Jom Bebas Hutang dan kejar Kebebasan Kewangan

Home Top Ad

7 SEBAB PERLU  KAYA DAN BERJAYA 1. Bila ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang aka...

7 sebab perlu kaya dan berjaya

7 SEBAB PERLU  KAYA DAN BERJAYA

1. Bila ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

2. Bila ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil-bil klinik, hospital dan kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga?

Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahamikah keadaan mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang menjenguk... siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK".

Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila ibubapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan?

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik.

Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi seorang ibu/ayah?
Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku bekerja, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?

Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?

Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama-sama?....

Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup.... sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat-sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA.

Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Al-Fatihah untuk Rasulullah dan para sahabat Baginda, untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, suami/isteri kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

0 comentários:

Beli kereta 'secondhand' atau beli kereta baru? Tahukah anda ramai orang kaya membeli kereta 'secondhand'? Manakala golonga...

Beli kereta 'secondhand' atau beli kereta baru

Beli kereta 'secondhand' atau beli kereta baru?

Tahukah anda ramai orang kaya membeli kereta 'secondhand'? Manakala golongan pertengahan (GP) membeli kereta baru! Itulah antara faktor kenapa GP tak kaya-kaya! Orang kaya membeli kereta baru apabila mereka sudah capai status "financial freedom'.

"Haaah! Financial freedom? Amenda tu?", anda bertanya dalam kesipuan seakan-akan tersenyum kambing.

Golongan pertengahan masih belum pun mencapai apa-apa yang dipanggil kestabilan ekonomi keluarga sudah melaburkan duit di tempat yang salah.

INGAT! beli kereta itu 'liabiliti'! HAAH! Amenda tu liabiliti? Kali ni anda betul-betul berkerut dahi, perkataan-perkataan yang jarang anda guna pakai. Lawan kepada liabiliti itu adalah aset.

"Haah! Aset? Bukan ke kereta itu salah satu aset?", Wahhh! nampaknya anda macam dah tahu makna perkataan 'aset'.

Dari satu sudut anda macam betul. Tetapi dari sudut 'bijak wang' nampaknya anda tewas! Satu kenyataan yang salah yang selalu golongan pertengahan terlepas pandang dan mereka leka membeli liabiliti, demi liabiliti, demi liabiliti menyebabkan mereka tidak boleh menjadi kaya dan terikat dengan hutang bank dan hutang-hutang yang seangkataan dengannya!

Saya terangkan secara paling mudah supaya anak-anak tadika pun boleh faham! Aset adalah sesuatu benda seperti pelaburan@harta@bisnes apabila kita memilikinya boleh menjana pendapatan@duit masyuk!

Manakala liabiliti pula bila anda membelinya tidak boleh menjana apa-apa pendapatan malah duit terpaksa dikeluarkan dari poket anda setiap bulan bagi membiayainya!

Orang kaya beli liabiliti (kereta baru) kerana jumlah pendapatan pasif melalui aset dapat membiayai liabilitinya! Dan malangnya, kita membeli liabiliti kerana ingin memuaskan nafsu kehendak yang membinasakan diri!

Jom belajar bagaimana orang kaya menjadi bertambah kaya sedangkan golongan pertengahan hidup
bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tanpa mereka mengetahui@sedar yang ada kehidupan yang lebih baik selain daripada sindrom pergi kerja balik kerja, hujung bulan dapat gaji!

Jom belajar menjadi seorang yang bijak wang!



Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Jangan jemkan poket anda! Tidak dinafikan jalanraya dan orang ramai berpusu-pusu menjadikan kesesakan lalulintas termasuk menuju ke pintu m...

Jangan jemkan poket anda

Jangan jemkan poket anda!

Tidak dinafikan jalanraya dan orang ramai berpusu-pusu menjadikan kesesakan lalulintas termasuk menuju ke pintu masuk ke Masjidil Haram! Allahuakbar!

Selalu kita tersangkut di jalanraya disebabkan kesesakan lalu lintas. Kalau boleh elak, dari awal lagi kita cuba elak supaya perjalanan kita lancar bagai air sungai mengalir, tiada halangan!

Ada yang bijak sikit boleh guna GPS dan aplikasi WAZE bagi mengelak jem!

Itu pun jika anda bersedia belajar dari awal cara menggunakannya! Bukan bila dah tersangkut dalam jem baru nak cari makna, apa itu WAZE?

Begitu jugalah hidup kita, tidak semua perjalanan kita meluncur laju. Adakalanya kita tersekat-sekat dan terus jem! Bukan soal kesihatan tetapi selalunya berkaitan kewangan!

Elakkan dari awal daripada poket anda jem! Jangan tunggu poket jem, baru anda mahu mencari petua atau belajar bagaimana nak mengelakkan poket anda daripada jem.

Sebab itu saya selalu katakan ilmu kewangan itu wajib kena tuntut untuk elakkan jem. Dan ini juga boleh mengelak untuk tidak menyusahkan keluarga dan rakan-rakan di sekeliling anda yang mempunyai poket yang besar dan dalam! Biar duit mereka digunakan untuk membantu orang yang benar-benar susah. Bukan anda yang menyusahkan!

Bukan jalanraya sahaja boleh jem! Poket anda juga boleh jem! Dua tips untuk anda bertindak:-
👍Belajar belanja ikut kemampuan.
😉Beli kereta sekadar perlu bukan untuk bermewah-mewah!

Buat komitmen pinjaman tidak melebihi 40% daripada pendapatan anda! Ini hanyalah untuk membuatkan perjalanan poket anda lancar.

Tetapi untuk menjadikan poket anda dalam dan sihat, banyak ilmu kewangan yang anda kena tuntut dan alami terlebih dahulu.

Tanpa ilmu, poket anda bukan sahaja jem tetapi mungkin pula bocor!
Anda jawab dengan yakin, "Nasib baik saya bawak roti, boleh makan roti dengan JEM!".

Saya pula jawab, "Itu sebab anda tidak kaya-kaya sebab orang kaya dia juga bawak roti tapi ada bekal lagi tapi bukan makan dengan jem, dia makan dengan KAYA!".


Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Poket selalu bocor! Jangan anda berfikir tentang menjadi kaya jika anda seorang yang tidak memberatkan untuk membayar hutang! Pertamanya,...

Poket Selalu Bocor

Poket selalu bocor!

Jangan anda berfikir tentang menjadi kaya jika anda seorang yang tidak memberatkan untuk membayar hutang!
Pertamanya, sudah tentu rezeki tidak menjadi berkat.

Bila rezeki tidak berkat maka pendapatan kita mengecut dan tidak berkembang, sukar untuk menabung dan mengumpul wang. Semua pendapatan habis kepada benda-benda yang tidak kita jangka untuk dibelanjakan.

Membayar membaiki kereta yang rosak tiba-tiba, duit kena curi, kena rompak di waktu-waktu kita baru mula nak menyimpan@ menabung.

Keduanya, duit menjadi sukar untuk diperkembangkan kerana kita mengabaikan hutang yang kita sendiri pasang niat tidak mahu membayarnya menjadikan poket kita selalu bocor!

Jadi, jangan ambil ringan soal hutang, bayar atau selesaikan hutang dahulu sebelum membelanjakan kepada kehendak lebih daripada keperluan kita.

Fahami konsep keberkatan, yang mana perlu diutamakan dan didahulukan. Jangan menidakkan kewujudan hutang yang kita bina sendiri sewaktu kita di dalam kesempitan dahulu. Selesaikan hutang dahulu, insyaaAllah, pendapatan mula menjadi berkat maka mudahlah anda bergerak laju untuk memperkembangkan pendapatan anda dalam pelaburan mahupun perniagaan!

Membayar hutang seperti menampal poket kita yang selalu bocor!

Ini belum masuk bab kita mencuri, merompak, mengkhianati hasil titik peluh orang lagi, silap haribulan kita langsung tidak ada poket untuk ditampal!

0 comentários:

Jika anda BUKAN seorang doktor pakar, akauntan bertauliah, jurutera berkompeten, saintis angkasalepas, atau apa sahaja yang membuat anda mer...

Financial IQ

Jika anda BUKAN seorang doktor pakar, akauntan bertauliah, jurutera berkompeten, saintis angkasalepas, atau apa sahaja yang membuat anda merasa tidak layak untuk anda bergelar seorang profesional, jangan anda merasa rendah diri untuk tidak layak menjadi kaya!

Hatta anda juga bukan seorang menteri, Datuk, Dato' Seri, Tan Sri pelbagai gelaran dan darjat.

Kaya tidak memerlukan semua jawatan, pangkat atau kepakaran itu. Kaya hanya perlu ilmu bijak wang, IQ WANG atau 'Financial IQ'. Itu sahaja dan sudah tentu anda perlu ada sedikit modal, kreatif dan usaha yang berterusan!

Anda juga tidak perlu menjadi ketua perompak atau ketua gangster untuk menjadi kaya. Apa guna menjadi kaya jika pasti anda akan duduk di belakang tirai besi!

Kalau anda rasa anda sudah terlepas untuk belajar masuk universiti, masuk politik atau menyertai gang jalur tiga, anda masih berpeluang untuk menjadikan diri anda bijak wang. Gunakan apa yang anda ada untuk lipatgandakan nilai bersih kekayaan anda dengan cara betul dan selamat.

Dan jangan ingat jika kit seorang profesional kita boleh menjadi kekal kaya! Ramai di luar sana yang gagal dalam hidup walaupun mereka mempunyai kelulusan tertinggi.

Mereka kecundang kerana mereka tidak mempunyai ilmu bijak mengurus wang! Kenapa anda harus melarikan diri daripada polis dan Badan Pencegah Rasuah semata-mata untuk menjadi kaya?

Anda ada peluang untuk menjadi kaya jika anda mula belajar sekarang! Jika anda merasakan apa yang anda ada sekarang sudah cukup selesa, anda tidak perlu membuat apa-apa lagi yang ajaib. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Tetapi jika sebaliknya, anda wajib berubah. Belajar bagaimana orang kaya melakukannya!

0 comentários:

Ibadat Haji dan Umrah pertama itu wajib bagi yang berkemampuan maka berduyun-duyun muslimin dan muslimat berpusu-pusu ke Mekah mengerjakan s...

Kaya itu dituntut

Ibadat Haji dan Umrah pertama itu wajib bagi yang berkemampuan maka berduyun-duyun muslimin dan muslimat berpusu-pusu ke Mekah mengerjakan suruhan Penciptanya!

Bagaimana jikalau kaya itu wajib?

Maka berduyun-duyun muslimin dan muslimat akan mencari jalan bagaimana cara untuk menjadi kaya bagi menunaikan kewajipan itu!

Mujurlah menjadi kaya itu tidak wajib hanya dituntut supaya orang Islam itu kaya!

Bagi saya yang tidak luas ilmu ini cuma memberi pandangan sahaja, adalah dikhuatiri umat manusia yang bergelar muslim akan ramailah masuk neraka!

Mana tidaknya, kaya yg tidak diwajibkan ini pun ramai sudah orang buat dosa disebabkan nak jadi kaya... makan rasuah... tindas manusia lain.. fitnah menjatuhkan pesaing.. tikam dari belakang... pijak kepala orang lain....pasang bomoh utk dapatkan kontrak... puja main nombor ekor... tikam kuda... merompak... mencuri.. menipu, khianat dan pelbagai cara manusia akan lakukan bagi menunaikan tuntutan peribadi ini yang tidak wajib ini.

Bayangkanlah apa akan jadi jika menjadi kaya itu wajib!

Menjadi kaya itu tidak perlu kita berdosa kerananya jika kita tahu mengamal ilmu dan caranya yang mengikut amalan yang dibenarkan yang diajar oleh agama Islam.

Kaya berkait rapat dengan duit. Jadi belajarlah ilmu buat duit cara yang sah disisi undang2 dan juga syariat Islam serta secara halal.

Allah maha mengetahui mengapa kaya itu tidak diwajibkan! Kaya itu satu pilihan!

Jadi untuk menjadi orang kaya yang bertaqwa perlu menuntut ilmu. Tanpa ilmu, kekayaan itu memakan diri. Kekayaan hakiki adalah kekayaan yang membawa kita hingga ke akhirat bukan hanya kaya di dunia sahaja!

Timba ilmu kekayaan, insyaaAllah, kita boleh kaya dunia dan kaya akhirat! Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berdoalah memohon kepada Allah Swt Maha pemberi rezeki dengan melakukan solat-solat tambahan dan bangunlah di 2/3 malam melakukan solat tahajjud, taubat, hajat, witir dan seterusnya solat dhuha. Banyakkan bacaan Alquran walaupun membaca surah-surah lazim setiap hari.

Semoga amalan kita diberkati!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Fokus biar betul! Fokus apa yang nak dapat atau fokus apa yang kena buat? Jika kita memulakan sesuatu benda yang kita suka buat, maka tump...

Fokus biar betul

Fokus biar betul!

Fokus apa yang nak dapat atau fokus apa yang kena buat?

Jika kita memulakan sesuatu benda yang kita suka buat, maka tumpuan kita lebih fokus untuk buat dan menyelesaikannya. Adakala fokus kita disalahtempatkan menidakkan kita untuk membina hidup yang terjamin dan selesa.

Topik hari ini adalah tentang isu FOKUS.

Fokus orang biasa-biasa, berjimat cermat dalam berbelanja manakala fokus orang kaya, tingkatkan lagi sumber pendapatan!

Kesannya, orang biasa-biasa tetap mengekalkan pendapatan sediada dan terpaksa berjimat dalam berbelanja manakala orang kaya, berbelanja lebih mewah serta berhemah kerana mempunyai banyak sumber pendapatan!

Nampak tak kesan fokus yang berbeza di antara dua golongan. Orang biasa-biasa akan terpengaruh dengan jualan murah tahunan, jualan durian runtuh kerana di fikirannya terbayang penjimatan yang bakal diperolehi. Maka dibelilah barang2 yang tidak diperlukan dek sebab barangan tengah murah! Cuba berjimat tapi tak berhemat! Stok baju raya tahun depan pun dah dibelinya!

Orang kaya membeli kerana dia mampu untuk beli. Dia tidak menyimpan stok kerana rumahnya bukannya setor! Jadi pembeliannya selalu fokus pada kualiti. Beli sekali, boleh pakai bertahun-tahun! Bukan beli untuk tunjuk kepada orang lain tetapi untuk kepuasan diri setelah berpenat lelah mengumpul sumber pendapatan!

Orang biasa-biasa, kalau boleh setiap tahun nak tukar langsir atau perabut atau mungkin tukar kereta juga! Fokusnya hanya pada orang lain, apa nanti orang nak kata! Orang-orang kaya selalu berjimat untuk diri sendiri dan fokusnya bagaimana aku boleh bantu orang lain!
Jadi berhati-hati golongan mana yang anda hendak pilih. Jika saya sudah tentu pilih orang kaya yang menambah sumber pendapatan supaya perbelanjaan tidak terbatas!

Anda bagaimana?

Ada satu lagi fokus yang menjurus kepada buat satu tetapi anda akan dapat dua benda sekali gus! Apa dia? Jika anda kejar akhirat, sudah tentu dunia juga akan mengejar anda! Ditakuti jika kita hanya mengejar kejayaan dunia... bahagia akhirat belum tentu milik kita! Seimbangkan fokus kita... in sya Allah, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang terhadap hambaNya!

Pelbetulkan fokus anda supaya anda tidak tersasar jauh dari matlamat asal anda!
Selamat membuat pilihan terbaik!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Anda tidak perlu kalkulator saintifik untuk mengira kekayaan anda! Mari belajar matematik kewangan! Net worth = Asset-Liability Untuk ti...

Mari belajar matematik kewangan

Anda tidak perlu kalkulator saintifik untuk mengira kekayaan anda!

Mari belajar matematik kewangan!

Net worth = Asset-Liability
Untuk tingkatkan 'Net worth', anda mesti perbanyakkan 'Asset' anda dan mengurangkan 'Liability' anda.

Bagi mendapatkan banyak 'Asset' anda mesti tingkatkan 'Saving' anda.
Saving=income-expenses

Untuk meningkatkan 'saving', anda mesti mempunyai lebih dari satu 'income' atau imbangi 'expenses' anda dengan berhemah!
Formula mudah apabila dapat gaji...buat simpanan dahulu dan bakinya baru dibelanjakan kemudian.. dua karektor berbeza bila mereka berfikir soal wang!

Si jahil wang:
Income-expenses(belanja dahulu) =saving(simpan kemudian)... itupun kalau ada baki!
Si bijak wang:
Income-saving(simpan dahulu) =expenses(belanja kemudian).... belanja berhemah!

Anda displinkan diri anda sedikit untuk fahami matematik kewangan dan praktik apa yang anda pelajari. Anda sedang menuju kearah destinasi impian orang ramai... Hidup kaya dan bergaya! Yes, route to Financial Freedom!

Malangnya, hanya sedikit sahaja yang dapat mencapainya kerana menggunakan formula lain. Ini kerana ramai yang menginginkan kekayaan tetapi hanya sedikit sahaja orang yang akan betul- betul berusaha untuk mengkayakan diri sendiri manakala ramai pula bersungguh-sungguh bekerja untuk mengkayakan orang lain!

Matematik tidak pernah menipu melainkan diri kita sahaja yang cuba menipu diri kita sendiri untuk tidak membuat perancangan kewangan yang mantap bagi diri sendiri!

Jika anda tidak faham perkataan kewangan yang disebut di atas... agak sukar untuk anda capai impian kaya anda melainkan Allah dah tentukan rezeki kekayaan anda! Jom belajar dengan bertanya!
Selamat merancang!

0 comentários:

Belajar berkata 'TIDAK'. Sifat orang Melayu, itulah sukar untuk berkata TIDAK jika nak menolak atau tidak bersetuju dengan apa-apa c...

Belajar kata TIDAK

Belajar berkata 'TIDAK'.
Sifat orang Melayu, itulah sukar untuk berkata TIDAK jika nak menolak atau tidak bersetuju dengan apa-apa cadangan, jemputan atau pandangan hatta kepada jurujual yang bersemangat waja datang menjual produk mereka.

Untuk menjaga hati, orang Melayu sanggup menggadai hati sendiri. Kita tergamak untuk mengatakan YA sedangkan jauh di dalam hati, jawapannya adalah TIDAK! Kita sanggup berbohong dengan diri sendiri demi menjaga hati orang lain. Anda berfikir anda berjaya memperdayakan orang tetapi hakikatnya anda hanya menipu diri sendiri. Anda merelakan dosa kering, kata orang! Ataupun anda takut terputus hubungan silaraturrahim atau anda lebih rela hilang wang daripada hilang seorang kawan?

Perbuatan anda hanya melemahkan lagi daya keyakinan diri anda, hanya kononnya ingin bersikap sopan agar tidak menyinggung sesiapa. Anda sebenarnya telah menyinggung diri anda sendiri. Anda sengaja memporakperandakan prinsip dan hidup anda! Tingkah laku yang merosakkan harapan dan impian untuk anda bergerak maju dan berjaya dalam hidup.

Belajarlah berkata TIDAK jika anda berada dalam situasi yang tidak selesa atau tidak berkehendakkan apa yang ditawarkan oleh sesiapa pun walaupun itu mungkin rakan kenalan anda atau saudara mara anda atau bos anda sendiri!

Letakkan harga diri anda tinggi. Letakkan keyakinan anda setinggi gunung supaya anda tidak akan menyusahkan orang lain lagi dengan hanya berkata dusta! . Biar orang lain fikir apa yang patut mereka fikir. Biar mereka tersinggung kerana anda ada hak anda dan mereka juga punya alasan kenapa anda berkata TIDAK. Jangan mengorbankan jiwa raga anda jika belum tiba masanya untuk mengatakan YA!

Biarpun anda terpaksa menyinggung perasaan orang dengan berkata TIDAK, semua itu bersifat sementara dan lambat laun akan menjadi kembali normal!

Percayalah jika anda mula berani berkata TIDAK, hidup anda tidak lagi terkongkong dan anda tidak perlu lagi lari dari sijurujual. Yang penting sekarang ini, anda sudah boleh mula tersenyum! Anda sudah boleh tersenyum bila terserempak dengan sipemberipinjam wang atau sipeminjam wang atau sijurujual atau kawan lama yang tiba-tiba muncul kembali, kerana anda sudah yakin apa jawapan yang akan anda luahkan! Anda sudah boleh berfikir secara rasional kerana anda sudah berani mengatakan 'TIDAK' kepada si penganjur skim cepat kaya.

Hanya peruntukkan

YA anda kepada si pengutip derma masjid, si peminta sedekah, orang tua si penjual kerepek atau si budak remaja penjual ubat dari sekolah tahfiz kerana anda sudah bijak dan yakin samada anda ingin membeli atau bersedekah atau jawapan anda, "duit sedekah abang dah habis untuk hari ini, dek!".
Selamat mencuba berkata TIDAK! atau mungkin YA jika betul pada masa dan tempatnya!

0 comentários:

Kepada penyimpan wang tegar bawah bantal, tabung ayam dan tempayan beras! Tahukah anda bahawa menyimpan wang semata-mata boleh menyusutkan n...

Penyimpan Tegar bawah bantal

Kepada penyimpan wang tegar bawah bantal, tabung ayam dan tempayan beras!
Tahukah anda bahawa menyimpan wang semata-mata boleh menyusutkan nilai wang tersebut? Hatta anda menyimpan wang dalam akaun bank sekali pun!

Mengapa saya berkata begitu?


Anda pernah mendengar perkataan inflasi? Kadar nilai kos sara hidup meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan nilai wang anda menjadi susut atau kurang nilainya dari tahun ke tahun. Inflasilah punca segala susut nilai wang anda.
Bolehkah kita kawal inflasi dari meningkat? Jawapan saya, tidak boleh. Kita tidak ada daya nak mengawal inflasi. Terlalu banyak faktor yang diambilkira untuk inflasi meningkat dan meningkat tahun demi tahun.

"Kalau kita tak boleh kawal inflasi, apa yang boleh kita buat?", anda bertanya seolah-olah baru tadi perkataan inflasi menusuk ke dalam telinga anda.
Kita lawan inflasi. Tukar wang simpanan anda kepada pelaburan!
"Tukar???". Anda terkejut, mula menampakkan wajah berkerut anda yang sememangnya sudah berkedut.

Biar saya menjawab ringkas, dulu harga rumah flat kos rendah sebuah RM25,000/-, sekarang nilai pasaran setelah 20 tahun berlalu, harganya RM80,000/- sebuah!

Jika anda menyimpan wang RM25,000/- 20 tahun dulu di dalam tempayan beras anda, dan pada tahun ini anda ingin membeli rumah kos rendah dengan memecahkan tempayan beras antik anda itu, saya tanya anda balik, anda mampu membeli flat kos rendah dengan nilai itu?

Jawapannya TIDAK BOLEH! Sudah tentu anda kena buat pinjaman bank untuk tampung kekurangan RM55,000/- lagi! Ataupun anda mungkin mempunyai tempayan beras atau tabung ayam lain yang terpaksa anda pecahkan lagi! Nanti dulu, mungkin nilai tempayan beras antik anda sebenarnya bernilai RM55,000/-? Itupun kalau anda masih bermimpi lagi!

Sebenarnya anda tak sepatutnya simpan dalam tempayan beras atau tabung ayam atau bawah bantal busuk anda, sebaliknya ketika itu anda sudahpun membeli flat kos rendah itu TUNAI, RM25,000/-!
Anda nampak tak, pelaburan hartanah dapat melawan inflasi daripada simpanan tunai?
"Tapi bukan duit kita tersangkut ke bila beli tunai?", anda bertanya lagi. Sengal anda mula datang kembali!

Tak dapat saya nak tolong lagi. Anda memang sengaja mencari sengal!

Jom belajar IQ Wang!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Saya pernah menyatakan bahawa untuk menjadi seseorang yang dapat berdiri teguh dalam kewangannya, perlu mempunyai 4 jenis pendapatan secara ...

4 Jenis Pendapatan

Saya pernah menyatakan bahawa untuk menjadi seseorang yang dapat berdiri teguh dalam kewangannya, perlu mempunyai 4 jenis pendapatan secara amnya mengikut kitaran masa:

1. Pendapatan Harian
2. Pendapatan Mingguan
3.Pendapatan Bulanan dan juga
4. Pendapatan Tahunan.

Anda ada kempat-empat ini?
Cuba 'check'?
Daripada 4 jenis pendapatan kitaran masa ini boleh dibahagikan pula kepada 3 kelompok jenis pendapatan yang perlu difahami bagi seorang pelabur untuk mencapai 'financial freedom' dan kekayaan yang diimpikan!
1. Pendapatan Penggajian
2. Pendapatan Portfolio dan
3. Pendapatan Pasif

Pendapatan penggajian itulah yang orang biasa-biasa yang ada dan buat. Manakala orang-orang kaya mempunyai dua jenis pendapatan lain iaitu pendapatan portfolio dan pasif.

Penggajian bermaksud ada kerja tetap, ada gaji secara rutin. Ada kerja, ada gaji.
Pendapatan portfolio adalah pendapatan berkala, ada projek ada habuannya, jual beli saham, jual hartanah, sebagai contoh.

Dan akhir sekali pendapatan pasif...tak ada kerja dan tak ada projek pun... duit tetap mengalir masuk. Dan itulah fokus saya! Tentulah bisnes saya yang tidak perlu saya ada disitu dan rumah sewa saya!

Selamat melabur!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Kita kena berubah untuk jadi kaya! Kadangkala kita selalu memikirkan tentang kehidupan orang lain terutama tentang bagaimana orang kaya hidu...

Berubah untuk jadi KAYA

Kita kena berubah untuk jadi kaya!
Kadangkala kita selalu memikirkan tentang kehidupan orang lain terutama tentang bagaimana orang kaya hidup dengan mewah dan membayangkan jika kita di dalam keadaan mereka tentulah hidup kita lebih senang. Betul?
Salah....

Orang kaya adalah seperti kita juga ada perasaan dan keinginan untuk hidup lebih senang daripada kita tetapi apa yang membezakan orang kaya dengan kita?
Mereka makan nasi sepinggan kita juga, mereka tidur kita juga, mereka solat kita juga, mereka merancang kita juga, mereka dahaga kita juga, mereka marah kita juga selalu marah, mereka malas kita lagilah malas.

Sebenarnya apa yang orang kaya buat, itulah yang kita tidak suka buat. Mereka merancang kita juga merancang tetapi mereka bertindak kita bertangguh! Kita tidak suka jaga masa, tidak berdisplin dan lebih teruk kita selalu bersangka buruk dan ada perasaan dengki kepada orang kaya dan bukannya mahu belajar dari mereka yang kaya!

Lagi satu yang membezakan kita dengan orang kaya ialah cara mereka berfikir walaupun kita juga berfikir tetapi cara kita berfikir adalah songsang daripada mereka!
Mereka meminjam wang ketika mereka tidak memerlukannya!
Mereka mewah dlm bersedekah,
Mereka makan bila rasa lapar,
Mereka berhenti sebelum kenyang!
Mereka beli insuran takaful sebelum musibah menimpa!
Mereka nampak peluang kita asyik nampak masalah!
Mereka berfikir bagaimana nak membantu orang lain, kita merancang bagaimana nak menjatuhkan orang lain!
Kita terantuk baru nak terngadah!
Mereka terngadah untuk tidak terantuk! Kita membazir dalam berbelanja!
Fikir-fikirkan kalau boleh berubah cara kita berfikir! InsyaaAllah dengan cara itu mungkin kita pun boleh jadi kaya! Orang kaya yang bertaqwa!
InsyaaAllah!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Anda faham maksud sebenar pendapatan pasif? Jika anda masih perlu berkerja ataupun anda masih perlu berusaha untuk mendapatkan pendapatan...

Pendapatan Pasif

Anda faham maksud sebenar pendapatan pasif?

Jika anda masih perlu berkerja ataupun anda masih perlu berusaha untuk mendapatkan pendapatan atau wang bagi menampong dan menanggung keperluan harian itu dinamakan pendapatan aktif. Jika anda berhenti bekerja dan bulan depan anda kehilangan pendapatan melalui gaji bermakna anda belum ada pendapatan pasif.
Pendapatan pasif bermakna anda tidak perlu bekerja lagi tetapi anda ada pendapatan yang 'masyuk' setiap bulan tanpa anda perlu bekerja lagi. Contohnya, duit pencen anda! Itupun jika anda ada pencen.

Apa pendapatan pasif yang lain?

Anda ada hartanah yang disewakan, anda ada saham syarikat, anda mendapat royalti melalui penulisan, penciptaan karya atau apa sahaja yang mana anda melakukan sesuatu perkara itu SEKALI sahaja tetapi mendapat pendapatan tanpa henti sehingga akhir hayat anda! Anda tulis buku sekali tetapi buku anda terjual di pasaran selagi ada pembeli yang minat ke atas buku anda untuk dibaca.
Anda ada?
Jika anda tiada pendapatan pasif kenapa anda harus berdiam diri dan bersenang lenang sekarang sedangkan masa depan anda boleh tercabar tatkala anda sakit, diberhentikan kerja atau anda sudah muak untuk bekerja lagi tetapi anda TIADA pendapatan pasif untuk disandarkan.

0 comentários:

Anak muda ... oh orang muda! Zaman kini sudah berubah.. Dulu kita lepak di kedai kopi yang secawan kopinya RM1.20... Sekarang kita punya b...

Tingkat IQ

Anak muda ... oh orang muda!

Zaman kini sudah berubah..
Dulu kita lepak di kedai kopi yang secawan kopinya RM1.20...

Sekarang kita punya banyak pilihan untuk lepak di Gloria Jeans atau Starbucks yang secawan kopi harganya mencecah RM15.
Nak tingkatkan taraf hidup katakan! 'Lifestyle' sudah berubah. Ia menjadi ikut-ikutan cara anak-anak orang kaya menghabiskan duit!

Almaklumlah bapak dia orang memang kaya atau dia sendiri yang sememangnya mampu?
Kita ni bagaimana?

Bapak kita di kampong kais pagi makan pagi...Kita di bandar lagi parah sebenarnya, kais-kais, hujung bulan pun selalu miss soru! Tapi ikut trend punya pasal tak kisahlah, kerja lagi kuatlah nak dapat duit lebih! "Kad kreditkan ado!", kata-kata seperti iklan PTPTN!
Sanggup minum kopi secawan RM15/- kerana ikut trend atau memang nak menempah awal-awal kemiskinan hidup pada masa hadapan?

Tetapi bila ditanya dah beli rumah ke belum?
Jawapannya "Takde duit, lagi.. rumah mahal... "
Anda mula cipta alasan.....
Ini semua berbalik kepada pengurusan kewangan kita. Dan seserius mana kita memahami pentingnya aset itu di masa tua.
Aset? Ya, aset! Aset yang menjana pendapatan pasif tanpa perlu bekerja lagi bila tiba hari tua nanti!
Mustahil.. mana mungkin aku mampu melakukannya sekarang...yang penting aku perlukan wang untuk hidup sekarang ini!
Anda cipta alasan lagi...

Anda setuju tak? Anda punya pilihan dan pilihan anda untuk senang sekarang atau senang kemudian hari? Tentulah nak kedua-duanya, kan?
"Kalau begitu kita kena tingkatkan ilmu IQ wang kita", anda mula memberi pendapat bernas.
Anda betul! Tingkat ilmu IQ wang anda agar anda masih boleh menikmati kopi kegemaran anda pada harga RM1.20 secawan dan merancang sekarang untuk tidak perlu bekerja lagi di hari tua!
Selamat menjadi bijak wang!

0 comentários:

Kenapa perlu membazir? Kenapa anda perlukan dua buah 'handphone' untuk jalani kehidupan? Adakah anda seorang yang amat-amat pent...

Membazir

Kenapa perlu membazir?

Kenapa anda perlukan dua buah 'handphone' untuk jalani kehidupan?

Adakah anda seorang yang amat-amat penting sehingga keperluan yang tidak wajib itu perlu anda turuti?

Adakalanya kehendak/ keperluan melebihi kemampuan.

Cari sebab yang munasabah mengapa kita perlu guna dua buah handphone. Itulah sebabnya antara punca mengapa ramai orang tidak boleh menyimpan wang. Bukan sebab tidak ada wang untuk disimpan tetapi leka berbelanja di luar kemampuan sendiri.

Fikir semula kenapa anda perlukan dua malah ada yang mempunyai 3 buah telefon bimbit sekali gus? Bagi seorang peniaga mungkin satu untuk bisnes dan lagi satu untuk peribadi.

Itu pun bukan satu justifikasi yang baik. Anda yang tidak ada bisnes bagaimana? Apakah alasan anda?

Fikirkan pembaziran bil bulanan yang anda dapat selamatkan untuk simpanan sendiri jika anda seorang yang bijak wang!

Anda perlu ada objektif untuk mengguna telefon bimbit lebih dari satu!

Jika tidak, ianya adalah satu pembaziran yang nyata atau lebih tepat anda mengkayakan syarikat telekomunikasi.

Pemilik Syarikat telekomunikasi Ananda Krishnan tersenyum sewaktu tidurnya kerana ada orang yang sedang membiayai waktu tidurnya!

Wang sedang bekerja untuknya. Sedangkan anda berkerja berhempas pulas mencari wang semata-mata untuk memuaskan hati rakan-rakan supaya anda nampak hebat dan kaya di mata mereka.

Jangan anda bermimpi di siang hari. Atau anda jangan tidur di waktu siang hari untuk tidak bermimpi.

Pada ketika ini, ekonomi yang tidak memihak kepada kita bukan masa untuk anda membazir wang yang memerah keringat anda.

Bijaklah berbelanja semoga anda bijak mengendali hidup anda.

Fikir dan bertindak walaupun anda kata anda mampu! SEGERA.

0 comentários:

"Orang miskin yang banyak wang!" Adakah anda tergolong di dalam kumpulan ini? Anda tidak tahu? Malangnya, ramai orang tidak m...

Orang Miskin yang Banyak WANG

"Orang miskin yang banyak wang!"

Adakah anda tergolong di dalam kumpulan ini? Anda tidak tahu? Malangnya, ramai orang tidak menyedari sebenarnya mereka berada dalam situasi ini.

Pernah tidak anda mendengar orang kehilangan wang dengan jumlah yang besar ketika mula bersara?

Ya, ketika baru terima wang KWSP! Baru nak mula berniaga tetapi ditipu pada usia bersara kemudian rugi beratus ribu ringgit?

Mereka punyai wang yang banyak tetapi sayang, mereka miskin di dalam ilmu pengurusan kewangan.
Mengapa perkara sebegini berlaku kepada mereka di usia senja, usia nak masuk Maghrib?

Bagi saya, mereka tidak bersedia dari usia Subuh! Tidak bersedia mengisi ilmu bijak wang di kala usia Zohor dan usia Asar!

Jika anda tidak bersedia dengan ilmu bijak wang pada usia anda masih muda, inilah yang akan berlaku.

Kehilangan segala-galanya di usia nak masuk Maghrib. Amat malang!

Tidak pernah ambil tahu tentang apa itu dunia pelaburan, tiada langsung pengalaman berniaga dan tidak mahu belajar tentang ilmu pengurusan kewangan yang betul.

Tidak bersedia awal dan tiada perancangan langsung tentang pelaburan dan perniagaan. Tiba-tiba di usia Maghrib baru nak mula berniaga tanpa ilmu perniagaan.

Dan setiap tahun berapa ramai pesara yang mempunyai wang yang banyak menjadi miskin dalam sekelip mata. Ini gara-gara selama ini mereka diselubungi oleh sindrom serba tahu!

Jadi serba serbi tidak perlu ambil tahu! Tidak tahu membezakan yang mana intan dan yang mana kaca!

Terlalu banyak jerung-jerung di luar sana bersedia menunggu mangsanya untuk menyerahkan wang kepada mereka kerana kebodohan sendiri yang tidak boleh diajar! 

Terjebak dalam skim cepat kaya yang menjadikan mereka cepat miskin. Mengharapkan orang lain membuat skim pelaburan yang akhirnya bertukar menjadi skim peleburan!
Ianya seperti seolah-olah anda hanyalah sebagai seorang pemegang amanah yang menyimpan wang yang banyak sekian lama tetapi hakikatnya anda hanyalah orang miskin yang akan menyerahkan wang anda kepada orang lain bila tiba masanya!

Malang sungguh nasib anda kerana wang tersebut bukan milik anda lagi walaupun selama ini anda berusaha menyimpan tetapi menjadi milik orang lain disebabkan kebodohan sendiri! 

Jika anda kehilangan wang kerana bersedekah atau berzakat itu adalah soal persediaan bekalan anda untuk hari akhirat. Alhamdulillah!

Ini soal kehilangan wang disebabkan sifat bodoh sombong ditipu oleh rakan dan kenalan sendiri!
Kepada orang muda! Jangan pandang sebelah mata soal perkara ini walaupun berdetik dalam hati anda berkata, 'Aaaah!, masa aku masih panjang lagi! Aku punya banyak masa untuk belajar'
Percayalah jika anda mahu ditipu, tidak perlu menunggu masa tua anda tetapi bila-bila masa boleh berlaku jika kita tidak bijak wang pada bila-bila masa.
Tuntut ilmu kewangan sekarang bukan selepas anda ditipu atau selepas anda kehilangan wang yang banyak! Jika tidak, anda tergolong di dalam golongan orang miskin yang punyai banyak wang!

Selamat belajar ilmu kewangan!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Minda, tabiat dan tindakan menentukan kita berada di dalam golongan mana! 1. Golongan Miskin 2. Golongan Pertengahan 3. Golongan Kaya ...

Minda, tabiat dan tindakan

Minda, tabiat dan tindakan menentukan kita berada di dalam golongan mana!
1. Golongan Miskin
2. Golongan Pertengahan
3. Golongan Kaya
Kebanyakan orang, mereka ingat mereka berada di dalam golongan kaya!

Apa tidaknya, mereka hidup mengikut gaya dan cara hidup macam orang kaya!
Sebabnya mudah! Mereka memakai kereta mewah. Tinggal di rumah mewah. Makan di restoran yang mewah. Berkawan dengan orang kaya-kaya yang memang suka bermewah-mewah!
Sebelum anda mengaku anda berada di dalam golongan kaya dan mewah mari kita buat sedikit timbang tara kekayaan anda!
1. Berapa nilai bersih kekayaan (networth) anda sekarang? Anda tahu?
2. Anda sudah mempunyai pendapatan pasif? Atau anda tak tahu apa itu pendapatan pasif?
3. Adakah aliran tunai (cash flow) anda sihat? Pun anda tidak faham?

Jika jawapan anda masih kabur kepada ketiga-tiga soalan di atas, jangan anda berangan untuk duduk di dalam golongan kaya!

Anda hanya berangan-angan kaya sahaja. Perasan kaya! Atau anda memang kaya secara semulajadi tanpa anda sedari?
Walaupun anda nampak hidup mewah pada zahirnya, anda mungkin sebenarnya berada di dalam golongan pertengahan malah silap haribulan sebenarnya anda berada di dalam golongan miskin.
1. Lihat baki terkini buku bank akaun anda!
2. Tengok baki tertunggak kad kredit anda!
3. Kira wang baki poket anda yang tinggal daripada gaji bulan lepas!
4. Baca betul-betul surat dari bank, berapa bulan pinjaman rumah dan kereta anda tertunggak!
5. Perhati senarai yang anda sendiri buat untuk mencari mangsa sipemiutang (sipemberi pinjam wang) bagi menampong hutang anda yang sedia tidak tertanggung!
Tak usah anda menyamar menjadi kaya jika anda berada di dalam situasi tidak mengizinkan di atas, walhal anda menipu diri anda sendiri.

Belajar bagaimana menjadi orang kaya sebenar dan bukan menjadi orang yang berpura kaya!

Dikhuatiri anda sebenarnya sedang menghampiri hidup sebagai seorang yang muflis!
Perbetul minda, tabiat dan tindakan anda dahulu!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Simpan dulu atau belanja dulu? Macam kita meneka telur dulu ke ayam dulu! Tak kisahlah ayam ke telur ke, yang pentingnya dua-dua kita bol...

Simpan Duit atau Belanja Dulu

Simpan dulu atau belanja dulu?

Macam kita meneka telur dulu ke ayam dulu! Tak kisahlah ayam ke telur ke, yang pentingnya dua-dua kita boleh makan, yang wajib ayam kena sembelih dulu ikut syariah!
Dalam soal kewangan, jika anda seorang amatur dalam bidang pengurusan wang peribadi anda, anda wajib simpan sebahagian dahulu daripada pendapatan anda!

Ikut jumlah yang anda mampu simpan. Saya boleh kata ianya simpanan yang akan dilupakan.

Seolah-olah simpanan itu tidak wujud lagi setelah ianya diasingkan daripada senarai pendapatan dan perbelanjaan anda.
Bagaimana nak asingkan?

Katakan jumlah simpanan yang diasingkan berjumlah 20% (lebih tinggi lagi baik).

Dapat gaji sahaja jangan anda berfikir panjang atau berkira-kira nanti kalau aku nak pakai duit macamana?

Katakan jumlah 20% itu RM500/-.

Masukkan ke akaun berasingan seperti akaun ASB atau terus sahaja pindahkan wang tersebut ke akaun bank lain sebagai simpanan tetap bulanan atau seolah-olah belanja hangus!
Dalam setahun sahaja, simpanan tersebut akan menjadi RM6,000/-, banyak tu!

Lupakan sementara wang tersebut untuk tahun-tahun berikutnya, jika 5 tahun anda istiqamah dalam menyimpan jumlahnya menjadi RM30,000/- belum masuk dividen atau faedahnya!
RM30,000/-, besar tu!

Anda boleh buat apa saja dengan jumlah duit tersebut?
Ya... sudah tentu anda boleh beli sebuah kereta idaman terpakai secara TUNAI! Pergi melancong ke seluruh dunia secara TUNAI!
Nanti dulu, fikir balik, aku menyimpan ini untuk tujuan apa? Jika anda si tolol wang, bunyinya tak sedap, atau si jahil wang, itu yang akan anda lakukan!
Tetapi jika anda seorang yang bijak wang, anda sudah boleh membuka langkah untuk membuat pelaburan pertama anda!
Kalau tanya saya, pelaburan apa yang bagus, ya?

Sudah tentu jawapan saya, beli rumah lelong tunai yang bernilai RM30,000/- ke bawah.

Anda tanya lagi, ada ke rumah harga rendah sebegitu lagi? Saya jawab, 2 tahun lepas saya beli sebuah flet RM26,000/- dan baru tahun lepas saya beli lagi sebuah flet RM19,000/- , dah dapat sewa pun kedua-duanya berjumlah RM800/- sebulan.

Siapa nak bagi RM 800/- sebulan sehingga akhir hayat aku!
"Alhamdulillah, ini yang dikatakan pendapatan pasif, wang bekerja untuk aku pula", anda mula mengelamun jauh melihat masa depan yang cerah, setelah lima tahun anda bijak menyimpan wang akhirnya membuahkan hasil!
Tiba-tiba anda dikejutkan panggilan kuat isteri anda, "Bang, bangun cepat bang, tukang tarik kereta yang semalam tu datang lagi!"
Tak usah bermimpilah kalau anda belum bertindak!
Selamat merancang dan bertindak!

0 comentários:

Ilmu yang tidak diajar di sekolah! Samada kita sedari atau tidak, ilmu yang kita pelajari selama ini samada di sekolah mahupun di univers...

Ilmu buat DUIT tidak diajar di sekolah

Ilmu yang tidak diajar di sekolah!
Samada kita sedari atau tidak, ilmu yang kita pelajari selama ini samada di sekolah mahupun di universiti, ilmu ini tidak diajar kepada kita.

Kita disuruh untuk belajar rajin-rajin dan dapatkan gred markah tertinggi agar kita mendapat pekerjaan yang terjamin!

Ataupun kita diberi latihan untuk bekerja bersungguh-sungguh agar mendapat kenaikan pangkat demi masa depan yang terjamin. Maka apabila pendapatan meningkat begitu jugalah perbelanjaan, pun turut meningkat!

Selama ini, kita tidak diajar bagaimana hendak menjadi kaya secara formal!

Kita cuma bersangka bahawa kita ini kaya sebab kita mampu menyara diri dan keluarga. Perasan kaya, itu sahaja!
Sebenarnya jika kita fikir semula selama kita berada di alam persekolahan atau di universiti mahupun di alam pekerjaan, kita hanya diajar untuk menjadi seorang pelajar cemerlang serta menjadi seorang pekerja yang berdedikasi.

Jarang kita dilatih untuk menjadikan diri kita seorang majikan hatta seorang usahawan yang berjaya.

Kenapa jadi begini?

Saya kira terlalu ramai yang tidak mampu untuk menjadi majikan bukan kerana tidak ada daya tetapi kerana tidak ramai yang ada bakat semulajadi atau jati diri yang tinggi atau lebih tepat tidak memiliki sifat dan sikap seorang yang berjaya sebagai majikan atau usahawan yang benar-benar memerlukan ilmu dan ketabahan yang amat tinggi serta pengorbanan besar!

Lebih mudah mengajar orang menjadi pekerja yang baik mengikut acuan orang biasa-biasa. Tetapi amat sukar untuk melatih orang menjadi usahawan yang benar-benar berjaya kerana cabaran yang terpaksa bersusah payah dahulu di peringkat awal kehidupan.

Hatta, tidak ramailah orang yang menjadi kaya raya disebabkan kita hanya dilatih untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mengkaya orang lain yang kita panggil majikan!
Jangan salahkan orang lain.

Tengok diri kita sendiri.

Adakah kita kisah tentang masa depan kita?

Ya, betul-betul kisah apa akan jadi kepada kita 5 tahun atau 10 tahun atau 20 tahun dari sekarang?

Kalau diri kita sendiri tidak kisah, ada orang lain nak kisah?
Atau kita memang tidak kisah kerana kita yakin bahawa Allah SWT sudah menentukan rezeki masing-masing!
Itulah punca sebab utamanya mengapa kita tidak mahu ambil tahu bagaimana orang-orang yang berjaya dan kaya melakukannya!

Lantaran itu, ianya hanya menjadi rahsia besar kepada orang-orang berjaya yang hanya akan diturunkan ilmu itu kepada anak-anak mereka!
Kepada mereka yang ada keinginan yang tinggi untuk menjadi kaya, akan tercari-cari formula sendiri bagaimana hendak melakukannya.
Kita dengan usaha sendiri bersusah payah dengan melakukan terlalu banyak kesilapan demi kesilapan dilakukan sebelum dapat mencapai kejayaan yang dikaitkan dengan kekayaan, itu pun jika anda berjaya mencapainya!
Belajar bagaimana hendak menjadi kaya mengikut acuan orang-orang yang sudah kaya dan berjaya. Itu lebih mudah!
Selamat berusaha mencari acuan itu!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Pelaburan memerlukan perancangan!  Tetapi kita selalu menganggap pelaburan adalah tempat menentukan nasib kita... sama ada untung atau ...

Pelaburan memerlukan perancangan

Pelaburan memerlukan perancangan! 

Tetapi kita selalu menganggap pelaburan adalah tempat menentukan nasib kita... sama ada untung atau rugi!

Itulah sebabnya jika kita mula melabur kita mula berkira-kira berapa keuntungan akan kita buat dalam jangka terdekat.

Akhirnya kita tetap mengalami kerugian. 

Sebenarnya pelaburan hanyalah satu platfom yang akan membawa kita ke satu destinasi.

Kita yang kena merancang kenderaan apakah yang kita pilih untuk sampai ke destinasi impian kita.
Contoh: Kalau kita hendak ke Singapura kita boleh pilih untuk naik keretapi, kereta, kapalterbang atau berlayar untuk ke sana.

Terpulang untuk kita pilih atas apa yang kita rancang. Kalau nak cepat sudah tentu kita pilih kapalterbang.

Kalau ianya satu percutian kita pilih naik 'cruise'. Kalau ianya perjalanan santai kita pilih kereta. 

Dan jika kita inginkan penjimatan, saya pilih naik keretapi. Jadi pelaburan adalah satu perancangan untuk kita sampai ke satu tahap kejayaan atau kekayaan yang kita idam-idamkan.

Jika anda pilih untuk berjalan kaki untuk ke Singapura itu pilihan anda! Dan hampir pasti anda akan sihat fizikal tetapi akal fikiran belum tentu! 

Jika anda betul-betul merancang untuk perjalanan anda, sudah tentu perjalanan anda akan selamat, tidak penat dan menghiburkan bila sampai di Singapura nanti.

Itu sebab jika ditanya kepada 'orang -orang biasa' tentang pelaburan mereka akan kata pelaburan itu berisiko tinggi.

Dengan sebab itu mereka tidak bertindak atau bertindak mengikut sentimen semasa. Sebab mereka tidak ada perancangan.
Bagi pelabur hebat.... pelaburan adalah satu bentuk kenderaan yang membawa mereka kepada 'Financial freedom'. 

Bagi pelabur hebat jika mereka melabur, keuntungan sudah berada di dalam tangan tidak kira ekonomi dunia tergugat, pasaran saham merudum, harga rumah melonjak naik, harga nasi ayam naik dua kali ganda, minyak petrol kejap turun, kejap naik.
Ada mereka kisah?

Kita yang sebenarnya yang lebih merungut dan merenung akan nasib malang yang menimpa kita setelah kehilangan wang di dalam skim cepat miskin!
Selamat belajar ilmu pelaburan.

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Langit tidak cerah selalu! Ini bukan drama tetapi realiti. Pernah dengar pepatah sedangkan lidah lagi tergigit? Atau bumi mana yang ta...

Pandai Merancang

Langit tidak cerah selalu! Ini bukan drama tetapi realiti.
Pernah dengar pepatah sedangkan lidah lagi tergigit?

Atau bumi mana yang tak ditimpa hujan?

Hidup ini ibarat roda?

Langit tidak selalu cerah?

Ku sangka hujan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari?
Apa pengajaran yang boleh diambil dari pepatah atau perumpamaan ini tentang kehidupan kita?

Ya, jangan kita beranggapan bahawa kehidupan senang yang kita kecapi sekarang ini akan berpanjangan selama-lamanya. Sudah pasti satu hari nanti ada badai yang akan melanda kita dan kita akan dipukul gelombang hidup!
Pada ketika itu baru kita tahu betapa ruginya kita tidak membuat persediaan menghadapi badai dan gelombang musibah!

Ketika itu baharulah kita ingat KALAU lah.. aku ada BENTENG yang boleh menghalang ribut badai gelombang dari menimpa aku.. KALAUlah... dok main kalau-kalau!
Hakikatnya, adakah kita ingat semasa kita sedang senang bahawa aku perlu bersedia dari sekarang untuk menghadapi ketika masa susah aku tiba?

Tidak ramai yang mahu ingat sekarang melainkan mereka selalu berkata "apa guna ada duit kalau ianya tak digunakan sekarang.

Bila nak enjoy?

Masa tengah ada duitlah!

Masa tak ada duit nanti mana boleh nak enjoy macam ni!", kata salah seorang rakan saya, nama dirahsiakan.

Dia mengakui satu ketika nanti akan tidak ada duit! Tetapi itulah manusia! Tidak pernah merasa susah, tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaan menjadi orang susah!
Terus terang saya katakan saya ingin hidup senang sahaja. Hidup susah biarlah berlalu dalam lipatan sejarah hidupku! Ianya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi membabitkan keluarga kita, rakan kita bahkan sesiapa sahaja akan menjadi mangsa.... peminjam wang!
Perlu saya ingatkan kepada yang tidak pernah merasa susah sekarang ini!

Kedudukan anda sekarang tidak akan kekal lama! Itu hakikat!

Tetapi kenapa masih tidak mahu membuat persediaan awal?
Bagi saya, lebih baik kita bersusah ketika masih senang daripada kita terpaksa bersusah ketika kita betul-betul susah nanti!
Itu yang saya katakan membuat perancangan atau persediaan adalah susah tetapi ianya adalah sifat atau sikap orang-orang yang berjaya dan kaya!

Jika anda tidak pernah terfikir untuk membuat perancangan dan persediaan anda sebenarnya sedang membuat persiapan menuju ke dalam golongan orang-orang yang gagal!

Senang cerita, anda mungkin sedang mempersiapkan diri anda ke dalam lembah kemiskinan!
Selamat merancang! Ya, SEKARANG!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Peringatan kepada rakan-rakan seperjuanganku! Yang bakal nak pencen 55 tahun@60 tahun..... Jangan anda perasan anda hebat! Anda per...

Kiraan untuk yang nak Pencen Umur 55 tahun

Peringatan kepada rakan-rakan seperjuanganku!


Yang bakal nak pencen 55 tahun@60 tahun.....

Jangan anda perasan anda hebat!

Anda perasan hebat hanya disebabkan anda akan mendapat durian runtuh, duit KWSP, itu saja!

Atau anda sememangnya sudah mula menghabiskannya?

Jika anda belum bersedia untuk mendapat duit 'sebanyak' itu, jangan anda nak perasan hebat dulu.

Silap langkah, anda boleh jadi gila dibuat!

Apa tidaknya, anda ingin mengekalkan taraf hidup yang sama seperti semasa waktu bekerja apabila tiba waktu bersara nanti:-

1. Anda masih mahu memandu kereta mewah anda yang masih berbaki hutang lagi.
2. Anda masih mahu bermain golf dengan rakan-rakan sepencen anda.
3. Anda masih mahu minum kopi di cafe dan makan di restoren mewah.
4. Anda masih tinggal di rumah banglo yang pinjaman belum habis dibayar.
5. Anda masih ada 2 orang anak lagi yang masih belajar di universiti yang perlu anda tanggung.
6. Anda ada isteri yang suka meraikan kawan-kawannya di rumah.
7. Anda ada cita-cita nak naik haji sekali lagi bersama isteri selepas bersara.
8. Anda juga ingin tunaikan impian lama anda melancong ke Eropah bersama keluarga nanti.
9. Anda juga berhajat ingin mengubahsuai rumah.

Saya nak tanya anda soalan cepumas.

Anda ada PENDAPATAN PASIF tak bila anda pencen nanti?

Jika jawapan besar anda TIDAK! Jangan anda rasa hebat dulu!

Jangan sekali-kali anda berasa gembira dulu. Berhenti sejenak untuk saya buat kira-kira untuk anda.

Jangan anda buat-buat tak nampak atau buat-buat tak mahu ambil tahu. Lebih baik anda tahu sekarang daripada anda tahu kemudian. Sebabnya sesal kemudian tiada gunanya!

Mari kita kira berapa duit KWSP anda boleh bertahan untuk mengekalkan gaya hidup sama selepas pencen nanti tanpa anda bekerja.

Katakan, anda bakal menjadi seorang jutawan pencen, RM1,000,000/-. WOW! Tahniah!

1. Baki rumah tinggal anda jelaskan berjumlah RM250,000/-
2. Baki kereta mewah anda juga anda jelaskan berjumlah RM100,000/-
3. Tolak kos naik haji berjumlah rm40,000/- untuk dua orang.
4. Tolak kos melancong sekeluarga untuk 5 orang berjumlah RM70,000/-
5. Kos untuk ubah suai rumah RM80,000/-

Jumlah besar wang hangus RM540,000/-.

Baki wang anda RM460,000/- sahaja.

Berapa lama wang baki anda boleh bertahan untuk kekal gaya hidup anda selepas pencen dengan perbelanjaan anak-anak di universiti, bil-bil utiliti, hiburan, duit petrol, bil-bil perubatan, insuran perubatan, belanja dapur, main golf, rai kawan-kawan, servis kereta, cukai jalan, cukai pintu, insuran kereta katakan purata RM7,000/- sebulan.

Berapa lama anda boleh bertahan?

Jom kira, RM460,000/- bahagi RM7,000/- sebulan = 66 bulan.

Ubah kepada tahun, 66/12 = 5.5 tahun. KATAKAN 6 tahun sahaja!

6 tahun selepas pencen, bagaimana jika anda hidup lebih dari 10 tahun atau 15 tahun?

Ingat anda bukan sahaja hilang status jutawan dari awal lagi malah anda akan jatuh miskin selepas 7 tahun dan ketika itu anda akan sentiasa berdoa setiap hari agar anak-anak yang sudah membesar membantu meringankan beban anda berdua!

Bagaimana jika wang KWSP anda kurang daripada itu?

Katakan di bawah paras RM100,000/-. Anda kira sendiri!

Buat senarai perbelanjaan wajib bulanan dan kira semula ikut formula di atas.

Terkejut?..ungkapan iklan terlajak laris. Itu lebih baik daripada anda tidak sedar diri.
Bijak wang sekarang untuk mencipta PENDAPATAN PASIF agar wang KWSP anda hanya diguna apabila ada hal kecemasan sahaja!

Dan AWAS!, jangan sekali-kali anda membuat pelaburan yang berisiko tinggi yang menjanjikan keuntungan segera dan pulangan tinggi yang tidak masuk akal kerana anda mungkin terperangkap di dalam skim-skim cepat miskin.

Kepada rakan-rakan yang berusia awal 30an dan 40an anda masih ada banyak masa untuk menjadi seorang yang bijak mengurus wang, itu pun jika anda ada MASA!
Jom tuntut ilmu kewangan sekarang supaya anda tidak dikejutkan lagi oleh iklan terlajak laris itu nanti!

Nukilan Wan Roslan Wan Salleh

0 comentários:

Nukilan Motivator Financial Wan Roslan Pagi ini saya ingin bercerita tentang saya, cerita saya, kisah saya serba ringkas. Walaupun serba ...

Episod Cerita Untuk Kaya Berjaya

Nukilan Motivator Financial Wan Roslan

Pagi ini saya ingin bercerita tentang saya, cerita saya, kisah saya serba ringkas. Walaupun serba ringkas saya jangkakan post kisah saya ini mungkin memakan masa dalam seminggu. Biar lambat asal selamat....itupun kalau tuan puan nak bacalah!
"Tak kenal maka tak cinta"
Suatu ketika dahulu...
Saya bermula dengan sebuah pekerjaan dan diikuti dengan sebuah perniagaan kecil. Agak berjaya mengembangkan sebuah perniagaan bermakna berjaya menambahkan ruang pendapatan. Disitulah bermulanya sebuah pelaburan. Pelaburan yang menjanjikan pendapatan pasif... pendapatan yang tidak memerlukan tenaga dan kudrat yang banyak. Buat sekali tetapi mendapat hasilnya berkali-kali. Boleh saya katakan pendapatan pasif hingga akhir hayat!
Pada peringkat permulaan pekerjaan, saya terdorong menceburi dalam bisnes MLM disebabkan oleh desakan hidup bagi menambah sumber pendapatan. Tetapi sebagai ahli biasa yang tidak aktif cuma menjadi pengguna produk saja. Tetapi tidak sampai kemana pun...
Walaupun begitu, saya sempat mempelajari erti keusahawanan, pemasaran, hubungan sosial dan rangkaian perniagaan....malangnya, saya gagal sebagai ahli yang tidak cenderung kepada berniaga. Bukan perniagaan itu yang tidak berjaya. Orang lain ada yang berjaya pada tahap jutawan. Tetapi jiwa dan raga saya tidak serasi dengan citarasa MLM. Saya bukan seorang jurujual yang bagus!
Saya seorang yang pemalu.. malu sangat-sangat. (Kalau tidak percaya tanya rakan-rakan saya yang membaca post saya ini.) Adakalanya barangan yang sepatutnya saya jual, menjadi barangan percuma sahaja kepada kawan-kawan yang dikatakan boleh menjadi prospek saya. Kawan-kawan ini pun satu, ada juga yang suka tengok kawan yang nak mula cabang niaga baru, jatuh!
Tetapi tidak bermakna saya gagal dalam kehidupan saya. Rupanya saya ada sedikit kelebihan lain yang saya sendiri tidak pernah ketahui....kemahiran dalam membuat perancangan! Tetapi tidak semestinya semua perancangan itu membuahkan kejayaan....

Berbekalkan bakat semulajadi saya itu, saya mula membuka langkah......
Berusaha untuk berubah, bermakna mencari sebab utama mengapa saya mesti berubah! SAYA MESTI BERUBAH UNTUK KELUARGA SAYA...
Dengan sedikit kemahiran merancang itu, saya membuat catatan tentang apa yang saya perlu buat.....kemudian buat kira-kira atau orang kata 'sifir mudah' samada rancangan saya itu boleh berjaya atau tidak. Tetapi semua itu tertulis di atas kertas nota sahaja. Tidak ada satu pun yang berani saya laksanakan kerana risiko yang harus saya hadapi. Terlalu takut akan risiko juga melambatkan saya untuk bertindak. Saya terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan. Lagi pun rancangan saya melibatkan pihak ketiga. Rakan niaga dan pihak bank. Apa akan jadi jika saya gagal dalam perniagaan saya? Siapa nak tanggung hutang bank, yang boleh menjejaskan kehidupan saya sebagai seorang jurutera di sebuah badan berkanun kerajaan. Semua itu bermain dalam benak fikiran.. kalau aku gagal, bagaimana? Kalau aku bankrap? Malunya pada kawan-kawan nanti.
Hasrat dan cita-cita tinggal menjadi mimpi indah sahaja. Bertahun juga mencari dan mencuba suatu bisnes yang benar-benar mengikut citarasa dan minat tetapi sebenarnya tak tahu pun apa yang saya benar-benar minat. Yang saya tahu jika ada bisnes yang berjaya , aku boleh jadi kaya!
Lama juga hasrat terbantut untuk berniaga. Tetapi ianya tidak berhenti di situ, saya ubah strategi. Saya mula menyimpan dan mengumpul modal sendiri dahulu secara berdikit-dikit dari hasil pekerjaan saya sebagai seorang jurutera sehinggalah jumlah modal terkumpul menjadi RM10,000/- gabungan simpanan saya suami isteri. Saya ada 6 ribu, isteri pula ada 4 ribu ringgit. Itupun mengambil masa kurang lebih 6 tahun lamanya. Yang penting bukan jumlahnya tetapi tabiat saya menyimpan. Umur saya masa itu baru masuk awal 30an. Saya berpindah dari sebuah flat 2 bilik di AU3 Keramat ke sebuah rumah banglo besar di tengah-tengah ibukota KL.

Sudah tentulah rumah banglo itu bukan milik saya!
Maka bermulalah idea sebuah perniagaan kecil saya.....almaklumlah ketika itu sudah mula tinggal di rumah banglo di No.11, Lorong Yap Kwan Seng, kawasan elit tu! (Tuan puan tak payahlah pergi google lagi cari alamat tu kerana bekas majikan saya telahpun menjualnya kepada taukeh empunya hotel sekarang. Rumah pun sudah dirobohkan!)
Saya undur sikit dari kisah ini dulu.....
Bapa saya seorang peniaga tetapi naluri saya bukan seorang peniaga sebab itu saya lebih suka menjadi seorang pekerja. Saya berasa amat rendah diri jika menjadi seorang peniaga. Dari masa sekolah rendah lagi kalau cikgu bertanya apa pekerjaan bapa, saya akan menjawab samada bapa saya seorang tentera atau polis, asal bukan berkait berniaga. Saya didedahkan di dalam perniagaan bapa hanya melalui paksaan tanpa ada tujuan atau matlamat kenapa saya perlu membantunya? Saya bosan duduk menjaga kedai runcit sedangkan kawan-kawan saya yang lain sedang berseronok berlari ke sana-sini melintasi di hadapan kedai setinggan bapa saya di kawasan pasar Kg Datuk Keramat Kuala Lumpur. Bapa kawan-kawan sebaya saya juga ada yang berniaga di situ tetapi kenapa mereka tidak perlu menjaga kedai sepertimana saya? Aduh, ini tidak adil....itu kisah zaman kanak-kanak saya.
Apa yang membuat saya terfikir untuk berniaga pula?
Selama saya bekerja sebagai seorang jurutera dengan mempunyai 2 orang anak ketika itu agak membebankan juga kerana di dalam sudut benak hati, saya tidak berapa menggalakkan isteri saya bekerja walaupun saya tidak menghalang beliau untuk bekerja. Dalam diri saya ada satu perasaan bila berkait 'soal duit' ianya adalah urusan saya sebagai ketua keluarga! Bukan isteri saya. Boleh saya katakan ada sedikit keegoan dalam diri tetapi hakikatnya saya tidak mampu menyara hidup keluarga dengan sempurna seperti yang saya inginkan. Saya rasa agak kesal kerana saya hanya tinggal di sebuah flat PKNS yang kecil mempunyai 2 bilik tidur dengan keluasan 485 kps sahaja sedangkan saya seorang jurutera tetapi tidak mampu menyara hidup mewah sepertimana sepatutnya seorang jurutera yang dihormati ketika berada di dalam pejabat!
Walaupun saya bersyukur memiliki rumah tersebut dengan pinjaman bank, perasaan tersebut mengganggu emosi buat seketika kerana membayar sejumlah wang yang agak besar sebulan RM 431/- ketika itu, yang membuatkan perbelanjaan keluarga terhad dari segala segi perbelanjaan. Ianya berlaku dari mula-mula saya bekerja lagi dengan gaji pokok RM1,120/-.
Ada sedikit kekesalan dalam membuat pilihan antara hidup senang atau hidup tersepit disebabkan pelaburan rumah flat ketika itu. Keputusan membuat pelaburan awal saya kepada hartanah membuatkan saya terpaksa hidup agak tersepit. Tetapi tidaklah jatuh ke tahap kebulur!
Semua itu tidak menyekat saya daripada berfikir untuk keluar dari kemelut duit yang selalu tidak pernah cukup. Rakan-rakan sejawatan telah mula menempah kereta yang berjenama yang agak popular masa itu. Saya hanya dapat menggigit jari....kerana saya hanya menunggang sebuah motosikal polis terpakai lelong yang dibeli daripada seorang kerani pejabat yang membuat kerja sambilan di rumah membaiki motorsikal.
Ya Allah, walaupun
begitu aku masih bersyukur kerana isteriku tetap setia menempuh saat-saat sukar bersamaku! Sebak rasanya hati ini bila aku mengenangkan anak pertamaku pernah merasai menaiki motosikal burukku semasa ia masih di dalam kandungan lagi. Anura, maafkan abah ,ya?
Tetapi itu tidak menyekat saya daripada berfikir untuk keluar dari kemelut duit yang selalu tidak pernah cukup....
Saya mula berpindah dari rumah flat dan tinggal di sebuah rumah banglo di Lorong Yap Kwan Seng menduduki rumah kuarters TNB ketika itu. Rasa bangganya tinggal di rumah besar satu tingkat rekabentuk kolonial British menambahkan semangat bekerja yang makin menebal kerana tidak ramai yang berpeluang tinggal di rumah banglo di tengah-tengah bandaraya KL tersangat dekat dengan KLCC yang ada sekarang, yang ada pada masa itu hanyalah sebuah lapangan tapak lumba kuda Royal Selangor! Lebih kurang 300 meter saja dari tempat tinggal saya. Kembang sebulan hidung saya melihat rakan saya yang lain tidak berpeluang menginap di situ. Esklusif dan eksekutif katakan!
Nak dijadikan cerita, kebetulan di depan banglo tersebut ada pula sebuah taska yang dikendalikan oleh seorang pengusaha Melayu Islam. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, isteri saya dengan berbesar hati membuat saranan untuk bekerja semula kerana kemudahan menghantar anak ke pusat asuhan telah berada betul-betul di depan mata. Walhal saya tengok isteri saya taklah pulak mengantuk. Sehingga kini saya tidak tahu siapa pulak yang pandai-pandai menyorongkan bantal itu.
Saya pula dengan senang hati merelakan dengan meletakkan satu syarat, tanggungan kos menghantar anak-anak ke taska ditanggung oleh beliau. Dan beliau sambut cabaran saya tanpa berfikir panjang! Beliau sangat-sangat bersetuju kerana rasa saya selama ini pun duit poketnya tidak pernah cukup untuk saya menanggung beliau. Agak sayalah!
Hari demi hari berlalu, kewangan kami tidak banyak menampakkan peningkatan yang meyakinkan dalam bentuk simpanan. Tetapi kami sedaya upaya juga menambah simpanan di mana termampu. Sebagai seorang jurutera elektrik yang terlibat dengan penyenggaraan peralatan voltan tinggi 275kV, (em..em...275,000 volt, jangan main-main, tinggi tu!) tugasan saya memerlukan saya bertugas 'on-standby' dan kerap 'out-station' memberi saya ruang untuk membuat tuntutan lojing dan perjalanan sebagai wang gaji tambahan.
Dan itulah kelebihan sedikit yang boleh menokok simpanan saya. Harapkan gaji pokok, hari-harilah makan batang pokok saja kerana belum sempat nak berbuah pun.
Rumah flat saya disewakan pada kadar di bawah paras bayaran ansuran bulanan... negatif cashflow! Kena top-up sikit. Tetapi saya tetap bertahan kerana mengenangkan itu adalah rumah flat pertama saya dan bapa saya yang mengesyorkan pembelian tersebut. Aduh... pelaburan tak menjadi ghamaknya! Sabar je lah.....sabar itukan separuh daripada iman!
Namun setiap yang bermula pasti akan berakhir jua, begitu juga ujian Allah kepada hambanya dan setiap kesabaran pasti ada hikmah yang bakal menanti, sementelah menjadi anak yang soleh dan taat kepada seorang ayah.....

Terdetik dalam hati untuk mula berniaga!
Isteri saya bekerja di sebuah institusi kewangan kerana beliau memiliki Diploma in Banking dengan gaji RM700/- ketika itu. Yuran taska untuk dua orang anak kami RM350/-(sepatutnya seorang @RM185/- = RM370/-@2pax) kami mendapat diskaun RM20/- sebab taska berjiran dengan banglo saya (TNB). Pengusaha taska ini sangat bijak mengambil hati saya!
Kehidupan kami sangat sederhana kerana berbelanja mengikut ukuran baju di badan sendiri. Tinggal di kuarters ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan duit sebab semua perabut disediakan sekali termasuk tidak perlu bayar sewa. Masa tinggal di flat dulu pun, peralatan elektrik telah dibeli secara tunai seperti peti sejuk, mesin basuh kain, TV dan Hi-Fi sistem. Pindah rumah tak perlu membelinya lagi.
Konsep saya pada masa itu, kalau tak mampu jangan dibeli lagi. Kumpul duit, cukup nisab baru pergi beli tunai.
Semasa saya tinggal di flat pun, saya masih pakai motor polis yang dibeli lelong Honda 500four siap baikpulih sekali RM1,500/- tunai. Itu pun tiga kali bayar!
Saya seorang jurutera yang menunggang motosikal selama 2 tahun berulang alik ke tempat kerja di Jalan Bangsar kerana tidak mampu membeli kereta sendiri!
Walau pun untuk
membayar 10% deposit daripada harga kereta proton saga baru berharga RM18,000/- masih juga tak mampu bila mana ianya mula dilancar pada tahun 1988. Masa itu saya benar-benar merasakan diri ini tak punya apa-apa.
Cabuk punya jurutera!
Bila jiwa berniaga sudah mula bergelora....

Mula dapat idea berniaga dari jiran sebelah!
Kami menghantar dua anak kami ke taska yang betul-betul berdepan dengan rumah kami iaitu selang satu buah rumah dengan jiran sebelah saya. Rumah yang berjiran secara melengkung menjadikan kedudukan rumah-rumah kami di satu lorong 'Cul de Sac'.(Buka kamus kalau tak faham).
Pada suatu pagi yang indah tatkala saya sedang bercuti dan hanya duduk di atas buaian di hadapan rumah menghadap taska, saya mula mengira-ngira jumlah anak-anak yang dihantar ke taska tersebut. Satu demi satu sehingga saya tersentap mengumpul satu angka yang agak besar dan memberangsangkan. Apabila didarabkan dengan kadar yuran bulanannya, satu angka ajaib yang telah mengubah persepsi saya yang selama ini saya anggap berniaga itu untuk mereka yang hidup susah dan tidak berpelajaran tinggi sahaja yang layak melakukannya. Ini semua kerana saya seorang Jurutera..............(jarak sikit)........ cabok! Maaf rakan-rakan jurutera saya yang lain, saya hanya mengata diri saya sahaja.
Bukan anda tetapi saya!

Maka bermulalah misi saya untuk meniru apa yang dilakukan oleh jiran perniagaan saya, tetapi di suatu tempat yang lain. 
Sudah tentu di tempat yang jauh serta tidak menggugat mata pencarian jiran berniaga saya itu melainkan dia kehilangan 2 orang pelanggannya sahaja iaitu anak-anak saya sendiri nun jauh di Pandan Indah. Murni sungguh hati dan jiwa saya kerana menjaga hubungan baik jiran tetangga saya demi mendapat keberkatan.
Dan apabila saya bertindak, semua itu telah menjadi lipatan sejarah sebagai seorang usahawan dan pelabur kecil yang tidak hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sebagai seorang jurutera elektrik pada ketika itu.
Isteri saya telah meletakkan jawatan sebelum memulakan langkah menjadi usahawan sepenuh masa sebagai pengusaha taman asuhan kanak-kanak.
Yang paling penting, apabila saya pula memilih untuk berhenti bekerja, saya tidak menyusahkan orang-orang yang rapat yang berada di sekeliling saya! Saya telah memilih jalan saya sendiri tetapi semuanya itu adalah kehendak dan takdir Allah jua yang menentukan.
Dan sekarang, walaupun saya telah meninggalkan karier saya sebagai seorang jurutera 13 tahun yang lalu, barulah saya benar-benar tahu apa sebenarnya minat dan arahtuju saya dalam kehidupan selama ini.
Saya bebas melakukan apa yang saya suka dan tidak lagi terkongkong di dalam sektor pekerjaan.
Saya tidak lagi berada di bawah cengkaman seorang bos yang amat saya "cintai" dulu, Mr. Yi Sun Vah (bukan nama sebenar) kerana sekarang ini, saya sendiri sudah bergelar bos! Anda boleh panggil saya CEO atau MD atau GM atau Chairman atau Director atau apa saja asal sedap telinga saya mendengarnya!
Jangan anda tersalah anggap! Mr. Yi bukanlah orang yang menyebabkan saya berhenti kerja tetapi dia cuma sebagai pencetus. Bukan seperti pencetus ummah tetapi sebagai pencetus yang mempercepatkan saya membuat keputusan untuk berhenti daripada menjadi warga pekerja. Walau pun begitu, saya kena akur dan berterima kasih kepada beliau kerana menjadi pendorong kuat saya, menggalas jawatan baru saya sebagai seorang usahawan sepenuh masa!
Thank you, Sir!

Walau pun Mr. Yi menjadi watak utama mengapa saya memilih untuk berhenti bekerja, namun saya tidak boleh menyangkal rakan-rakan sekerja lain yang rapat dengan saya, juga telah menyumbang kepada aspirasi dan penyebab saya perlu meninggalkan jawatan saya!
Che Mat (juga bukan nama sebenar) merupakan seorang jurutera yang amat rapat dengan Mr. Yi. Boleh saya katakan, bagai aur dengan tebing. Setiap kali beliau keluar dari bilik bosnya itu, beliau akan bergegas ke tempatnya yang kebetulan bersebelahan dengan tempat duduk saya. Dan acap kali juga selepas berjumpa bos kesayangannya itu, kedengaran seakan dengungan bunyi seekor langau yang berterbangan, merungut dan membebel
berseorangan. Apabila terlihat sahaja saya sedang memerhatikan gelagat beliau, terus sahaja mengajukan soalan cepumas ini, " Eh, engkau bila nak berhenti?". Dalam hati, saya dah agak dah, sebenarnya soalan itu ditujukan kepada dirinya sendiri!
"Kaukan jutawan?" tambahnya lagi, menyakat saya. "Memanglah aku jutawan, tengok saja initial nama aku, dah tentu Wan punya.", selamba saja saya menjawab.
Difikir-fikirkan balik,
betul juga kata-kata Che Mat ni, jutawan, hartawan, bangsawan, angkasawan, karyawan, sasterawan, wartawan, ilmuwan semua nama hebat-hebat itu milik aku. Hebat juga aku ini rupanya! Mana ada orang menyebut jutamat, hartamat, bangsamat, angkasamat, karyamat mahupun sasteramat! Apalagi ilmumat, pelik betul bunyinya!
Itu yang menyebabkan Che Mat berasa rendah diri, agaknyalah dan selalu menggelar aku, orang kaya! Walau bagaimanapun, satu perkataan besar yang Che Mat patut merasa bangga adalah perkataan "RAHMAT" itu sendiri. Tiada pula maknanya kalau ianya disebut sebagai "RAHWAN".
Namun ada satu perkara yang paling saya tidak gemar apabila selalu bertembung dengan saya, dia akan menegur dengan panggilan ini, "Hai Wan!" Tersentap jantung saya setiap kali mendengar perkataan itu namun marah tiada.
Seperti kata pepatah orang putih, "best friend forever", kawan adalah kawan selamanya. Sepertimana yang diperkatakan tadi, satu perkataan yang sangat hebat yang Che Mat miliki mungkin satu-satunya tanpa dia sedari adalah perkataan RAHMAT. Berkemungkinan juga apabila dia kerap menggelarkan saya, orang kaya, jutawan dan wan wan bagai, telah menjadikannya satu doa daripada seorang kawan kepada seorang kawan baiknya ini. Dilimpahkan rahmat dan keberkatan akhirnya termakbul juga doanya itu, syukur alhamdulillah!
Namun, Che Mat telah pergi dahulu meninggalkan kami. Dia telah meletakkan jawatan lebih awal yang disandangnya lebih kurang 12 tahun lamanya sebagai jurutera untuk bergiat sebagai seorang kontraktor!
Sebabnya? Itu kena tanya dia sendiri! Itu cerita Che Mat.....Ini kisah Che Wan!

Apabila sudah mengambil keputusan untuk berhenti, saya rasa begitu takut dan ragu-ragu. Risau pun ada. "Siapa akan mengambilalih tugas aku?", itu yang selalu saya fikirkan. "Adakah orang itu boleh melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh komitmen sepertimana aku?", saya mula perasan.
Tanggungjawab memantau, menyenggara dan membaikpulih sistem keselamatan NATIONAL GRID, sistem penghantaran elektrik grid kebangsaan seluruh negara bukannya kecil. Saya merasakan seperti tiada orang yang akan sanggup menggalas jawatan jurutera yang amat berat ini. Selama 2 tahun juga, saya berfikir tentang akibat dan kesan daripada tindakan saya untuk berhenti nanti, lama tu!
Tetapi kali ini saya nekad akan berhenti jua. "Ini soal aku. Bukan soal negara. Aku mesti buat keputusan untuk diri aku sendiri. Tiada pengaruh luar mahupun dalam boleh mengubah keputusan aku lagi.", hati saya membentak.
Maka pada tanggal 30 Ogos tahun 2002, sehari sebelum sempena menyambut hari kemerdekaan negara, saya melangkahkan
kaki masuk ke bilik Mr. Yi, menyatakan hasrat meletakkan jawatan yang saya pegang setelah 20 tahun berkhidmat lamanya. Saya meletakkan surat notis 3 bulan berhenti kerja di atas mejanya. Beliau dilihat seperti tersenyum, tersengih pun ada, selamba saja sambil mengambil dan membaca surat saya itu. Hanya sebaris ayat yang keluar daripada mulut Mr. Yi, "I will bring this matter up to the top management", katanya serius. Ringkas sungguh cara perletakan jawatan saya itu. Saya berharap dia akan terkejut beruk namun dia nampak tenang sahaja. Seekor beruk pun tidak kelihatan.
Apabila sahaja saya melangkah kaki keluar dari bilik bos saya itu, sempat saya menjerit kuat tetapi dalam nada perlahan, "Merdeka, Merdeka, Merdeka!" seperti orang berbisik. Mr. Yi tak dengar pun!
Bagaikan sebuah menara elektrik besar yang betul-betul berada di atas kepala tumbang, saya merasakan seperti beban dicabut keluar dari kepala dan bahu saya. Alhamdulillah, setelah dua tahun lamanya, hari ini barulah keputusan yang aku buat, tidak boleh dibantah lagi. Pertama kali setelah sekian lama, aku merasakan bahawa dunia ini, "aku yang punya!"
Dengan berbaki umur 15 tahun lagi untuk sampai ke usia pencen ketika itu, saya dapat merasakan inilah peluang untuk membuktikan bahawa bukan sahaja Malaysia Boleh, saya pun boleh! Boleh bekerja sendiri tanpa ada pantauan lagi dari pihak atasan. Sekarang, aku betul-betul bebas!
Kini, setelah sekian lamanya meninggalkan bekas majikan saya, saya perhatikan perjalanan TNB tanpa saya, berjalan seperti biasa sahaja. Tiada apa-apa yang pelik-pelik berlaku pun tanpa saya di sana. Barulah saya sedar siapa diri ini bahawa selama saya bekerja, saya hanya umpama seperti melukut di tepi gantang. Ada pun tak apa, tak ada pun tak apa! Tiada memberi apa-apa kesan pun. Selama ini, saya duduk syok sendiri sahaja macam hebat sangat saya ini!
Bak kata Sarimah dalam filem cerita Tiga Abdul, "Sekali aku petik, sepuluh yang datang tau!" Agaknya itulah yang diucapkan oleh Mr. Yi di dalam hatinya ketika saya meletakkan surat perletakan jawatan di atas mejanya dahulu.
Jadi, nasihat saya kepada rakan-rakan saya yang masih berada di puncak sana , "hangpa tak usah nak 'act'lah, no!"........
Bermula dengan pelaburan sebuah rumah flat atas desakan orang tua, yang saya menganggapnya sebagai satu kegagalan pada peringkat awalnya. Sebabnya mudah, kerana ianya membocorkan pendapatan gaji saya yang sudah sedia mengecut ketika itu. Segalanya berubah apabila saya berkahwin dan mula menceburkan diri di dalam perniagaan. Satu perniagaan yang saya contohi daripada seorang jiran tempat tinggal saya.
Bertolak dari situ, timbul minat saya untuk
berjinak-jinak semula di dalam bidang hartanah setelah perniagaan itu menampakkan perkembangan yang memberangsangkan.
Satu pelaburan yang bukan dirancang tetapi keputusan yang tidak dibantah oleh saya dengan membeli sebuah flat 2 bilik sederhana rendah daripada PKNS berharga RM 42,000/- ketika berusia 22 tahun. Saya benar-benar tidak terlintas di fikiran ketika itu, mengapa saya harus membelinya sedangkan saya tinggal di rumah orang tua saya, percuma! Jadi kenapa saya perlu membelinya?
Bayaran pinjaman ansuran bulanan sebanyak RM431/- sedangkan sewanya hanya RM300/- sahaja ketika itu, memaksa saya untuk menokok RM131/- setiap bulan. Saya merasakan betapa ruginya pelaburan tersebut sedangkan kawan-kawan saya yang lain, sudah mula menempah kereta baru!
Sekarang baru saya faham mengapa arwah bapa (Alfatihah buatnya) 'memaksa' saya membeli flat tersebut.
Flat tersebut sekarang bernilai RM 150,000/- dan sewa bulanannya, saya masih kenakan pada kadar kasih sayang RM550/- sebulan sahaja, di bawah kadar pasaran semasa RM700/-. (Betapa mulianya hati si tuan rumah kedaung itu). Dan lebih menggembirakan, pinjaman bank saya sudah lama diselesaikan.
Seperti menternak seekor ayam dan mengutip hasil telurnya, saya seumpama menerima pencen bulanan pada usia yang muda bilamana pinjaman bank diselesaikan selepas tempoh pinjaman 13 tahun berlalu (tahun 1983 -1996) sehinggalah ke waktu ini. Syukur, alhamdulillah!
Dan ketika mana perniagaan semakin berkembang, langkah saya semakin lebar dan jauh. Kini saya telah berjaya membiakkan 'beberapa' ekor ayam lagi dan menikmati hasil telurnya setiap bulan sebagai pendapatan pasif.
Jika dahulu saya terpaksa berhempas pulas bekerja kerana mahukan wang, sekarang saya mula memahami apa yang dimaksudkan dengan bebas kewangan! Atau orang putih kata, "Financial Freedom! Yes, financially free!" Tidak kira bagaimana anda ingin cuba menyebutnya, ianya sangat mengujakan saya, kerana sekarang ini, wang pula bekerja untuk saya!
Setiap cerita yang bermula pasti akan berakhir, namun yang penting adalah 
pengajaran daripada apa yang anda baca di dalam episod-episod yang lalu. Bolehlah saya cuba merumuskannya seperti berikut:-
1. Pengalaman pertama memiliki sebuah rumah sewa itu memberi pengajaran yang terbaik untuk saya mengulangi dan buat perkara yang sama. 
2. Berniaga sendiri mendorong untuk saya bekerja lebih kuat dan lebih ikhlas demi mendapat sepinggan nasi dan bukan hanya sesuap nasi.
3. Wang bekerja untuk saya adalah lebih teruja dan mempesonakan daripada saya terpaksa bertungkus lumus bekerja untuk mendapatkan wang tetapi tidak pernah cukup!
4. Untuk menjadi kaya, anda tidak semestinya seorang jurutera.
5. Nasihat saya kepada yang belum pernah menternak seekor ayam pun, jangan anda tunggu sehingga anda menjadi seumpama seekor ayam pencen yang tidak boleh bertelur lagi!
Sepertimana tagline saya berbunyi, "Saya percaya setiap orang berpeluang untuk hidup KAYA tetapi terlalu ramai yang tidak mahu cuba mencari MASA bagi mendapatkannya!" maka persoalannya, mengapa anda ada masa untuk mengkayakan orang lain?
Itulah kisah Che Wan (panggilan masa makan gaji dulu) serba ringkas. Tidak kira bagaimana anda mahu memanggil saya, Tok Wan ke, Pak Cik Wan ke, Dek Wan ke, cuma yang muda-muda tu jangan panggil saya Abang Wan, takut-takut
"ulat bulu dah naik
daun!", itu kata Si Ajis dalam Filem Pendekar Bujang Lapok. Tak kenal maka tak cinta! Walau dah kenal pun tak sanggup bercinta, sebab saya sudah ada yang punya!
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk datangnya daripada saya jua. Semoga yang baik dapat dijadikan tauladan dan yang buruk sebagai sempadan. Saya amat bersyukur jika perkongsian ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada anda bahawa tiada apa yang boleh menghalang impian dan cita-cita anda jika ada kesungguhan untuk mencapainya!
Jika ada yang tersinggung di atas coretan saya ini, saya terlebih dahulu memohon maaf menyusun sepuluh jari keampunan kerana kisah saya paparkan ini sememangnya ada kena mengena dengan yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia.
Salam sayang dari saya.






0 comentários: