Realitinya semua bertumpu kepada duit!
Mari kita bercerita hal dunia punya realiti!
1. Kita bekerja untuk duit.
2. Kita miskin puncanya duit.
3. Kita kayapun mesti nak ada duit.
4. Orang merompak, meragut, mencuri pun kerana nakkan duit.
5. Orang berniaga pun sebab nak kembangkan duit.
6. Beri sedekah, derma, zakat, infak semua perlukan duit.
7. Nak beli kereta, rumah mesti ada duit
8. Nak kahwin anak dara orang pun, hantarannya duit.
9. Polis, bomba, tentera, guru, professor, pensyarah, pilot, arkitek, jurutera, akauntan, peguam hatta tukang sapu pun cari duit.
10. Artis, golongan bangsawan, kerabat diraja, ahli korporat lagi banyak nak pakai duit.
11. Orang mula nak berniaga, modalnya duit.
12. Orang yang berkuasa, jemaah menteri, ketua bahagian, ahli parlimen, ahli politik, JKKKK sukar nak dapat undi, kalau tak ada duit.
Kita menyuruh anak-anak kita belajar hingga tamat persekolahan sampai ke menara gading pun, sebab hendak mereka berjaya mendapatkan kerja yang baik, terjamin dan berpangkat besar sebab duit.
Tetapi masalah besarnya, kita tidak pernah didedahkan tentang ilmu duit secara formal.
Apa peranan duit sebenarnya?
Bagaimana duit berkembang dan menguncup menyebabkan seseorang itu boleh menjadi kaya dan juga miskin. Atau lebih nyata, boleh menjadi baik atau jahat kerananya, duit.
Sebab tidak mempunyai ILMU KEWANGANlah manusia boleh menjadi perosak bangsa dan negara sebagai perompak, penyamun, penyangak malah yang berpangkat Dato', Datuk Sri, Tan Sri, Ustaz juga ahli korporat yang dikatakan ada kerja 'terjamin' pun boleh muflis kerana duit. Malah negara pun boleh bankrap kalau silap pemimpin dalam percaturan menguruskan negara punca dari duit.
Anak-anak mesti didedahkan kepada ilmu kewangan atau ilmu duit supaya apabila mereka mula bekerja tidak menjadi hamba kepada duit semata-mata malah mereka bijak mencipta peluang untuk orang lain menikmati kehidupan yang baik dengan pengurusan duit yang betul, bijak dan amanah!
Jangan bertuhankan duit.
Duit hanyalah ALAT@tools yang boleh menentukan samada anda akan menjadi kaya atau anda mungkin menjadi miskin kerana duit! Kita tidak semestinya seorang yang bijak hanya kerana kita ada duit. Malah kita akan menjadi lebih bodoh kerana mempunyai terlalu banyak duit!
Nukilan Wan Roslan Wan Salleh
0 comentários: