Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Panduan kasar tips memulakan pelaburan@perniagaan! 1. Pastikan wang bukan dari pinjaman. Ia adalah risiko untuk yang baru mula berniaga ta...

Panduan kasar tips memulakan pelaburan

Panduan kasar tips memulakan pelaburan@perniagaan!

1. Pastikan wang bukan dari pinjaman. Ia adalah risiko untuk yang baru mula berniaga tanpa ada pengalaman yang tinggi. Lainlah jika anda ingin kembangkan perniagaan sedia ada.
2. Pastikan perniagaan anda mendapat pelanggan yang berulang kerana perlukan servis atau produk anda itu. Manusia perlukan oksigen sentiasa. Begitu juga perniagaan memerlukan pelanggan sentiasa.
3. Pastikan anda sudah belajar menguruskan wang atau tahu selok belok perakaunan debit/kredit. Setidak-tidaknya ada buku tunai untuk rekod segala jenis transaksi duit keluar dan masuk.
4. Pastikan pendapatan perniagaan disalurkan kembali kepada perniagaan dengan mengambilkira sebahagian pendapatan peribadi.
5. Jika belum cukup lagi pendapatan peribadi untuk diambil maka ikat perut adalah jalan terbaik.
6. Beri tumpuan kepada pemasaran dan pengiklanan. Adakalanya kos pemasaran menelan sebahagian besar modal perniagaan bagi memberi nafas kepada perniagaan itu di peringkat awalnya.
7. Jika perniagaan itu memerlukan pekerja maka mencari pekerja yang rajin, jujur dan amanah adalah cabaran terbesar dalam sesebuah perniagaan. Pastikan tidak ada unsur curi tulang, pecah amanah dan malas dalam memilih tenaga kerja dan pasukan pengurusan.
8. Itulah antara sebab mengapa simpanan wang besar @modal perlu bagi mengekalkan nyawa sebuah perniagaan selagi pendapatan perniagaan belum mendatangkan hasil untuk berdiri sendiri. Adakalanya memakan masa setahun atau lebih masa mengikut jenis perniagaan.
9. Sentiasa memerhatikan pergerakan turun naik hasil pendapatan bulanan bagi menilai prestasi perniagaan meningkat atau menurun.
10. Jangan terlalu seronok melihat kejayaan perniagaan di tahun pertama kerana prestasinya tidak sama di tahun seterusnya. Mengumpul hasil pendapatan perniagaan sangat penting bagi menangani masalah kewangan ketika prestasi menurun.
11. Perlu ada perancangan masa depan syarikat@pelaburan@perniagaan bagi melihat arahtuju tidak tersasar jauh dari matlamat asal membina empayar perniagaan mahupun pelaburan.
12. Perhubungan yang mantap dan kepercayaan rangkaian kerja samada dalaman atau luaran perlu dikekal sentiasa bagi memudahkan urusan perjalanan perniagaan dan seterusnya maju berkembang.

Ada banyak lagi yang mahu di senaraikan tetapi cukup setakat ini bagi ‘orang baru’ yang mahu mengenal erti sebuah pengorbanan dalam memulakan pelaburan dan perniagaan.

Seperti yang semua orang tahu, 10 perniagaan yang memulakan perniagaan di tahun pertama hanya satu yang akan kekal bertahan untuk meneruskannya. Dan daripada 10 perniagaan yang telah dapat kekal bertahan sehingga tahun kelima, ada 9 perniagaan yang bakal ditutup disebabkan banyak faktor dan diantaranya ada disenaraikan seperti di atas!

Jadikanlah perniagaan @pelaburan kita itu, satu daripada yang 10 itu!

1 comment:

  1. PELUANG PINJAMAN !!!

    Anda tidak pernah terlalu muda untuk memulakan sebuah kerajaan dan tidak pernah terlalu tua untuk memulakan impian baru. Mimpi tidak menjadi kenyataan melalui sihir; ia memerlukan peluh, tekad dan kerja keras. Dapatkan pinjaman dari kami hari ini untuk membantu membawa anda ke alam kebebasan kewangan anda yang baru. Perkhidmatan kami merangkumi:

    Pinjaman Peribadi
    Pinjaman Perniagaan
    Pinjaman Harta Tanah
    Rehab
    Penyatuan Hutang
    Pinjaman Gadai janji
    Pinjaman Pembinaan
    Pinjaman Jambatan dan Banyak Lagi ...

    Kami menawarkan pada kadar faedah yang berpatutan dengan jadual pembayaran yang tersusun sehingga 360 bulan, tanpa caj tersembunyi, tanpa denda pembayaran pendahuluan, tanpa cek kredit, proses cepat dan kelulusan segera. Untuk Maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan, Pm saya atau E-mel @: altafinance2@gmail.com atau Whatsapp: +1 213 433 3059 +62 838-9943-4932
    Kejayaan bukanlah kebetulan, jika anda tidak mengambil risiko, anda akan selalu bekerja untuk seseorang yang melakukannya.

    ReplyDelete