Seorang jutawan pernah pesan pada aku.
Tapi bunyi dia macam bunyi penampar yang aku sendiri tak sangka… boleh buat aku terdiam.
"Selagi kau belum mampu bayar untuk beli dua bijik kereta tu… Jangan beli."
Masa tu aku muda.
Muda dan bodoh.
Bodoh sebab aku fikir duit aku cukup.
Bodoh sebab aku rasa kalau tak beli sekarang, bila lagi?
Aku senyum kambing depan dia.
Sebab aku sangka dia bergurau.
Mana ada orang fikir beli dua bijik kereta sekali?
Beli satu pun dah kira power.
Tapi aku tak tahu…
Dia bukan bergurau.
Dia sedang mengajar.
Dia pandang aku lama.
Pandangan orang yang pernah rasa lapar sampai tak ada duit nak beli roti.
Pandangan orang yang pernah jadi kaya…
Dan pernah jatuh sampai tak ada siapa peduli.
Dia kata…
"Kalau kau hanya cukup-cukup nak beli satu…
Itu bukan mampu.
Itu memaksa."
"Kalau esok kau hilang kerja…
Kereta tu jadi beban."
"Kalau esok anak sakit…
Kereta tu jadi penjara."
"Kalau esok ekonomi merundum…
Kereta tu jadi mimpi ngeri."
Aku diam.
Sebab aku terasa.
Aku terasa sebab aku baru seminggu submit loan kereta.
Kereta idaman.
Yang selama ni aku screenshot dalam galeri phone.
Yang setiap hari aku doa biar aku dapat pegang stereng dia.
Tapi aku tahu…
Dalam akaun bank aku, duit cuma cukup untuk bayar booking saja.
Simpanan lain? Kosong.
Dia sambung.
"Kalau kau beli bila hanya cukup-cukup…
Kau sebenarnya sedang berjudi dengan masa depan kau."
"Orang kaya beli sebab boleh."
"Orang miskin beli sebab nak nampak kaya."
Aku cuba lawan kata-kata dia.
Aku cakap,
"Habis tu… bila masanya untuk reward diri? Hidup ni kan sekali ja."
Dia gelak kecil.
Gelak orang tua yang dah masak dengan perangai manusia.
Dia jawab,
"Hidup memang sekali."
"Tapi hidup sekali bukan lesen untuk kau buat keputusan bodoh."
"Kau nak reward diri? Boleh."
"Tapi reward diri masa duit kau dah beranak pinak.
Masa akaun bank kau dah boleh bayar dua kali ganda harga kereta tu… tanpa rasa sesak nafas."
"Masa tu reward diri rasa lain."
"Rasa dia bukan takut."
"Rasa dia bukan risau."
"Rasa dia bebas."
Aku terdiam.
Dan aku mula nampak semua kesilapan aku selama ni.
Aku mula ingat balik…
Telefon baru yang aku beli hanya sebab nak orang nampak aku "up to date."
Jam tangan mahal yang aku sanggup beli padahal simpanan kosong.
Tilam empuk yang aku beli walaupun rumah sendiri pun belum ada.
Semuanya… bukan sebab aku mampu.
Tapi sebab aku nak nampak mampu.
Malam tu aku balik rumah.
Aku buka akaun bank.
Baki tinggal tiga angka.
Gaji bulan ni dah siap-siap ada komitmen:
Bayar sewa, bayar bil, bayar hutang kawan.
Aku rasa sesak.
Sebab aku baru sedar…
Selama ni aku kerja bukan untuk bina hidup.
Aku kerja untuk bayar benda-benda yang aku beli hanya untuk impress orang.
Orang yang sebenarnya…
Tak pernah pun peduli.
Aku ingat lagi…
Satu malam, hujan lebat.
Aku pandu kereta aku keluar.
Tiba-tiba enjin mati tengah jalan.
Aku turun kereta.
Basah kuyup.
Kereta tu tersadai.
Dan aku berdiri tepi jalan…
Dengan air mata aku sama lebat dengan hujan.
Bukan sebab kereta rosak.
Tapi sebab aku sedar…
Aku belum habis bayar bulanan pun.
Dan kalau aku teruskan hidup begini…
Aku akan jadi hamba sampai mati.
Aku mula faham kenapa jutawan tu cakap,
"Beli bila kau mampu beli dua."
Maksudnya bukan semata-mata tentang kereta.
Dia tentang cara fikir.
Tentang disiplin.
Tentang letak ego dalam poket…
Dan fokus pada membina kekuatan kewangan dulu.
Hari ni…
Aku tulis semua ni untuk kau.
Sebab aku tahu ramai antara kita yang tengah buat benda sama.
Beli phone baru walau simpanan tak sampai RM500.
Pergi melancong luar negara walau belum ada emergency fund.
Pasang tinted gelap-gelap walau akaun bank pun ikut gelap.
Aku bukan nak sindir.
Aku bukan nak hina.
Aku tulis ni sebab aku pernah jadi orang tu.
Orang yang nak sangat rasa "aku berjaya."
Sampai akhirnya aku sendiri yang jatuh terjelepok…
Dalam lubang yang aku gali dengan tangan aku sendiri.
Kalau kau baca sampai sini…
Dan kau tengah rasa serba salah…
Itu petanda baik.
Itu maksudnya tulisan ni memang untuk kau.
Tolonglah…
Jangan tunggu sampai hidup sendiri yang tampar kau dengan lebih kuat.
Jangan tunggu sampai hutang jadi penjara.
Jangan tunggu sampai kau rasa tidur malam pun dah tak lena sebab asyik fikir bil, loan, ansuran.
Ingat ayat ni sampai bila-bila,
"Kalau kau hanya cukup-cukup nak beli satu…
Itu belum mampu."
"Kalau kau boleh beli dua sekaligus…
Baru kau betul-betul mampu."
Biarlah orang nak gelakkan kau.
Biarlah orang nak sindir kau "kedekut."
Biarlah orang nak kata kau "tak enjoy hidup."
Sebab akhirnya…
Mereka takkan bayar pun bila kau sesak.
Mereka takkan tolong pun bila kau terpaksa jual semua.
Dan mereka takkan ada pun… bila kau jatuh.
Hari tu… aku belajar.
Kaya bukan tentang nampak kaya.
Kaya adalah bila kau boleh hidup tenang…
Walau dunia tengah bergoncang.
Kaya adalah bila kau boleh buat pilihan…
Tanpa takut esok duit cukup atau tidak.
Kaya adalah bila duit jadi hamba…
Bukan jadi tuan yang libas kau siang malam.
Jadi…
Selagi kau belum mampu beli dua bijik kereta tu…
Tahan dulu.
Selagi kau belum mampu beli dua kali ganda apa kau nak…
Tahan dulu.
Selagi kau belum boleh senyum sambil swipe kad debit tanpa rasa berdebar…
Tahan dulu.
Kerana menahan diri hari ini…
Adalah hadiah untuk diri kau yang akan berterima kasih 10 tahun akan datang.
kredit to Syahrul Azwan
0 comentários: