Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Baca santai-santai sambil minum kopi.... Ada orang yang takut jika benar-benar menjadi kaya? Jika anda ada berperasaan takut untuk menjadi k...

Kenapa takut jadi KAYA

Baca santai-santai sambil minum kopi....

Ada orang yang takut jika benar-benar menjadi kaya?

Jika anda ada berperasaan takut untuk menjadi kaya, tentu ada sebabnya!

Saya pernah terfikir bahawa bukan senang untuk menjadi orang kaya!


​1. Bagaimana orang datang nak pinjam wang? Patut diberi atau tidak?
2. Takut lupa diri dan jadilah orang kaya jahat macam dalam cerita drama TV.
3. Takut kena rompak atau diculik.
4. Kena jaga penampilan, tuturkata dan etika orang kaya.
5. Kena jaga tingkahlaku hatta gaya hidup tinggi.
6. Kos senggaraan diri dan keluarga meningkat.
7. Serba-serbi perlukan duit tambahan untuk jaga nama baik orang kaya.
8. Kena berpakaian berjenama mahal termasuk aksesorisnya seperti jam, kasut, baju, seluar.
9. Tak gemar hidup cara bersosial serta berprofil tinggi.
10. Nanti apa orang kata jika aku begitu-begini.
11. Takut di akhirat nanti kena banyak soal dimana harta dibelanjakan.
12. Katanya, harta bukannya boleh bawa masuk kubur.

Ini yang dinamakan kejutan budaya OKB (orang kaya baru). Banyak tanggungjawab rupanya nak menjadi orang kaya! Sebab itu tidak ramai yang nak sambut tanggungjawab ini maka lebih baik jadi orang biasa-biasa dan 'low profile'.

Sebenarnya jika anda ada ilmu tentang kehidupan dan kewangan, anda tidak perlu takut pun kepada orang lain. Kita takut disebabkan takut apa orang lain akan kata tentang kita!

Kita adalah kita dan mereka adalah mereka. Rasa dahulu bagaimana rasanya menjadi orang kaya.. dan anda tidak akan menyesal menjadi orang kaya melainkan anda lupa diri atau tidak berpijak di bumi nyata!

Berusahalah untuk menjadi orang kaya kerana banyak manfaat yang anda belum nampak lagi selagi belum menjadi betul-betul kaya! Betulkan minda dan set halatuju anda untuk berubah dahulu supaya anda tidak terkejut bila tiba-tiba anda menjadi kaya!

Selamat berjaya menjadi orang kaya!


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: