Melancong juga perlukan perancangan!
Bukan hanya pelaburan sahaja yang perlukan perancangan. Hatta, jika anda terbiasa dengan peri pentingnya perancangan maka jika anda ingin ke pasaraya pun anda sudah ketahui berapa perbelanjaan yang akan anda habiskan. Bukan keluar dari pasaraya baru nak mengira berapa banyak wang yang sudah dibelanjakan.
Sebab itu jika anda mempunyai tabiat menyimpan semulajadi, anda dengan sendirinya telah memupuk sifat suka merancang.
Berbalik soal melancong, ramai beranggapan ianya satu pembaziran! Ianya menjadi satu pembaziran jika anda tidak menimba apa-apa pengalaman semasa melancong! Ada yang pergi melancong kerana terpaksa bekerja tugas luar negara dan tidak menimba apa-apa melainkan stres bekerja! Ada yang melancong semata-mata ingin melancong samada menimba pengalaman baru atau membeli belah terpulang kepada agenda masing-masing.
Apa yang saya cuba tekankan adalah ada banyak faedah yang selalu terlepas pandang oleh orang yang menganggap melancong itu satu pembaziran.
Jauh perjalanan luas pandangan!
Antara faedah yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit saya boleh gariskan di sini adalah:
1. Ilham baru untuk bina bisnes.
2. Sumber inspirasi kembang bisnes.
3. Hilang stress kerja.
4. Ambil iktibar yang positif.
5. Tambah hubungan networking.
6. Idea baru dalam berkomunikasi.
7. Tingkat keyakinan diri dalam pergaulan.
8. Hargai negara sendiri.
9. Jumpa rakan dan peluang baru.
10. Peluang kenal orang yang berjaya dalam grup kembara.
11. Suntikan semangat baru.
12. Mengukuh persepsi anda tentang banyak perkara.
13. Terbuka minda dan ubah persepsi ttg kehidupan anda.
14. Erti nilai masa orang lain.
15. Erti memberi kerjasama dalam kumpulan.
16. Faham soal displin diri adalah sangat penting.
17. Ego bukan jalan penyelesaian.
18. Lihat tingkatlaku dan ragam manusia.
19. Alami warna-warni kehidupan.
20. Sifat mesra alam sangat disukai.
Jika anda sudah budgetkan berapa hendak dibelanjakan bagi melancong... tidak ada apa yang dapat menghalang anda dari bergembira semasa melancong!
Selamat melancong bukan melencung!
Melancong juga perlukan perancangan! Bukan hanya pelaburan sahaja yang perlukan perancangan. Hatta, jika anda terbiasa dengan peri pentingn...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: