
1. Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas.
.
2. Jimat, jika tidak akan membazir modal.
.
3. Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari.
.
4. Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang.
.
5. Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan.
.
6. Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang.
.
7. Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esok.
.
Ketujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes.
.
Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.
.
Selain itu, masyarakat Cina turut menekankan beberapa ciri-ciri seorang peniaga yang perlu ada dalam diri mereka.
.
Bisnes atau perniagaan tidak akan menjadi satu seni sekiranya ciri-ciri ini tidak ada dalam diri mereka. Antara ciri-ciri tersebut adalah :
.
◾ Sabar.
.
◾ Tidak mudah putus asa.
.
◾ Pandai merebut peluang.
.
◾ Mempunyai perhubungan awam yang baik.
.
◾ Berpandangan jauh.
.
◾ Berpegang pada janji.
.
◾ Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menguruskan perniagaan.
.
◾ Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi.
.
◾ Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka.
.
Ciri-ciri ini perlu ada dalam diri setiap peniaga yang ingin memastikan perniagaan mereka dapat berkembang maju.
.
Mereka juga saling bantu-membantu antara satu sama lain, berkongsi rezeki bagi menaikan perniagaan masing-masing.
.
Fikir-Fikirkan.
Shared dari internet.
0 comentários: