Untuk membuat keputusan berhenti kerja demi untuk mencari kebebasan bekerja sendiri adalah satu keputusan yang amat besar dalam hidup! ...
Nasihat kepada yang masih bekerja MAKAN GAJI
Untuk membuat keputusan berhenti kerja demi untuk mencari kebebasan bekerja sendiri adalah satu keputusan yang amat besar dalam hidup! Melihatkan orang lain bekerja sendiri menjadikan kita terdorong untuk mengikuti jejak mereka sebagai seorang usahawan.
Tetapi lihat diri kita dahulu adakah kita telah bersedia dari segi mental dan fizikal?
Persiapan mental perlu ada bagi memberi kekuatan dan sokongan kepada keputusan yang bakal dibuat. Adakalanya memakan masa bertahun untuk membuat keputusan.
Manakala persiapan fizikal adalah lebih penting kerana jika anda telah bersedia dari segi kewangan yang cukup dan yakin maka berusaha sendiri adalah pilihan terbaik.
Tetapi tidak semua yang akan mencapainya dengan mudah. Persediaan fizikal lebih kepada apakah anda sudah ada perancangan yang mantap untuk berhenti kerja. Jika belum, fikirkan berkali-kali untuk berhenti kerja.
Tetapi jika anda telah pun memulakan persediaan awal semasa masih bekerja lagi adalah senang dan terbaik untuk anda buat keputusan.
Jika jawapan anda, macamana saya nak bersedia sedangkan saya masih bekerja makan gaji? Jawapan saya kepada anda, ini bermakna anda belum mampu untuk berkerja keras dan meluangkan masa untuk membuat persediaan anda sebelum berhenti kerja!
Anda belum tergolong dalam kategori usahawan! Usahawan sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit semasa masih bekerja lagi. Dan apabila mereka berhenti berkerja, mereka telah bersedia dan akan lebih kuat berkerja untuk diri sendiri bagi mencapai matlamat hidup kerana telah ada perancangan awal. Bukan bila berhenti kerja baru nak fikir apa nak buat!
Jadi jika anda masih belum tergolong dalam kategori usahawan diatas lupakan dulu hasrat anda untuk berhenti kerja!
Ada pula yang terdorong untuk berhenti kerja disebabkan persekitaran kerja yang tidak baik. Majikan tidak prihatin, rakan sekerja tidak membantu dan sebagainya.
Tetapi jawapan saya kepada anda adalah sama. Adakah anda telah tergolong didalam usahawan yang saya sebutkan diatas? Jika belum, tepuk dada tanya iman!
Saya sendiri dalam membuat persiapan mental mengambil masa 2 tahun untuk berhenti kerja sedangkan saya telah mempunyai bisnes sendiri lebih 10 tahun ketika itu!
Fikir-fikirkan!
Nukilan Wan Roslan Wan Salleh
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: