Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Cara paling mudah untuk mengurangkan hutang anda! 1. Pastikan niat anda itu mahu menyelesaikan hutang yang telah anda buat! 2. Hubungi...

Cara ampuh selesai hutang

Cara paling mudah untuk mengurangkan hutang anda!

1. Pastikan niat anda itu mahu menyelesaikan hutang yang telah anda buat!

2. Hubungi semua pemiutang anda yang anda sedang berusaha menyelesaikan hutang-hutang mereka. URUS hutang anda bukan lari daripada hutang.

3. Pastikan anda melupakan untuk sementara membuat hutang baru.

4. Pastikan juga anda ingat dengan siapa anda telah berhutang. Senaraikan nama dan jumlahnya sekali.

5. Susun atur yang paling sedikit jumlahnya di atas dan yang besar paling di bawah.

6. Ingat, semua jenis hutang termasuk peribadi, badan agensi, bank, kerajaan, PTPN, dll, tersenarai.

7. Sedaya upaya cuba kekal membuat bayaran wajib bulanan pinjaman berjadual dibuat ikut perjanjian.

8. Pastikan belanjawan wajib dan belanjawan ‘tak perlu’ (kehendak/keinginan) dipisahkan.

9. Kumpulkan jumlah wang lebihan itu ke dalam satu tabung yang dipanggil Tabung Hutang Dunia daripada belanjawan ‘tidak perlu’ tadi.

10. Perhatikan jumlah THD cukup untuk membayar hutang paling rendah sepenuhnya . Pastikan jumlah yang paling kecil diselesaikan sepenuhnya dahulu.

11. Tak perlu menunggu THD penuh pun. Bila dapat bonus atau duit terpijak atau duit bantuan atau duit pusaka yang boleh menyelesaikan hutang sepenuhnya mengikut senarai tadi, satu persatu ikut aturan dari jumlah kecil ke jumlah yang terbesar.

12. Apabila anda ada niat membayar balik hutang, insyaaAllah, Allah akan permudahkan usaha anda itu!

13. Selamat membayar hutang dan jangan ulangi tabiat suka berhutang tak tentu pasal itu lagi!

14. Jika anda bernasib baik, sipemiutang yang berjiwa mulia dan menghargai usaha anda untuk menyelesaikan hutang itu, melupuskan hutang anda itu dengan rela hati. Rezeki yang tak disangka.... yang penting anda buat dulu perkara-perkara asas di atas!

Selamat mencuba!

0 comentários: