Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Sibuk cari kekayaan! Pernah saya ditanya oleh rakan rapat saya, mengapa saya masih sibuk mencari harta kekayaan, sibuk dengan bisnes dan bi...

Sibuk cari kekayaan

Sibuk cari kekayaan!

Pernah saya ditanya oleh rakan rapat saya, mengapa saya masih sibuk mencari harta kekayaan, sibuk dengan bisnes dan bina bisnes lagi sedangkan usia dah nak sampai ke penghujung? Jawapan saya kepada mereka, saya suka melakukannya!

Kita tahu ke bila kita nak mati? Kalau kita tahu bila nak mati senang buat perancangan duit cukup-cukup saja! Bayangkan umur panjang disangka sampai 60 tahun sahaja rupanya Allah bagi nyawa hingga 80 tahun... 20 -30 tahun kena hidup lagi, tak pakai duit? Atau kita memang dah set minda anak-anak pulak yang tanggung. Itu pun kalau anak-anak mampu atau kaya raya. Kalau anak-anak cukup-cukup makan untuk keluarga dia.. tak ke haru jadinya?

Mana nak cekau duit perubatan, perbelanjaan harian, gaji pembantu rumah, tukang jaga makan minum dan sekali sekala tukang urut dan banyak lagi perbelanjaan yang tidak dijangka mencecah ribuan ringgit sebulan!

Persoalannya kenapa mereka usul soalan cepumas ini? Bagi saya senang, mereka telah capai apa yang mereka mahu atau sebenarnya mereka tidak tahupun apa nak buat untuk mengisi masa lapang mereka! "Boleh banyakkan beribadat di masa tua ni", katanya lagi.

Jawab saya, "habis masa muda dulu tak buat banyak ibadat ke? Bila dah tua baru nak ingat soal mati?" Pada pendapat saya sebenarnya dia tidak pernah merancang hari tuanya!

Hanya bergantung pada nasib dan takdir semata-mata! Mujurlah ditakdirkan dia kaya! Kalau sebaliknya macamana? Sudah tentu dia akan tanya saya, "kau nampak dah berjaya takkan tak boleh bantu aku sikit, takkan nak makan sorang-sorang jer, ingatlah kat kawan-kawan jugak!".

Bagi saya kawan-kawan sebegini tidak senang melihat apa yang sedang kita buat. Bagi mereka kekayaan yang mereka kecapi hanya untuk mereka dan keluarga mereka sahaja. Bukankah ianya satu sifat kedekut yang harus kita kikis?

Tambah sadis jika sifat bakhil membendung hidup kita.. jenis ini, kaya pun tak beri faedah! Bukankah mencari kekayaan itu satu ibadah dapat membantu orang susah dan lebih penting dapat tambah saham akhirat dengan membayar zakat, sedekah yang banyak dan boleh mewakafkan harta pusaka ke jalan Allah. Amal jariah tu! Bukankah matlamat kita untuk menjadi kaya supaya dapat membantu orang-orang yang kurang berkemampuan atau lebih tepat orang fakir dan miskin.

 Atau matlamat anda kekayaan hanya untuk diri sendiri sahaja? Ini bermakna anda menghadkan keupayaan kekayaan anda setakat cukup untuk diri sendiri sahaja. Bukankah ini dinamakan pentingkan diri sendiri?

Tak secara langsung, anda tidak mahu betul-betul kaya. Kaya yang ala-ala kadar sahaja, dapat jaminan kewangan dan jaminan keselesaan, cukup! Maka Allah makbulkan permintaan anda untuk tujuan itu! Walhal, kekayaan yang Allah takdir untuk kita terpaksa berpindah kepada orang lain kerana kita belum bersedia menerima anugerah kekayaan!
Selamat melabur untuk kaya!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: