Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Jangan tunggu! Masa tidak menunggu anda. Ia tetap bergerak meninggalkan kita! Bermakna jika anda menangguhkan tindakan, anda tetap akan men...

Masa tidak menunggu anda

Jangan tunggu!

Masa tidak menunggu anda. Ia tetap bergerak meninggalkan kita! Bermakna jika anda menangguhkan tindakan, anda tetap akan menjadi tua. Lagi lama anda bertangguh lagi lambat anda mencapai kejayaan!
Apa saja yang ada dalam fikiran kita untuk lakukan demi perubahan dalam kehidupan, jangan bertangguh! Jangan biarkan kejayaan terlepas berlalu begitu sahaja tanpa anda melakukan apa-apa!

Anda sudah merancang pelan tindakan dan nampak kejayaan itu. Tetapi ianya hanya bermain di dalam minda anda. Tanpa bertindak, tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Mulakan langkah pertama itu!

Percayalah yang menghalang anda adalah 'budak kecil' yang berada dalam diri anda. Dia yang selalu memperkecilkan kemampuan anda. Dialah yang membisik ke dalam lubuk hati anda yang anda tidak ada daya dan bakat serta tiada ciri-ciri langsung untuk menjadi orang kaya!

Anda sedang berlawan dengan 'budak kecil' anda sendiri. Jika anda sudah ada pelan tindakan, terjermahkan ke dalam bentuk tindakan.

Nyahkan gangguan 'budak kecil' anda, yang memang tidak mahu melihat anda berubah kerana 'budak kecil' itulah yang sebenarnya duduk di dalam zon selesa! Bukan anda! Anda masih jauh lagi untuk mencapai cita-cita anda untuk menjadi orang kaya. Jangan biarkan anda terhasut dengan 'budak kecil' dalam diri anda.

Jadikan diri anda, ANDA! Bukan diri anda, 'budak kecil' itu, yang selalu mengganggu hidup anda selama ini! Buang dia jauh-jauh dari hidup anda. Ingat!, anda yang mengawal kehidupan anda dan bukannya anda dikawal oleh 'budak kecil' yang nakal itu!

Selamat alami hidup dan semangat baru!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: