Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit. ATAU Duit adalah segala-segalanya tetapi tidak segala-galanya perlukan d...

Falsafah Duit

Duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit.

ATAU

Duit adalah segala-segalanya tetapi tidak segala-galanya perlukan duit.
Bagi saya, Money matters! Money does matter!

Dikhuatiri jika pernyataan yang salah tertanam dalam minda kita boleh mendorong kita untuk tidak perlu berbuat apa-apa. Tidak perlu berusaha dan biarlah keadaan dan takdir yang menentukan memandangkan duit bukanlah segala-galanya!

Jika kita letakkan duit sebagai pendorong kita, bukan bermakna kita bertuhankan duit. Dalam masa yang sama kita faham bahawa segala-galanya perlukan duit!

Sebenarnya duit hanya mendorong kita untuk berkerja kuat tetapi dalam masa yang sama kena tanam dalam hati kita bahawa itu setelah kita berusaha dan berkerja kuat. Namun jika tetap juga belum berjaya lagi maka pujuklah hati kita untuk meredakan tekanan jiwa dan hati yang duit bukanlah segala-galanya. Itu saja!

Tidak kira pernyataan pilhan anda yang mana, dorongan untuk anda berusaha, berusaha dan berusaha tetap wajib dilaksanakan. Kemudian kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Begitu juga pernyataan, kita mestilah bersederhana dalam apa yang kita lakukan. Ditakuti kita cuma mengambil usaha yang bersederhana sahaja tetapi mengharapkan keputusan dan pencapaian yang tinggi dalam hidup. Sedangkan bersederhana diertikatakan pada tempat2 yang sesuai untuk kita hidup bersederhana seperti makan minum, berpakaian dan berhibur. Atau bersederhana dalam soal yang boleh mengurang atau menghapus sifat-sifat tidak baik seperti riak serta perlakuan boleh memudaratkan kepada kesihatan.

Tetapi jika kita inginkan sesuatu pencapaian yang cemerlang, usaha itu tidak boleh bersederhana tetapi perlu berusaha kuat dan bersungguh-sungguh!

Kita letakkan sikap dan sifat yang betul pada tempatnya dan In syaa Allah hidup kita akan lebih berkat!

Hidup kaya tidak bermaksud anda mesti makan 3 pinggan dengan sekali gus atau anda bebas berbelanja boros yang memacu kepada pembaziran tetapi hidup kaya bersederhana yang boleh membawa anda kepada peluang untuk mengumpul bekalan anda di akhirat nanti. Pergunakan duit yang melimpah luah itu untuk bersedekah, berzakat dan berwakaf dengan sebaik-baiknya.

Dan kerana itu, duit adalah segala-galanya!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: