Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Tumpang kejayaan! Jangan hanya menumpang kejayaan orang lain! Manfaatkan modal insan anda dan pasangan anda! Jangan hanya menumpang ke...

Tumpang Kejayaan

Tumpang kejayaan!

Jangan hanya menumpang kejayaan orang lain!

Manfaatkan modal insan anda dan pasangan anda!

Jangan hanya menumpang kejayaan pasangan kita sahaja. Cipta kejayaan sendiri di samping membantu pasangan kita!

Cipta satu lagi sumber pendapatan melalui perniagaan biarpun kecil!

Percaya atau tidak, sedar atau tidak, kita selalu melihat kejayaan pasangan kita, merupakan kejayaan kita juga!

Tetapi jika pasangan kita gagal mencapai kejayaan yang diharapkan, tidak kira besar atau kecil manapun kegagalan itu, kita sukar mengakui itu kegagalan kita juga. Tidak mahu kegagalan itu terpalit pada kita! Walhal, jika kejayaan itu terserlah, kita tidak segan-segan meraikannya bersama! Kita menumpang kejayaan orang lain!

Dalam hal rumahtangga, banyak saya perhatikan terutama jika pasangan tidak bekerja atau suri rumah menghabiskan masanya samada mengemas rumah dan mengasuh anak sendiri semata-mata. Samada tidak mahu atau tidak tahu atau tidak terfikir untuk membantu dalam soal menambah sumber mata pencarian@ pendapatan keluarga!

Dan Sang Ketua keluarga juga dengan egonya berkeras bahawa dia sahajalah yang berhak menyediakan segala pakai minum keluarga kerana statusnya sebagai ketua keluarga. Walhal, mata pencarian sentiasa tidak bercukupan hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Itu belum bab anak nak masuk kolej, nak bayar yuran bas sekolah, sewa rumah, bil air, elektrik dan pelbagai bil-bil yang bertimbun membukit!

Di era ekonomi global dan teknologi maklumat ini sedang berkembang pesat, satu sumber punca mata pencarian sahaja sekarang ini tidak cukup, tambahan segala jenis cukai mulai dikenakan ke atas pengguna sangat tidak masuk akal dan membebankan! Jika kita tidak ambil peluang tambah sumber pendapatan melalui perniagaan, ada orang lain yang akan merebut peluang tersebut!

Jangan kita leka dengan kejayaan pasangan kita mahupun buat tak endah dengan kegagalan rumahtangga dengan tidak merancang apa-apa pelan tindakan.

Tidak kasihankah kita melihat pasangan kita seharian suntuk bekerja dan akhirnya menghidangkan santapan yang tidak pernah bercukupan? Redha sahaja tidak cukup tanpa kita sendiri sama-sama berusaha dan mencari jalan dengan izin pasangan bersama-sama membantu membina hidup baru dengan rancangan kehidupan yang lebih baik?

Jangan kita lepas tangan semata-mata itu adalah tanggungjawab pasangan kita! Walhal kita tahu tempat bekas beras selalu kosong dan dapur pun jarang-jarang berasap. Tambahan kita memang tidak mampu untuk makan-makan santai di restoren bersama keluarga walaupun untuk sekali sebulan kerana hanya mempunyai satu sumber pendapatan.

Adakah sanggup atau tergamak kita melihat pasangan kita, terpaksa berhempas pulas mengambilalih tugas mencari pula sumber pendapatan bersendiri tatkala kita sudah tiada lagi nanti? Dan pada ketika itu pasangan kita hanya bersendirian terkontang-kanting baru ingin mula bina hidup baru tanpa pasangan di sisi? Tersiksa dan menderita untuk kembali membina semula rumahtangga sendirian.
Alangkah lebih indah dan mudah jika kedua-dua pasangan masih berupaya bersama-sama tatkala hayat masih dikandung badan membina hidup yang lebih bermakna merancang membina sumber-sumber pendapatan tambahan bersama!

Jangan bergantung harap hanya kepada pasangan kita sahaja untuk capai kejayaan hidup. Sebaliknya bersama-sama membina kejayaan dengan membina sumber pendapatan tambahan bersama agar hidup dapat diimbangi dengan sempurna tanpa bergantung hanya pada satu sumber sahaja. Jangan tunggu hingga jadi ibu atau bapa tunggal baru nak mengorak langkah!

Raikan kejayaan bersama dan bukan menumpang kejayaan pasangan sahaja!

Mula bina sebuah perniagaan walaupun kecil!

Fikirkan kembali!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: