Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Apalah gunanya menjadi Raja Sehari jika akhirnya menjadi Hamba Bertahun kerana terpaksa membayar hutang..... Hidup bergantung kepada hut...

Dilema Raja Sehari

Apalah gunanya menjadi Raja Sehari jika akhirnya menjadi Hamba Bertahun kerana terpaksa membayar hutang.....

Hidup bergantung kepada hutang sangat tertekan dan mudah terdedah kepada hidup dalam kemurungan.

Nasihat saya jika anda mahukan hidup bahagia sepanjang zaman, jangan buat hutang@pinjaman peribadi hanya semata-mata mahu berkahwin untuk mengadakan kenduri besar.

Adakan kenduri kahwin sekadarnya @ seadanya jika ditakdirkan terpaksa mendirikan mahligai perkahwinan disebabkan jodoh dah sampai.

Ada banyak majlis yang dianjur secara ‘budget’ ikut kemampuan. Carilah ‘satu’ agar anda boleh berkahwin dan hidup bahagia sepanjang hayat!

InsyaaAllah! anda akan berjumpa ‘satu’ kalau berusaha.

Mungkin salah satunya saya boleh cadangkan adalah majlis
anjuran masjid, anjuran komuniti, anjuran jabatan agama atau pertubuhan-pertubuhan NGO.

Jika mampu buat besar-besaran, tiada halangan pun kerana menjamu kenduri makan pun satu sedekah dan mendapat ganjaran pahalanya.

Percayalah jika kenduri anda kecil orang akan mengata di belakang. Kenduri anda besar pun orang akan tetap mengata di belakang. Tak buat kenduri pun, lagi orang mengata di belakang. Ada saja yang tak kena.

Biarlah orang nak kata di belakang asal tiada hutang di hadapan. Ia lebih baik daripada kena mengata di belakang, lepas tu nak kena pikul hutang keliling pinggang!

0 comentários: