Berita ni berat, tapi real.
Isu guru terjerat hutang bukan semata-mata sebab gaji.
Masalah besar dia ialah literasi kewangan yang lemah.
Walaupun profesion guru ni golongan bijak pandai,
itu tak bermaksud automatik pandai urus duit.
Pandai mengajar.
Pandai mendidik.
Tapi ramai tak pernah diajar cara urus kewangan sendiri.
Menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, ramai guru buat pinjaman tanpa faham kesan jangka panjang.
Pinjaman nampak kecil satu-satu, tapi bila terkumpul jadi beban besar.
Keadaan jadi lebih teruk bila sistem kelulusan pinjaman terlalu longgar.
Komitmen dah tinggi, tapi pinjaman tambahan masih boleh lulus.
Akhirnya gaji bulanan habis untuk bayar hutang.
Tekanan kewangan jadi masalah berpanjangan.
Ini sebenarnya bukan isu guru sahaja.
Ramai pekerja makan gaji ada masalah sama.
Ilmu akademik tak sama dengan ilmu kewangan.
Kalau tak belajar urus duit, keputusan mudah silap walaupun berpendidikan tinggi.
Pengurusan kewangan kena bermula awal.
Bukan tunggu dah sesak baru nak faham.
Masalah hutang jarang bermula dengan satu keputusan besar.
Biasanya bermula dengan keputusan kecil yang dibuat tanpa ilmu.
kredit pada penulis. cnp
0 comentários: