Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Kadang kala saya suka guna website bloomberg sebab ada satu indikator dia yang web lain atau analysis lain tak buat. Dalam fikiran kita, m...

Indikator dari Bloomberg

Kadang kala saya suka guna website bloomberg sebab ada satu indikator dia yang web lain atau analysis lain tak buat.

Dalam fikiran kita, memang sentiasa fikir Buy Low Sell High.   Hari ni adakah low atau high. Selalunya indikator tu hanya tunjuk perbezaan persen antara hari ini dan semalam.




Tak nampak sangat significantnya, kecuali nilaiannya lebih dari 1%.




Dengan adanya 52 weeks range value, kita akan mudah nampak dimana kedudukan harga unit trust ini. 

Jika anda ditengah dan kebawah, maka mungkin harga unit trust ini rendah dan mungkin patut dibeli sebelum harga makin mahal.

Ramai yang tidak mendapat untung dalam unit trust, adalah kerana:

  • Lump sum dan tidak tambah unit. Masa belian lump sum tersebut, harga telah pun tinggi dan sukar untuk melepasi takat tertinggi harga unit tersebut
  • Masa belian yang salah
  • Tidak memantau harga saham semasa
  • Hanya mengikut membabi buta konsultant unit amanah sahaja






0 comentários: