Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Buat semua orang yang ada masalah dengan kad kredit! Jangan terlalu bangga dan selesa apabila anda dapat membuat pinjaman bank periba...

Bahana Kad Kredit

Buat semua orang yang ada masalah dengan kad kredit!


Jangan terlalu bangga dan selesa apabila anda dapat membuat pinjaman bank peribadi untuk membayar hutang kad kredit anda itu!

Ramai dan saya katakan terlalu ramai yang merasakan satu kejayaan apabila pegawai bank yang bersuara lunak itu berkata, “Pinjaman peribadi anda telah lulus!”. Cuma apa yang tidak kedengaran daripada suara yang lunak itu adalah: “Tanggunglah hutang anda itu seumur hidup selagi hayat masih ada!”. Ini kerana suaranya sangat halus sepertimana tulisan halus yang ada dalam perjanjian pinjaman yang sangat sukar dibaca! Anda tak baca pun...

Jangan anda rasa, anda sudah berjaya! Ya, berjaya mengurus hutang kononnya. Mana mungkin anda berjaya jika anda mengorek lubang baru untuk menutup lubang yang anda telah korek sebelum ini. Anda berhutang dek kerana mahu membayar hutang. Anda pinjam kerana mahu membayar pinjaman anda yang satu lagi.

Anda mungkin mempertahan tindakan anda itu betul, “Tapi aku dapat ‘interest’ yang lebih rendah”, kata anda.

Persoalannya bukan anda yang dapat tetapi bank yang dapat ‘interest’ anda itu. Oh, maksud saya, bank yang lagi satu tu!

Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana perkataan ‘interest’ yang anda kata rendah itu telah pun beranak menjadi satu perkataan tambahan baru yang lain iaitu ‘administration fee’.

Pokoknya ia tetap melibatkan wang..wal hasil balik asal, berniaga buluh kasap dapat hujung pangkal lesap!

Hutang adalah tetap hutang. Lainlah jika anda berkata, “Aku buat pinjaman peribadi untuk kembangkan bisnes aku sedia ada”. Ini satu tindakan bijak kerana anda tahu bahawa dengan mengembangkan perniagaan, hasil pendapatan akan ikut meningkat bagi membayar semula pinjaman peribadi anda itu!

Jadi, salahlah aku buat pinjaman peribadi untuk bayar kad kredit? Tidak salah, cuma anda kurang bijak!

Persoalannya, mengapa hutang kad kredit anda meningkat dan meningkat sehingga anda terpaksa berhutang lagi untuk membayar hutang kad kredit? Mengapa tidak mengawalnya daripada awal agar anda tidak berbelanja menggunakan kad kredit?

Ianya berbalik kepada perkara asas, anda berbelanja melebihi daripada pendapatan anda. Dan kad kredit adalah pemudahcara atau pencetus untuk anda BERHUTANG lagi!

Anda perlu bijak menangani kad kredit kerana jika tidak, anda adalah sebuta-buta manusia yang mempunyai sijil SRP atau SPM atau diploma atau ijazah atau sarjana atau PHD yang ada didalamnya mata pelajaran sabjek matematik tetapi masih tidak mahu membuat kira-kira itu!

Oh, Maafkan saya jika terkasar bahasa, tetapi untuk menyenangkan hati semua pihak biar saya tunjukkan formula mudah ini, pastikan:-

PENDAPATAN >perbelanjaan

BUKAN...

PERBELANJAAN>pendapatan

BUANG segera kad kredit anda itu jika anda tidak tahu mengendalikannya! Lagi pun pinjaman peribadi anda dah luluskan? Lakukannya sekarang!

0 comentários: