Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Keberkatan rezeki. Tunaikan hak rezeki untuk mendapat keberkatan rezeki. Keberkatan rezeki bermaksud rezeki yang mendapat keredhaan Allah ...

Berkat Rezeki

Keberkatan rezeki.

Tunaikan hak rezeki untuk mendapat keberkatan rezeki. Keberkatan rezeki bermaksud rezeki yang mendapat keredhaan Allah yang mana rezeki diganjarkan dalam bentuk penambahan lagi rezeki harta benda, rezeki kesihatan, rezeki kelapangan masa, rezeki mendapat rakan@jiran yang baik dan rezeki bersyukur dengan apa yang ada.

Apakah hak-hak rezeki harta benda?

1. Berzakat: cukup nisab dan cukup haul. Ianya wajib dilaksanakan. Hak orang miskin yang kita asingkan sebanyak 2.5% bagi membersih harta kita.

2. Bersedekah: tidak kira jumlah berapa asalkan niatkan bersedekah dan dilakukan sekerap mungkin. Ataupun lakukan hari-hari walaupun jumlahnya kecil. Bukan nilai tetapi amalan bersedekah itu!

3. Bersyukur: di atas rezeki yang ada. Jangan letak harta dunia di dalam hati, letakkan ia di dalam tangan supaya kita akan jadi mudah untuk memberi.

Banyak hikmah bersedekah di sisi Allah. Latih diri untuk bersedekah di kala kita tidak punya harta. Jangan kita merancang untuk kaya baru kita ingin mula mahu bersedekah dikhuatiri kita akan sentiasa merasakan tidak cukup untuk bersedekah walaupun kita sudah capai tahap kaya! Itulah dinamakan rezeki kita yang tidak berkat!

Selalu berasa tidak cukup!

 Rasa resah gelisah melihat orang lain senang. Rasa takut kekurangan rezeki jika bersedekah!

Bersedekahlah walaupun sedikit kerana janji Allah itu benar kepada hambaNya. Berkat rezeki!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: