Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

Saya baru terbaca artikel mengenai nasihat kewangan bagi menghadapi cabaran kehidupan tahun baru 2017 bagi mengelak kekangan kewangan anda! ...

Nasihat Kewangan 2017

Saya baru terbaca artikel mengenai nasihat kewangan bagi menghadapi cabaran kehidupan tahun baru 2017 bagi mengelak kekangan kewangan anda!

Antara nasihat umumnya adalah
anda perlu bersiap
sedia untuk kekal
cergas di dalam soal kewangan anda.

Antara Tips yang saya baca adalah seperti biasa ulangan kepada tahun-tahun sebelumnya:-

1. Hadir kursus dan ambil tahu soal ilmu kewangan terutama soal pinjaman, hutang kad kredit, hutang PTPTN, dsbnya.
2. Kurangkan makan di luar maknanya masak sendiri lebih jimat.
3. Kurangkan 'outing' hujung minggu, melawat tempat-tempat yang tak perlu bayaran cas tiket masuk.
4. Buat kerja tambahan secara sambilan
5. Jual barang terpakai kesayangan anda yang yang tidak diperlukan lagi.
6. Kaji semula premium perlindungan insuran nyawa dan insuran perubatan.

Saya rasa nasihat seperti ini, sepertimana nasihat yang biasa kita dengar, belanja ikut kemampuan
atau belanja di bawah paras kemampuan untuk berjimat cermat.

Bagi saya nasihat ini adalah untuk orang biasa-biasa. Tetapi anda bagaimana?

Seperti yang saya pernah katakan, tidak kira gelombang ekonomi atau ribut inflasi yang melanda, anda tetap ingin hidup di atas paras kemampuan anda, bukan di bawah paras kemampuan sepertimana nasihat di atas!

Sebabnya mudah, pengurusan kewangan anda membuatkan anda kebal inflasi.
Kadangkala kita mesti berfikir di luar kotak. Untuk itu, anda jangan duduk di dalam kotak. Jangan jadi katak di bawah kotak!(jangan marah ahh!)

Tanyalah kepada orang kaya yang benar-benar kaya, adakah mereka mahu hidup di bawah paras kemampuan mereka?

Sudah tentu jawapan mereka, "Mengapa aku perlu ikut
nasihat-nasihat yang sangat UMUM? Nasihat-nasihat itu hanya terpakai untuk mereka yang umumnya diikuti oleh kebanyakan orang secara umum dan mereka itu adalah orang yang hidup biasa-biasa. Bukan hidup luar biasa!".


"Tak bengang kita mendengarnya?", sudah tentu saya tidak!

Itulah bezanya di antara orang ada ilmu kewangan dengan orang yang tidak ada ilmu kewangan!
Bagaimana orang luar biasa melakukan, baca balik nota-nota kewangan saya sebelum ini dan nota-nota kewangan yang akan datang!

 Itu pun jika anda minat membacanya!

InsyaaAllah, mari kita sama-sama belajar!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários: