Ijazah tidak memberi jaminan!
Pelajaran tinggi tapi tetap tidak berjaya!
Jangan anda ingat anda ada segulung sijil ijazah, anda sudah berjaya! Ya, tak dinafikan anda sudah capai kejayaan, hanya pada satu tahap fasa yang pertama sahaja. Tahukah anda, anda ada 4 fasa kehidupan lagi dalam realiti hidup sebenar yang perlu anda lalui untuk anda lulus dalam perjalanan seterusnya?
Ramai orang yang mempunyai kelayakan akademik yang membanggakan tapi kebanyakan mereka berakhir dengan biasa-biasa atau lebih teruk kegagalan dalam kehidupan. Hidup seperti kais pagi makan pagi. Lari dari realiti kehidupan sebenar kerana takutkan dikejar bayang-bayang sendiri.
Realitinya semua berkait soal kewangan!
Ingin hidup mewah ketika masih belum tiba masanya! Hanya kerana ingin menunjukkan status kejayaan setelah perolehi sekeping ijazah tidak dapat menjamin apa-apa pun! Mereka menipu diri sendiri. 'Tak dapek den nak nolong' kata orang nogori!
Kita tidak diajar secara formal bagaimana mengendalikan hidup selepas melalui alam persekolahan atau setelah tamat belajar di menara gading!
Di sinilah yang membezakan antara garisan hidup dan garisan mati. Jika anda tersilap langkah, anda mungkin terjerumus ke lurah membawa anda ke lembah maut! Ambang maut yang menyebabkan anda dibebani dengan masalah dunia kewangan! Fenomena yang menyebabkan ramai terjebak dalam kebankrapan dalam usia yang terlalu muda. Saya boleh katakan usia dalam lingkungan 30an.
Bayangkan ada baki 30 tahun lagi untuk anda harungi hidup ini mengikut piawai kajian umur purata hayat manusia. Parah!
Pilih jalan yang betul bukan lagi satu pilihan malah anda wajib buat keputusan yang tepat untuk anda terus maju ke hadapan dengan bergaya dan berjaya! Bertindak awal, seawal anda mula berkerjaya!
Walaupun anda dikira berjaya jika mendapatkan pekerjaan mengikut kelayakan akademik anda. Tetapi ramai juga yang gagal apabila mencapai umur 30 tahun dan bayangkan terpaksa hidup lebih susah daripada orang miskin!
Kenapa terjadi begitu?
Jawapannya adalah kurangnya ilmu kewangan yang wajib diketahui oleh setiap para graduan yang baru mengenal dunia dalam berkerjaya!
Mereka hanya menyedari kesilapan apabila mereka sudah berada pada tahap kritikal! Itupun kalau dia masih sedar. Tuntutlah ilmu yang ada kaitan dalam soal menguruskan masa, kewangan, pelaburan dan perniagaan supaya kita tidak dikejutkan dengan isu kebankrapan.
Semua ilmu itu tidak datang bergolek atau datang melayang. Ianya perlu usaha, masa dan wang untuk kita menuntut ilmu-ilmu ini.
Jangan anda ingat anda seorang arkitek atau doktor atau jurutera hatta seorang pensyarah perakaunan pun sekarang ini, hidup anda akan selesa dan terjamin. Anda belum tentu boleh berjaya mengharungi kehidupan ini jika anda tidak punyai ilmu bijak wang!
Mulakan usaha kita sekarang sebelum terlambat! Jika tidak, masa kita akan disingkatkan dengan lebih pantas tanpa ilmu-ilmu kewangan yang dapat memberi perlindungan dan pertahanan diri dari kemelut masalah kewangan!
Jangan tunggu lama-lama!
Nukilan Wan Roslan Wan Salleh
Ijazah tidak memberi jaminan! Pelajaran tinggi tapi tetap tidak berjaya! Jangan anda ingat anda ada segulung sijil ijazah, anda sudah be...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: