Kepada yang belum kaya, yang baru mula bekerja, yang sangka sihat sokmo, yang fobia dengan perkataan insuran, yang selalu mengelak bila ternampak ejen takaful, yang sedang aktif dalam sukan bahaya, yang suka melancong tetapi memoncong bila suruh dengar taklimat takaful.....dengar elok-elok dan baca biar faham, kalau boleh hadam sampai lumat!
Tolong ambil perlindungan takaful untuk perubatan masuk hospital dahulu!
Itu pun kalau insuran nyawa@ takaful hayat anda belum pernah mahu terfikirkannya lagi. Atau anda memang punya banyak wang!
Lainlah jika anda tidak kisah untuk mendaftar masuk hospital kerajaan bila sakit nanti atau anda merasakan bahawa malang boleh berbau, tidak perlu lah baca sampai habis!
Baru-baru ini, saudara
yang tidak jauh tali persaudaraan dengan saya, masuk hospital cirit-birit katanya, senang cerita terberak-berak, bahasa indahnya, ‘diarrhoea’!
Alang-alang dah sakit perut
buat sekali endoskopik, bila nak keluar hospital setelah 3 hari 2 malam, tahu berapakah bil perubatannya? Ya, sudah tentu anda tidak tahu sebab saya belum memberitahunya lagi.
Sekarang bersedia untuk anda mendengarnya dan saya minta anda mencari tempat duduk dahulu, jangan berdiri, takut pengsan, jatuh, pecah kepala, anda pulak yang dimasukkan ke hospital!
RM9,000/- hinggit! Memang saya sengaja menyebut hinggit sebab tak mahu telinga anda bengit bila soal pasal duit.
Mujur ada takaful perubatan, itu pun lindungi rm3500/- sahaja bakinya rm5,500/- sendiri tanggung!
Mak oi! mahalnya masuk hospital swasta, tapi yang syoknya semasa masuk wad tu macam kita check-in kat hotel 5 bintang!
Jadi untuk yang belum ada insuran perubatan/takaful pergi cari ejen takaful cepat-cepat sebelum tiba giliran anda pula dimasukkan ke hospital.
Takut-takut lepas baik daripada sakit, keluar hoapital, masuk balik sebab kena serangan jantung bila tengok bil hospital!
Kepada yang belum kaya, yang baru mula bekerja, yang sangka sihat sokmo, yang fobia dengan perkataan insuran, yang selalu mengelak bila tern...
About author: RuangIklan
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: