BERSARA sering dianggap fasa kehidupan yang lebih tenang, tiada tekanan kerja, masa lebih fleksibel dan peluang untuk berehat selepas bert...
5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
tekanan kerja, masa lebih fleksibel dan peluang untuk berehat selepas
bertahun-tahun mencari rezeki. Namun, realitinya tidak semudah itu.
Ramai pesara di Malaysia terkejut apabila mendapati simpanan yang
disangka mencukupi mula menyusut lebih awal daripada jangkaan.
Puncanya bukan kerana boros tetapi disebabkan kos-kos tersembunyi yang
jarang diberi perhatian ketika masih bekerja.
Menurut perkongsian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), terdapat
beberapa perbelanjaan yang sering membebankan kewangan pesara jika
tidak dirancang lebih awal.
1. Kos perubatan dan penjagaan kesihatan
Semakin meningkat usia, semakin banyak perhatian perlu diberikan
kepada kesihatan. Ketika bersara, kos perubatan sering menjadi
perbelanjaan paling besar dan berpanjangan.
Antara perbelanjaan yang lazim termasuk rawatan susulan di klinik atau
hospital, pengambilan ubat harian untuk penyakit kronik serta
penggunaan alat bantuan kesihatan seperti tongkat, kerusi roda atau
alat bantu pendengaran.
Lebih mencabar, premium insurans atau takaful kesihatan biasanya
meningkat seiring usia. Jika perlindungan hanya difikirkan selepas
bersara, kosnya mungkin terlalu tinggi atau lebih buruk, permohonan
perlindungan ditolak atas faktor kesihatan.
2. Perbelanjaan harian yang masih tinggi
Ramai beranggapan kos sara hidup akan menurun selepas bersara. Namun,
realitinya perbelanjaan harian tetap berjalan seperti, sebaliknya ada
yang meningkat.
Keperluan asas seperti barangan dapur, bil utiliti, ubat-ubatan ringan
dan penyelenggaraan rumah masih perlu ditanggung setiap bulan. Bagi
sesetengah pesara, lebih banyak masa di rumah juga bermaksud lebih
banyak perbelanjaan kecil yang tidak disedari.
Tanpa pemantauan bajet yang rapi, perbelanjaan harian ini boleh
mengurangkan simpanan dengan cepat.
3. Tanggungan keluarga yang berterusan
Persaraan tidak semestinya bermaksud tanggungjawab kewangan berakhir.
Di Malaysia, ramai pesara masih memikul tanggungan keluarga sama ada
secara sukarela atau kerana keadaan memerlukan.
Antaranya termasuk membantu anak yang belum bekerja, menyara cucu di
bawah jagaan atau menanggung yuran pengajian dan keperluan kecemasan
ahli keluarga. Walaupun niat membantu itu mulia, ia boleh menjadi
beban jika tidak dirancang dengan teliti.
Tanpa kawalan, bantuan kewangan yang berterusan berisiko menjejaskan
simpanan persaraan sendiri.
Berbincanglah secara terbuka dengan ahli keluarga tentang kemampuan
kewangan anda. Utamakan kestabilan diri sendiri supaya bantuan yang
diberikan lebih mampan dalam jangka panjang.
4. Kecemasan yang tidak dijangka
Tiada siapa kebal daripada kejadian luar jangka walaupun selepas
bersara. Situasi seperti sakit mengejut, kerosakan rumah yang
memerlukan kos besar atau kehilangan insan tersayang boleh berlaku
tanpa amaran.
Tanpa dana kecemasan, satu kejadian sahaja sudah cukup untuk
mengganggu keseluruhan pelan persaraan yang dibina selama
bertahun-tahun.
Sediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya bersamaan tiga hingga enam
bulan perbelanjaan hidup. Dana ini bertindak sebagai pelindung
kewangan agar simpanan persaraan tidak terus terjejas.
5. Kos tidak dijangka dan kesan inflasi
Walaupun dirancang sebaik mungkin, bajet persaraan masih terdedah
kepada kebocoran kecil yang berlaku dari semasa ke semasa. Inflasi
pula secara perlahan-lahan menghakis kuasa membeli anda.
Kos seperti pembaikan rumah, kenaikan harga barang asas dan bantuan
kewangan luar jangka kepada kenalan atau saudara sering tidak
dimasukkan dalam perancangan awal. Lama-kelamaan, perbelanjaan ini
boleh melebihi bajet bulanan yang ditetapkan.
Rancang bajet yang fleksibel dan pertimbangkan kaedah 50/30/20 untuk
mengurus perbelanjaan. 50 peratus keperluan, 30 peratus kehendak dan
20 peratus simpanan atau kecemasan. – RELEVAN
Seorang jutawan pernah pesan pada aku. Ayat dia pendek. Tapi bunyi dia macam bunyi penampar yang aku sendiri tak sangka… boleh buat aku terd...
Ada JUTAWAN pesan
1. Hidup Bermakna Tak Datang Dari Duit, Tapi Dari Rasa "Why" • Alex dulu kejar hidup "stabil" ikut expectation orang...
Dari 1000 ke 100 juta
Kenapa orang kaya makin senang nak tambah duit lepas RM1 juta pertama… ni kawan aku cerita la.. 1 RM1 juta pertama tu bukan pasal duit. – Tu...
Kenapa senang nak tambah duit lepas 1 juta
Kenapa dari RM1 juta nak ke RM10 juta sebenarnya lagi senang… kalau kau tahu main leverage. Ni rahsia orang kaya. 1 Orang biasa kerja ker...
Kenapa senang dari RM1 juta nak ke RM10 juta
kau tahu main leverage. Ni rahsia orang kaya.
1
Orang biasa kerja keras untuk simpan duit.
– Orang kaya kerja keras untuk beli aset.
– Sebab aset tu boleh jadi collateral untuk dapat modal yang lebih besar.
2
RM1 juta pertama paling susah.
– Sebab kau start dari kosong.
– Tapi lepas kau ada RM1 juta dalam bentuk aset, bank & investor yang
akan kejar kau.
3
Orang kaya tak jual aset untuk dapat duit.
– Dia gadai aset sebagai collateral, ambil modal murah dari bank.
– Duit dia sendiri kekal pelihara, aset dia terus naik nilai.
4
Leverage paling power bukan pinjaman peribadi.
– Tapi guna aset yang ada untuk buka pintu kepada aset yang lebih besar.
– Contoh: rumah → jadi collateral beli kilang → kilang jana cashflow
beli lagi aset.
5
Orang biasa takut hutang.
– Orang kaya takut cash dia beku tak bergerak.
– Sebab hutang yang bijak boleh gandakan income.
6
Dari RM1 juta ke RM10 juta cepat sebab sistem compound.
– Aset naik nilai → leverage → beli aset lain → naik lagi → leverage lagi.
7
Orang miskin fikir nak bebas hutang.
– Orang kaya fikir nak bebas daripada perlu kerja untuk duit.
– Leverage aset bagi mereka passive income.
8
Kalau kau masih main small game…
– Simpan RM50k dalam akaun sampai 5 tahun.
– Duit tu makin kecil sebab inflasi.
– Orang kaya pinjam RM500k dengan kadar rendah, guna untuk beli aset
yang naik 10% setahun.
9
Mindset yang beza:
– Orang biasa kumpul duit nak beli kereta cash.
– Orang kaya guna duit orang untuk beli aset yang bayar balik kereta dia.
10
Kunci dia bukan jadi gila hutang.
– Kunci dia faham beza hutang baik (yang buat kau kaya) dengan hutang
jahat (yang buat kau lagi miskin).
Kredit: Abudi Alsagoff
*🔑 10 Perkara Tarik Magnet Rezeki* *1. Syukur & Redha* Sentiasa bersyukur dengan rezeki kecil, sebab Allah akan gandakan. "Kalau k...
10 Perkara Tarik Magnet Rezeki
8 Langkah Capai Financial Freedom 1. Tingkatkan Ilmu Kewangan Sentiasa belajar seperti baca buku, hadiri seminar, atau ikut mentor kewanga...
8 Langkah Capai Financial Freedom
1. Tingkatkan Ilmu Kewangan
Sentiasa belajar seperti baca buku, hadiri seminar, atau ikut mentor
kewangan yang terbukti berjaya.
Semua perkara akan jadi payah tanpa ilmu Semua perkara akan jadi mudah
dengan ilmu
2. Buat Bajet Bulanan
Jejak setiap sen masuk dan keluar dalam file excel jika perlu. Ini
dapat bantu elak pembaziran dan pastikan wang digunakan dengan
berkesan.
3. Simpan Secara Konsisten
Jadikan simpanan itu sebagai rutin bulanan. Mulakan sekecil 10%
daripada pendapatan, dan tingkatkan sedikit demi sedikit apabila naik
gaji
4. Bina Dana Kecemasan
Dana ini penting untuk hadapi kecemasan seperti kehilangan kerja atau
kecederaan. Sasarkan 3-6 bulan gaji. Lagi banyak lagi bagus.
5. Tetapkan Matlamat Kewangan Besar
Mulakan dengan matlamat yang jelas contohnya, bebas hutang dalam 5
tahun atau simpan 300 gram emas (RM150,000) sebelum umur 40.
6. Elakkan Hutang Tidak Perlu
Rendahkan gaya hidup. Hentikan hutang jahat seperti kad kredit, kereta
mewah dan personal loan. Kalau dah terjebak bayar lebih untuk habis
lebih awal menggunakan teknik snowball.
7. Melabur Untuk Gandakan Duit
Jangan hanya simpan duit tunai. Pelajari instrumen selamat seperti
emas, ASB, saham, atau hartanah.
8. Cari Pendapatan Tambahan
Menabung duit gaji sentiasa ada limit dan ia tak cukup untuk capai
cita-cita besar. Cuba berniaga kecil-kecilan, freelance atau jadi ejen
sesuatu produk. Sertai bisnes bersistematik atau bisnes networking
yang boleh generate pendapatan pasif.
Kredit Azlan
#TabungDuit KESALAHAN KEWANGAN Berikut adalah kesalahan kewangan utama bagi setiap generasi: 20-an 1. Kurang simpanan kecemasan - Tidak men...
KESALAHAN KEWANGAN
Checklist Simpanan Peribadi 2025 💰 Dana Kecemasan → 3-6 bulan gaji 🏦 Tabung Jangka Pendek → roadtax, insurans, cukai 👴 Persaraan → P...
Checklist Simpanan Peribadi Tahun 2025
Checklist Simpanan Peribadi 2025
💰 Dana Kecemasan → 3-6 bulan gaji
🏦 Tabung Jangka Pendek → roadtax, insurans, cukai
👴 Persaraan → PRS / KWSP tambahan
🎯 Tabung Impian → rumah, kereta, travel, anak
🛡️ Perlindungan → takaful, elak simpanan bocor
👉 Ingat: Simpan dulu, belanja kemudian!
Ramai orang nak menyimpan, tapi tak ada hala tuju. Cuba ikut checklist ni untuk lebih teratur:
1️⃣ Dana Kecemasan – Simpan 3–6 bulan gaji di tempat mudah dikeluarkan.
2️⃣ Tabung Jangka Pendek – Perbelanjaan tahunan seperti insurans, roadtax, cukai, cuti. Asingkan siap-siap.
3️⃣ Simpanan Persaraan – Jangan hanya harap KWSP, tambah dengan PRS supaya lebih selesa bila bersara.
4️⃣ Tabung Impian – Rumah, kereta, travel, pendidikan anak. Simpan ikut tempoh & risiko.
5️⃣ Perlindungan – Pastikan ada takaful. Kalau ada musibah, simpanan tak terganggu.
💡 Ingat, simpanan bukan tunggu duit lebih, tapi wajib bajetkan setiap bulan.
📊 Audit Simpanan Setiap 3 Bulan Dalam pengurusan kewangan, disiplin bukan hanya pada menyimpan, tetapi juga pada memantau prestasi simpana...
Audit Simpanan Setiap 3 Bulan
📊 Audit Simpanan Setiap 3 Bulan
Dalam pengurusan kewangan, disiplin bukan hanya pada menyimpan, tetapi juga pada memantau prestasi simpanan.
✅ Audit simpanan setiap 3 bulan membantu kita memastikan tabungan berada pada landasan yang betul.
✅ Kita dapat mengenalpasti jika ada kebocoran kewangan.
✅ Matlamat kewangan lebih mudah dicapai kerana kita sentiasa mengukur perkembangan.
Ingat, “apa yang diukur, akan berkembang.”
Jadikan audit simpanan setiap 3 bulan sebagai rutin kewangan anda.
💰 Dah Audit Simpanan Ke Belum?
Simpan duit bagus, tapi jangan lupa buat check-up setiap 3 bulan!
👉 Tengok akaun, bandingkan dengan 3 bulan lepas.
👉 Kalau makin naik = teruskan 💪
👉 Kalau makin turun = kena cari punca 🕵️
Senang je… buat audit sikit-sikit, nanti simpanan makin laju berkembang 🚀
1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk anda beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan...
7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.
Tahukah anda cukai pendapatan merupakan penyumbang sebanyak 44.4% bagi belanjawan 2024. Sebab itu pembayar cukai pendapatan diberi gelaran ...
*10 Perkara Untuk Mudahkan Rezeki Datang Setiap Hari — gabungan amalan rohani, usaha harian & sikap positif yang insyaAllah boleh membuk...
10 Perkara Untuk Mudahkan Rezeki Datang Setiap Hari
Kalau korang nak beli Bitcoin atau apa-apa crypto, Anda boleh guna HATA guys... Hata ni exchanger crypto yg berlesen dengan SC Malaysia da...
Simpan BitCoin sikit-sikit
Kalau korang nak beli Bitcoin atau apa-apa crypto, Anda boleh guna HATA guys...
Hata ni exchanger crypto yg berlesen dengan SC Malaysia dan anda boleh invest serendah RM30! Tapi awal2 ni korang deposit je RM201 dan beli apa-apa crypto minimum RM200. Sebab korang boleh dapat free RM50 worth of Ethereum!!Ini memang terbaik, sampai melabur boleh dapat duit free.>>> Ini link dia: https://hata.io/signup?ref=HAV7177 <<<<<Crypto ini volatile, so anda kena cari ilmu dulu baru melabur. Simpan je utk DCA = Dollar Cost Averaging** DYOR = Do Your Own Research🚨 Kalau Anda nak register guna code HAV7177 dekat HATA, kena pastikan anda complete semua step dalam masa 30 hari sahaja. >> > ini dia punya link🔥: https://hata.io/signup?ref=HAV7177 <<Kalau tak, reward RM50 Ethereum tu akan hangus terus! 😱💥Step-by-step untuk dapatkan RM50 reward tu:1️⃣ Deposit Minimum RM210 - Masukkan RM210 ke dalam akaun HATA anda sebagai syarat pertama. 2️⃣ Instant Buy Any Crypto- Beli 1 crypto sebanyak RM200 (1 crypto secara lumpsump) menggunakan fungsi Instant Buy/Sell.3️⃣ Pilih Crypto - Beli crypto yang stabil macam BTC/ETH supaya mudah track harga.4️⃣ Pastikan Semua Step Lengkap Dalam 30 Hari - Kena settlekan semua ni sebelum 30 hari lepas register, kalau tak reward RM50 akan burn! 🔥Jangan delay, settlekan sekarang! Kalau ada masalah, boleh terus contact HATA Support atau reply kat group ni, daus akan bantu guide!➡️ Link register kalau belum guna: https://hata.io/signup?ref=HAV7177 Code: HAV7177💥 Tindakan cepat, reward selamat! 💸 *bukan bitcoin saja tau ada 11 coin lain lagi anda boleh beli!!














.jpg)

Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances