatkan atau mempertahankannya.
Mengetahui Potensi yang Terpendam
Ramai orang yang tidak mengetahui potensi yang ada dalam dirinya sehingga seringkali potensi itu tidak dibajai dan "mati" di tengah jalan.
Setelah mengetahuinya, manfaatkan potensi itu dengan segera untuk mencapai matlamat hidup.
Menambah Rasa Syukur kepada Allah
Dengan banyaknya sifat positif, anda pasti tahu bahawa Allah memberikan anda banyak kelebihan yang mungkin selama ini tidak diperhatikan dan disyukuri. Kerana jika kita mensyukuri apa yang diberikan oleh Allah maka Allah akan menambah nikmatNya kepada kita. InsyaAllah.
Mengetahui Kelemahan Diri
Jika anda telah mengetahui kelemahan diri anda bahawa ada sifat negatif yang menjadi 'batu halangan' ketika anda ingin melangkah atau berhubungan dengan orang lain, maka usahakan untuk membuangnya atau mengurangkannya.
Tidak Sombong
Menyedarkan diri supaya tidak bersikap sombong, kerana ternyata masih banyak kekurangan. 'Di atas langit masih ada langit'.
Itulah pepatah yang perlu anda pegang. Sepandai-pandai anda dalam bidang tertentu, pastinya ada orang yang lebih pandai dari anda.
Jadi, jangan mudah sombong apalagi ditambahi dengan merendahkan orang lain, kerana kita ini masih banyak kekurangan.
Jika kita sudah mengetahui potensi diri kita dan juga kekuatan yang kita ada, langkah seterusnya adalah kita harus fokus kepada kekuatan itu dan terus bertindak terhadap kekuatan itu, sudah pasti kejayaan akan datang dalam kehidupan kita. Memang sangat penting untuk kita mengenal diri sebelum mengenal kejayaan.
Tidak ramai orang yang mengenali dirinya sendiri lebih dalam, kebanyakan hanya mengenal dirinya sendiri melalui percakapan orang-orang di se...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: