Wednesday, October 26, 2016

3 Tip untuk Kejayaan Hidup

Ramai orang ingin berjaya dalam hidup mereka.
Ada banyak langkah-langkah menuju kejayaan,
namun ianya bergantung kepada tindakan kita sendiri.

Di sini saya ingin kongsikan 3 tip mudah:

  1. Kenalpasti apa yang anda inginkan

Ini adalah langkah penting, tanpa mengetahui di mana destinasi
anda, anda tidak akan sampai di sana.
Apabila anda memandu kereta, anda pasti tahu ke mana lokasi
yang anda ingin pergi.
Jika anda tiada destinasi, anda akan terus memandu dan  memandu
entah ke mana.

Jika anda inginkan kejayaan, anda mesti tahu apakah yang anda inginkan.

Anda boleh mulakan dengan menulis apa yang anda inginkan.
Ia nampak mudah, tapi ramai yang tidak peduli tentang langkah ini.

  1. Perhatikan Emosi Anda

Emosi merupakan elemen penting dalam menarik kejayaan kepada
diri anda.  Emosi juga menyebabkan proses Hukum Tarikan berlaku.

Apabila kita beremosi negatif seperti kekecewaan, sebenarnya
kita menarik lebih banyak perkara kekecewaan kepada kita.
Jika kita beremosi positif seperti kegembiraan, kita menarik lebih banyak
perkara gembira dalam kehidupan kita.

Perhatikan emosi kita agar sentiasa positif, supaya akan berlaku
perubahan positif dalam diri kita

  1. Tenang

Ketenangan menunjukkan energi positif sedang bertindak.
Stress/tekanan akan memperlahankan proses Tarikan.
Ini adalah faktor utama mengapa seseorang mengambil masa
yang lama untuk mencapai impian mereka.
Tekanan ini menghalang proses tarikan.

Apabila kita dalam keadaan tenang, ini membenarkan aliran
energi mengalir dalam diri anda dan seterusnya menghasilkan
emosi positif yang akan menguatkan proses tarikan kejayaan.

Semoga tip ini bermanfaat buat anda dan semoga anda terus Berjaya…

Jangan Risau...

Usah risau tentang pemikiran negatif dan 

jangan cuba untuk mengawalnya.

Apa yang anda harus lakukan adalah mula fikir

tentang suatu yang baik-baik setiap hari.


Hasilkan pemikiran positif sebanyak mungkin setiap hari.

Ketika anda mula untuk fikirkan suatu yang baik, 

anda akan menarik lebih banyak pemikiran yang baik-baik

kepada anda dan akhirnya, pemikiran positif ini akan

membuang semua pemikiran negatif yang sedia ada.


Mudah saja kan...


Semoga anda lebih bahagia, kaya & berjaya!

Sentiasa Memohon Kepada Nya

Apa yang kita perlu lakukan adalah memohon kepada Nya
dengan berdoa dan percaya serta yakin yang doa kita akan dimakbulkan.
Percaya bahawa kita akan dapat apa yang kita inginkan.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pemberi.


Usah peduli bilakah permintaan kita itu akan dimakbulkan.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Kita hanya terus berdoa tanpa henti.
Apabila kita berdoa dan yakin, kita telah menyerahkan kepada Nya.
Dia yang akan menentukan segalanya.


Mudah-mudahan doa kita diterima oleh Nya.

Sunday, October 23, 2016

Rahsia Kekal Positif

Ramai orang ada berfikiran sebegini:
 
"Susahnya nak cari rezeki…"
 
"Wang tak penting…"
 
"Wang adalah sumber kejahatan…"
 
"Kita perlu bersusah payah untuk mencari wang…"
 
"Orang kaya selalu tamak…"
 
Dan banyak lagi kepercayaan negatif yang ada pada mereka.
Sebab itulah hidup mereka biasa-biasa saja, malah lebih teruk.
 
Mereka perlu tahu bagaimana untuk menukar kepercayaan negatif
kepada positif melalui teknik-teknik Hukum Tarikan atau Law of Attraction.
Dan secara tidak langsung akan mengubah kehidupan keseluruhannya dari
pelbagai aspek termasuk kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan.

Minda Anda Penentu Kejayaan Anda

Kehidupan anda berada di tangan anda, tetapi anda mesti
belajar untuk mengawal pemikiran anda.
Kesemua masalah anda - ketakutan, keraguan dan kegagalan
adalah kerana MINDA anda yang mengawal anda.

Minda anda yang mengambil alih yang memperhambakan diri
anda dan menjadi mangsa oleh pemikiran negatif yang tidak terkawal.
Anda perlu mengambil langkah mengawal minda anda dan juga
pemikiran anda. Setiap hari...setiap saat...perhatikan pemikiran anda.

Apabila pemikiran negatif datang, cepat-cepat buang dan jangan
biarkan pemikiran negatif itu bersarang dalam minda anda.
Ubah serta merta dengan memikirkan lebih banyak pemikiran
positif yang lebih bagus dan lama-kelamaan pemikiran positif
sentiasa datang dalam diri kita. Inshaa Allah...

Saya doakan anda terus bahagia, kaya dan berjaya di dunia & akhirat.

Sistem Kepercayaan Diri - Penentu Realiti Hidup Anda

Kata Henry Ford, "Jika anda fikir anda boleh,
anda betul. Jika anda fikir anda tidak boleh,
anda juga betul."

Kata Napoleon Hill, "Apa yang minda percaya,
anda boleh mencapainya."

Kata saya, anda akan nampak sesuatu apabila
anda percaya ia berlaku. Jika anda percaya
kehidupan ini bagus, anda akan nampak buktinya
di sekeliling anda.

Kepercayaan anda terbentuk sejak kecil lagi.
Semuanya terakam dalam minda bawah sedar
daripada orang-orang yang mempengaruhi anda
dan daripada perkara-perkara yang anda lihat
dan dengar. Pemikiran anda di minda adalah
benar, yang mana apa yang anda percaya ia
benar, ia akan hadir dalam realiti hidup anda.

Hukum Tarikan memberitahu anda bahawa apa
yang anda fikir adalah apa yang anda tarik dalam
kehidupan anda. Jika anda percaya sesuatu yang
negatif akan berlaku dalam hidup anda, anda
menarik keadaan itu kepada anda. Begitulah sebaliknya.

Kepercayaan anda datang daripada bagaimana
anda dibesarkan dalam keluarga anda atau bagaimana
anda dipengaruhi sejak kecil. Segala maklumat yang
diberikan kepada anda telah diprogramkan dalam
minda anda, samada positif atau negatif.
Kehidupan anda sekarang adalah hasil daripada
kepercayaan anda yang lalu.

Jika anda telah dibesarkan dalam suasana yang
negatif, realiti hidup anda sekarang adalah negatif.
Contohnya, dari kecil anda dibesarkan dalam
keluarga yang porak-peranda, penuh dengan
pergaduhan, maka kehidupan anda sekarang
sering bergelut dalam pergaduhan.

Namun, anda boleh mengubah keadaan negatif itu
kepada positif dengan memprogram semula minda
anda dengan teknik-teknik Hukum Tarikan.

Nafkahkah Hartanya

Di antara ayat-ayat Al-Quran yang berhubung dengan rezeki:

"(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang
mendirikan solat dan menafkahkan sebahagiaan rezeki
yang Kami anugerahkan kepada mereka."
Al-Baqarah: 3

"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan
Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan
kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak
ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang
akrab dan tidak ada lagi syafaat…"
Al-Baqarah: 254

"Katakanlah kepada hamba-hamba Ku yang telah beriman,
hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan
sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka
secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum
datang Hari Kiamat yang pada hari itu tidak ada
jual beli dan persahabatan."
Ibrahim: 31

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-
orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah
serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh
butir, pada tiap-tiap butir: seratus biji. Allah melipat
gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.
Dan Allah Maha Luas (kurnia Nya) lagi Maha Mengetahui.
Al- Baqarah: 261

Tips Gembira & Syukur

Setiap hari, atau sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu,
ambillah beberapa minit dan fokus kepada melihat diri anda di dalam
kegembiraan dan kesyukuran. Rasakan kesyukuran dalam hati anda.

Bayangkan hanya kegembiraan yang paling dinikmati dalam kehidupan
anda sekarang ini dan lihatlah diri anda dalam kesyukuran. 
Nikmat kegembiraan yang anda nikmati ini akan menarik banyak
lagi perkara dan situasi kegembiraan hadir dalam kehidupan anda.

Anda tidak akan gembira jika anda risau tentang wang, atau risau 
tentang kesihatan, atau risau tentang masalah perhubungan dengan
rakan-rakan atau keluarga.

Dengan itu, masukkan situasi kegembiraan dalam kehidupan anda
melalui kaedah visualisasi (pembayangan) sekerap mungkin.
Perkara-perkara positif tentang kegembiraan akan datang kemudian
dalam hidup anda. Inshaa Allah.

Semoga kehidupan anda lebih ceria dan bahagia!

Kuasa Cinta ada pada setiap orang

Kuasa tertinggi yang kita ada adalah kuasa CINTA,
dan ia adalah satu-satunya yang kita miliki secara
tanpa had.

Berapa banyak cinta, kasih dan sayang yang kita beri
dalam satu hari?
Setiap hari kita mempunyai banyak peluang untuk
mencurahkan kasih sayang yang infiniti ini kepada
sesiapa sahaja – kepada pasangan, ibubapa, anak-anak,
keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.
Dan cinta yang paling agung adalah cinta kepada
Yang Maha Penyayang.

Cinta adalah menghargai, memuji, rasa bersyukur,dan
berkata yang baik-baik kepada orang lain.

Kita memiliki banyak cinta, kasih dan sayang untuk
diberikan, dan lebih banyak kita memberi, lebih
banyak kita akan terima.
Inshaa Allah.

Rahsia Tolak Musibah

Memang kita tidak dapat menduga…
Bila dan apakah kejadian malang atau sering
disebut musibah bakal menimpa kita.
Bukanlah kejadian yang besar-besar sahaja
disifatkan sebagai musibah, hilang duit 50sen
juga musibah. Besar atau kecil, itu adalah skalanya.
Realitinya, musibah tetap menggoncang hati manusia.

Sabda Nabi SAW,
"Sungguh pahala yang besar bersama ujian yang besar.
Apabila Allah mencintai seseorang, Dia memberi ujian
Kepadanya, siapa yang redha maka Allah redha padanya,
Dan siapa yang murka (marah dengan musibah) maka
Allah murka kepadanya.
(HR Tirmizi)

Namun, apakah kita tidak mampu meringankan musibah
ataupun menjauhkan diri daripada musibah?
Justeru ketetapan Allah SWT dalam dalam kehidupan
kita ini, masih ada 'kelonggaran' yang disediakan.

Apakah 'kelonggaran' yang diberikan itu?
Ya, itulah yang namanya SEDEKAH.

Sabda Nabi SAW:
"Bersegeralah bersedekah, sebab bala bencana tidak pernah
akan mendahului sedekah.
Belilah semua kesulitanmu dengan dengan sedekah.
Ubatilah penyakitmu dengan sedekah.
Sedekah itu sesuatu yang ajaib.
Sedekah dapat menolak 70 jenis bala dan bencana,
Dan yang paling ringan adalah penyakit kusta dan sopak.
(HR Baihaqi dan Thabrani)

Ayuh kita rutinkan aktiviti sedekah…

Rahsia Kenali Diri

Tidak ramai orang yang mengenali dirinya sendiri lebih dalam, 
kebanyakan hanya mengenal dirinya sendiri melalui percakapan 
orang-orang di sekeliling sahaja seperti keluarga, rakan-rakan, 
ataupun masyarakat di sekelilingnya. 
Sehinggakan ramai orang yang tidak mengenal dirinya sendiri, 
merasakan bahawa dirinya telah "sempurna" dibandingkan orang 
lain sehingga menimbulkan rasa sombong dan riak terhadap orang lain.

Sebaiknya seseorang harus lebih mengenal dirinya sendiri kerana 
terdapat beberapa manfaat yang akan memberi manfaat untuk dirinya 
dan juga untuk orang lain di sekitarnya. 
Berikut adalah beberapa Kelebihan Mengenal Diri Sendiri.


Mengetahui Kelebihan Diri
Semakin kita tahu kelebihan yang ada dalam diri kita dan ternyata 
diakui juga oleh orang di sekeliling kita, maka rasa percaya kepada 
diri semakin meningkat. Sentiasa tingkatkan atau mempertahankannya.


Mengetahui Potensi yang Terpendam
Ramai orang yang tidak mengetahui potensi yang ada dalam dirinya 
sehingga seringkali potensi itu tidak dibajai dan "mati" di tengah jalan. 
Setelah mengetahuinya, manfaatkan potensi itu dengan segera untuk 
mencapai matlamat hidup.


Menambah Rasa Syukur kepada Allah
Dengan banyaknya sifat positif, anda pasti tahu bahawa Allah memberikan 
anda banyak kelebihan yang mungkin selama ini tidak diperhatikan 
dan disyukuri. Kerana jika kita mensyukuri apa yang diberikan oleh Allah 
maka Allah akan menambah nikmatNya kepada kita. InsyaAllah.


Mengetahui Kelemahan Diri
Jika anda telah mengetahui kelemahan diri anda bahawa ada sifat 
negatif yang menjadi 'batu halangan' ketika anda ingin melangkah 
atau berhubungan dengan orang lain, maka usahakan untuk membuangnya 
atau mengurangkannya.


Tidak Sombong
Menyedarkan diri supaya tidak bersikap sombong, kerana ternyata 
masih banyak kekurangan. 'Di atas langit masih ada langit'. 
Itulah pepatah yang perlu anda pegang. Sepandai-pandai anda dalam 
bidang tertentu, pastinya ada orang yang lebih pandai dari anda. 
Jadi, jangan mudah sombong apalagi ditambahi dengan merendahkan 
orang lain, kerana kita ini masih banyak kekurangan.


Jika kita sudah mengetahui potensi diri kita dan juga kekuatan yang 
kita ada, langkah seterusnya adalah kita harus fokus kepada kekuatan 
itu dan terus bertindak terhadap kekuatan itu, sudah pasti kejayaan 
akan datang dalam kehidupan kita. Memang sangat penting untuk 
kita mengenal diri sebelum mengenal kejayaan.

Tip Kasih Sayang

Jika anda mendapati diri anda dalam situasi

yang negatif dengan seseorang, ambillah

beberapa minit setiap hari untuk merasakan

kasih sayang dalam hati anda terhadap orang

tersebut, dan memaafkannya…

Dengan bertindak sedemikian, ia membantu

membuang segala rasa kecewa, marah, sedih

atau segala sikap negatif terhadap orang itu.

 

Mesti ingat bahawa perasaan kecewa, marah,

sedih atau segala emosi negatif akan menarik

perkara-perkara yang negatif hadir dalam

kehidupan kita.

Merasakan kasih sayang akan menarik lebih

banyak perkara kasih sayang datang kepada

kita.

Apa yang kita rasakan dengan penuh emosi

terhadap seseorang, kita menariknya

kepada kita.

Rasai Nikmat Hidup

Kita lahir dan hidup di dunia ini adalah bukan keinginan
dan permintaan kita, tapi kerana kehendak dan kekuasaan
Allah SWT semata. Bukankah kita dulunya tiada, kemudian
menjadi ada dan akan menjadi tiada kembali (mati).
Itu adalah kehendak , rahmat dan kasih sayang-Nya semata
kepada semua makhluk Nya.

Ini bererti bahawa, hidup itu sendiri adalah nikmat terbesar
dari nikmat-nikmat yang telah kita terima. Semua nikmat
hakikatnya adalah rezeki dan semua nikmat menjadi tidak
bererti  apa-apa jika kita tidak diberi kehidupan.

Oleh itu, gunakanlah nikmat ini sebaik-baiknya agar kita
mendapat petunjuk, keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.
Sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang kita terima dan
sentiasa menyebutnya dan memuji kebesaran Allah SWT.

"Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu
menyebutnya (dengan bersyukur)". – Ad-Dhuha: 11

Sekadar untuk peringatan bersama…
Saya doakan anda bertambah rezeki dan lebih bahagia!

Saturday, October 22, 2016

3 Kunci Minda Positif

Assalamualaikum..

Jika anda sentiasa mempunyai minda positif, anda
akan rasa banyak perbezaan dalam kehidupan.
Segalanya akan rasa lebih baik dan mudah apabila
minda adalah positif.
Ia akan memperbaiki perhubungan, kerjaya, bisnes
dan menjadikan kehidupan luar biasa.

Di sini saya ingin berkongsi 3 Kunci untuk mengekalkan
Minda Sentiasa Positif:

Kunci 1 : Tindakan yang mempunyai "Passion"

Daripada anda hidup tak tentu arah dan berpusing
seperti rollercoaster, ambillah tindakan untuk mencipta
jalan kehidupan sendiri. Anda boleh mengawalnya dan
mula menuju ke matlamat anda dan wujudkan semangat
serta "passion" terhadap apa saja yang anda lakukan.
Anda akan dapat rasakan kelainan jika anda bertindak
dengan penuh minat dan semangat.

Kunci 2 : Komitmen

Nampak mudah memberi komitmen untuk melakukan
sesuatu untuk orang lain, tetapi apabila untuk diri sendiri..
agak susah untuk beri komitmen.
Nak tak nak…wajib beri komitmen untuk diri sendiri
dalam menjalankan tindakan, jika inginkan kejayaan sebenar.
Komitmen yang tinggi akan menghapuskan rasa ketakutan
dan kerisauan.

Kunci 3 :  Rasakan Kesyukuran

Bersyukur atas apa saja yang datang dalam kehidupan
anda, samada ianya baik atau kurang baik. Bersyukur atas
pengalaman yang anda lalui yang menjadi iktibar buat anda
dan juga atas peluang-peluang yang ada.
Kesyukuran adalah komponen minda positif yang paling
besar dan ia membantu anda bergerak ke hadapan dan akan
membuahkan hasil kenikmatan yang berganda. Inshaa Allah.


Ada satu lagi kaedah berkesan untuk positif kan diri melalui
programming minda dengan kaedah Hipnosis yang mampu
menjadikan minda seawal 3 hari.











Adab Berguru

BAGAIMANA ENGKAU MEMANDANG GURUMU?

Al Imam Ali bin Hasan al-Aththas mngatakan :
"Memperoleh ilmu, futuh dan cahaya (maksudnya terbukanya
hijab-hijab batinnya), adalah sesuai kadar adabmu bersama
gurumu. Kadar besarnya gurumu di hatimu, maka demikian
pula kadar besarnya dirimu di sisi Allah tanpa ragu".
(al Manhaj as Sawiy : 217)

Imam Nawawi ketika hendak belajar kepada gurunya, beliau
selalu bersedekah di perjalanan dan berdoa,
"Ya Allah, tutuplah dariku kekurangan guruku, hingga mataku
tidak melihat kekurangannya dan tidak seorangpun yang
menyampaikan kekurangan guruku kepadaku ".
(Lawaqih al Anwaar al Qudsiyyah : 155)

Beliau pernah mengatakan dalam kitab At Tahdzibnya :
"Durhaka kepada orang tua dosanya boleh hapus oleh taubat,
tapi durhaka kepada ustazmu tidak ada satupun yang
dapat menghapusnya ".

Habib Abdullah al Haddad mengatakan "Paling bahayanya
bagi seorang murid, adalah berubahnya hati gurunya kepadanya.
Seandainya seluruh wali dari timur dan barat ingin memperbaiki
keadaan si murid itu, niscaya tidak akan mampu kecuali gurunya
telah ridha kembali ". (Adaab Suluk al Murid : 54)

Seorang murid sedang menyapu madrasah gurunya, tiba-tiba
Nabi Khidhir mendatanginya. Murid itu tidak sedikitpun menoleh
dan mengajak bicara nabi Khidhir. Maka nabi Khidhir berkata,
"Tidakkah kau mengenalku ?. Murid itu menjawab,
"Ya, aku mengenalmu, engkau adalah Abul Abbas al Khidhir ".
Nabi Khidhir, " kenapa kamu tidak meminta sesuatu dariku ?".
Murid itu menjawab, " Guruku sudah cukup bagiku,
tidak tersisa satupun hajat kepadamu ".
(Kalam al Habib Idrus al Habsyi : 78)


Al Habib Abdullah al Haddad berkata, "Tidak sepatutnya
bagi penuntut ilmu mengatakan pada gurunya, "Perintahkan aku ini,
berikan aku ini !",kerana itu sama saja menuntut untuk dirinya.
Tapi sebaiknya dia seperti mayat di hadapan orang yg
memandikannya ". (Ghoyah al Qashd wa al Murad : 2/177)


Para ulama ahli hikmah mengatakan, " Barangsiapa yang
mengatakan "Kenapa ?" Kepada gurunya, maka dia tidak
akan bahagia selamanya". (Al Fataawa al Hadiitsiyyah : 56)

Para ulama hakikat mengatakan, " 70% ilmu itu diperoleh
sebab kuatnya hubungan ( batin, adab dan baik sangka )
antara murid dengan gurunya ".

Semoga kita semua termasuk murid yang baik dan mendapat
berkah dari guru kita.

Kenapa 90% orang gagal mencapai impian

Kenapa 90% orang gagal mencapai apa yang mereka
impikan ?

Jawapannya simple.

Sebab nombor satu ramai orang tidak dapat apa
yang mereka inginkan adalah kerana mereka tidak
TAHU apa yang mereka nak.

Kejelasan (Clarity) menuju kepada kuasa dan kuasa
memberikan anda keupayaan untuk bertindak.

Adakah anda jelas dengan apa yang anda nak?
Memang benar, untuk mendapatkan sesuatu,
kita perlukan perancangan dan strategi tertentu.
…tapi itulah di mana ramai orang fikirkan.

Mereka tidak tahu apakah langkah pertama untuk
tindakan.
Mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.
Mereka tidak mempunyai ilmu, kebolehan dan system
langkah demi langkah untuk sukses dalam apa jua
bidang.

Kesudahannya…mereka tidak bertindak langsung.
Hasil akan datang daripada tindakan yang betul.
Hasil dan tindakan yang betul mestilah bermula
dengan ilmu dahulu.

Nikmat yang manakah yang kamu dustakan?

Begitu banyaknya nikmat (rezeki) yang telah
dianugerahkan kepada kita, sehingga mustahil
kita mampu menghitung nikmat-nikmat itu.
Baik yang kita minta maupun yang tidak kita
minta. Allah telah mengabulkan  permintaan
kita sebelum kita minta.

Demikian juga, sepanjang umur kita hidup di
dunia dan sebanyak kebaikan serta amal ibadah
yang kita lakukan, maka tidak akan sebanding
dan tidak akan cukup untuk membayar nikmat-
nikmat tersebut di atas.

Dan itulah yang telah ditegaskan oleh Allah SWT
dalam Al-Quran:
"Dia telah memberikan kepadamu(keperluanmu)
dan segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya.
Jika kamu menghitung nikmat Allah, maka kamu
tidak akan dapat menghitungnya."
(Ibrahim:34)

Tapi…kita sering lupa atas nikmat tersebut dan
mengingkarinya. Dia memberi peringatan keras
sehingga 31 kali dalam Surah Ar-Rahman:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang
kau dustakan?"

Renung-renungkan kalimah di atas.
Semoga kita semua termasuk dalam golongan
insan yang bersyukur. Inshaa Allah…

Rahsia Murah Rezeki

Tip murah rezeki kali ini mudah sahaja.

Hanya dengan MEMBERI…

Uji parameter diri dengan Memberi.

Memberi sedikit pun tak mengapa.
Nanti lama-lama membukit juga.
sikit sikit lama lama jadi bukit.
Apa yang penting, lakukan amal kebaikan
dengan istiqamah.

Kesudian memberi dan berkongsi sesuatu
yang berharga, itu yang lebih utama dan
bermakna lagi terpuji sifatnya.

Nabi Muhammad SAW menghiburkan hati
kaumnya dengan menyatakan sedekah itu
tidak semestinya dengan harta.
Banyak perkara boleh dianggap sedekah-
Tasbih, tahmid dan takbir, menyeru yang
baik dan mencegah yang mungkar.
Termasuk juga dalam pesanan Nabi SAW
ialah apabila ringan tulang membantu orang,
hatta  mengukirkan senyuman, itu juga sedekah.

Semoga kita tergolong dalam Jemaah
yang MEMBERI. Inshaa Allah.

5 Tips Menjemput Wang

Wang boleh dijemput dengan mudah ke dalam

kehidupan kita tanpa bersusah-payah di sepanjang

hidup kita. Walau bagaimanapun kita perlukan berusaha

untuk bertindak dalam menarik wang dalam hidup kita.

Kita boleh menarik apa yang kita inginkan dalam kehidupan

kita. Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan:


1. Sedekahkan wang anda

Jika anda memberi dengan ikhlas, anda akan menerima

lebih banyak lagi. Jika anda menyimpan semua wang anda,

maka anda meletakkan halangan, di mana anda tidak akan

menjemput wang. Untuk menarik wang yang anda mahukan,

sedekahkan wang anda dengan ikhlas. Ketika memberi,

tanamkan dalam minda anda bahawa anda ada banyak lagi

wang pada anda.


"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki

mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman

yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (pembayarannya)

kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak."

(Surah Al-Hadid : 18)


2. Bayangkan ada wang yang banyak

Ini adalah proses visualisasi iaitu apa yang anda bayangkan

dalam minda anda, akan menentukan masa depan anda.

Dengan menjalani kehidupan seperti orang kaya, ia akan

membantu menjemput wang yang anda inginkan ke dalam

kehidupan anda. Contohnya anda makan di hotel mewah

yang anda tidak pernah fikir sebelum ini.

Sebelum anda mengalami perkara yang indah dalam hidup,

anda perlu percaya dan bayangkan ia berlaku dalam hidup

anda. Bayangkan anda mempunyai banyak wang, bermakna

anda telah pun dapat wang tersebut.


3.  Jaga wang anda dengan baik

Ramai orang yang tidak tahu bagaimana menjaga wang tunai

mereka. Jika anda ada wang tunai, lipat dengan kemas dan

susun cantik-cantik dalam beg duit anda dengan teratur.

Dengan berbuat demikian akan membenarkan anda menjaga

wang anda dengan baik dan hasilnya adalah anda akan

menjemput lebih banyak wang.


4.  Hargai Wang

Ambil sedikit masa dan hargai semua wang yang anda ada

dengan penuh kesyukuran. Apabila anda menghargai sesuatu,

ia menghargai anda semula. Ini adalah Hukum Kesyukuran

(Law of Gratitude). Jika anda memberi kebaikan, anda akan

dapat kebaikan sebagai pulangan.

Bersyukurlah atas segala rezeki yang diberi oleh Nya.


5.  Sentiasa ada wang tunai

Daripada ada wang seringgit dalam beg duit, letaklah wang

beratus ringgit. Ini dapat membantu menjemput lebih banyak

wang dalam beg duit anda pada masa akan datang.

Untuk menjemput wang, anda perlu bertindak seperti orang

kaya yang banyak wang. Selalu ingatkan dalam minda bahawa

anda sentiasa ada banyak wang.

Tuesday, October 18, 2016

Kenali diri Anda

Ramai orang yang tersalah pilih kerjaya…
Ramai orang yang tersalah pilih bisnes…
Ramai juga yang tersalah pilih bidang pembelajaran…
Ramai yang melanggar dinding – buat itu dan ini tak menjadi…

Sebab itulah mereka selalu bersusah-payah dalam pekerjaan mereka.
Dan akhirnya….GAGAL

Ini adalah kerana mereka tidak pernah kenal diri mereka.
Juga tidak mengetahui apakah potensi yang mereka ada.

Sebenarnya semua orang adalah GENIUS.
Setiap orang mempunyai kekuatan dan bakat tersendiri.

Jika dah tahu kekuatan masing-masing, lebih mudah usaha mereka
pada bidang yang sesuai dengan diri mereka dan boleh capai
kejayaan dengan mudah.

Jalan yang mana perlu dipilih - Positif atau Negatif

Apabila berlaku perubahan kurang baik yang mempengaruhi
hidup kita, kita selalu menganggap ianya suatu yang buruk
dan menyebabkan diri kita kecewa, sakit dan menderita.
Namun kita sentiasa ada pilihan.

Dalam alam ini, bukan hanya ada satu jalan, dan kita tidak
akan terperangkap dengan ketiadaan jalan keluar, tidak kira
apapun yang berlaku.

Dalam setiap keadaan dalam kehidupan kita, pasti ada dua jalan,
iaitu jalan POSITIF dan NEGATIF dan Anda akan memilih jalan
mana yang anda nak. Pastikan anda memilih jalan yang betul.

Sudah pastinya, jalan yang betul adalah jalan yang diredhai
Allah SWT.

Monday, October 17, 2016

Hukum Tarikan - 3 Tips untuk Membantu Anda menarik Impian Anda

Penggunaan Hukum Tarikan adalah kaedah yang efektif
untuk mengubah kehidupan anda, sekiranya anda
melakukannya dengan betul. Jika ia tidak jadi pada anda,
kemungkinan anda telah melakukan kesilapan dan
kesilapan itu menyebabkan anda telah menarik kekurangan
dalam hidup anda. Berikut adalah 3 tip untuk membantu
anda menarik impian dan kesenangan dalam hidup anda.


1.  Ubah Perspektif Anda

Kita ambil contoh peningkatan dalam pendapatan sebagai impian

kita kerana kebanyakan orang mengalami masalah sebegini.

Ayat ini biasa diucapkan oleh ramai orang – "Saya tidak mahu

miskin lagi". Walau bagaimanapun, jika anda melihat pernyataan ini

dengan lebih dekat, anda akan dapati bahawa kata kuncinya

adalah miskin. Jika anda ingin menarik kekayaan, anda tidak

mahu untuk berkata tentang kemiskinan, kerana apa yang

anda cakap, adalah apa yang akan datang kembali kepada anda.

Dalam erti kata lain, kata-kata adalah DOA.

Jadi, sebagai gantinya sebutlah seperti ini, "Saya memiliki lebih wang

supaya saya rasa bahagia dan boleh pergi ke mana-mana sahaja."


2.  Ubah Reaksi Anda

Reaksi pertama anda terhadap situasi kewangan anda, seperti

bil kad kredit yang banyak, adalah biasanya menjadi bimbang

yang anda tidak boleh membayarnya dan anda berfikir yang anda

tidak cukup wang untuk membayar semua bil anda. Jika anda kekal

dengan reaksi pertama anda itu, anda akan hanya menarik lebih

kemiskinan. Jadi, anda harus tanya diri anda jika anda boleh melihat

situasi ini secara berlainan.

Lihat apakah yang anda beli dengan menggunakan kad kredit.

Adakah anda suka dengan barang tersebut atau mendapat manfaat

daripada perkhidmatan yang anda bayar? Semestinya anda suka.

Jika anda perlu membayar untuk suatu pembaikan kereta anda,

anda jadi lebih selamat.

Sama juga seperti bil-bil rumah anda. Anda menggunakan elektrik

untuk menerangi bilik, memasak dan menonton televisyen. 

Anda menggunakan telefon dan internet untuk menghubungi

rakan-rakan anda, mencari maklumat dan menyediakan hiburan

kepada anda. Hutang rumah atau sewaan rumah anda, memberi

tempat untuk anda berteduh.

Dengan itu, selain daripada merungut tentang bil-bil anda,

bersyukurlah terhadap apa yang anda nikmati selama ini.


3.  Kenalpasti  Nikmat

Anda mesti terfikir yang mana anda diberi rezeki yang sedikit dalam

kehidupan anda, namun anda boleh mencarinya. Juga apabila anda

tidak mempunyai banyak wang, rumah besar atau kereta mewah,

anda mempunyai kelimpahan rezeki daripada banyak sudut.

Anda mungkin mempunyai ramai kawan dan mungkin anda

mempunyai banyak makanan dan minuman.

Anda ada cuaca yang baik dan apabila hujan turun, ia memberi anda

air minuman, kehijauan padang , pokok buah-buahan dan bunga

berwarna-warni untuk berkembang yang akan menjadi makanan anda.

Jika anda tidak dapat mengenalpasti, anda ada banyak udara yang

anda sedut setiap masa setiap hari. Ia membuatkan anda terus hidup

sehingga kini.

Apabila anda mengenalpasti nikmat, anda perlu mula menghargainya

dan bersyukur. Kemudian anda akan menarik lebih kenikmatan dalam

kehidupan anda.


InsyaAllah…

Jemput Rezeki dengan Memberi

Manusia suka memberi kerana mungkin
mereka banyak harta. Atau kerana mereka
mempunyai sifat pemurah semulajadi.
Boleh jadi kerana tuntutan sesuatu perkara
seperti bersedekah kerana Allah.

Walau apa pun sebabnya, memberi adalah satu
amalan yang mulia. Memberi bukan hanya untuk
orang kaya sahaja, kerana memberi itu milik semua.

Daripada Abu Dzar r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Bukankah Allah telah menjadikan pelbagai macam
cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih
adalah sedekah, setiap kalimah tahmid adalah sedekah,
setiap kalimah tahlil adalah sedekah, amar makruf
dan nahi mungkar adalah sedekah."
(Riwayat Muslim)

Inilah keluasan sedekah, sebagaimana yang dikehendaki
oleh Allah SWT dan Nabi SAW. Memberikan sesuatu
kepada orang lain yang memerlukan, bukanlah semata-
mata kerana kita kaya, tetapi kerana kita tahu memberi
itu suatu amalan yang mulia.

Memberi, mencerminkan kemuliaan hati. Orang yang
suka memberi, mereka bukan sekadar meraih
kemuliaan di dunia, malah di akhirat yang abadi.
Sesungguhnya Allah SWT memberi jaminan akan
menggantikan apa yang kita beri.
(Rujuk Surah Saba', ayat 39)
Dan sudah tentu Rezeki kita akan bertambah.

Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita terima.
Inshaa Allah.

Perbanyak Rezeki dengan Salawat

Salah satu cara memperbanyak rezeki dengan salawat ke atas Nabi SAW.

Dari Samurah bin Jundub RA:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan memohon
beberapa nasihat mengenai amal kebajikan. Di antara sabdanya:

"Banyak berzikir dan bersalawat atasku, akan menafikan (meniadakan)
kemiskinan."
HR Abu Nuáim

Menurut ijma' ulama, salawat merupakan amalan yang sangat 
dianjurkan bagi setiap Muslim, bahkan ada sebagian yang
mewajibkan. Hal ini berdasarkan surah Al-Ahzab, ayat 56:

"Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat ke atas nabi. 
Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuknya dan 
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Lebih banyak kita bersalawat, maka lebih baik dan ia merupakan
sumber syafaat bagi pembacanya di dunia dan akhirat nanti.

Inshaa Allah.

Letih Mencari Rezeki....

Dalam mencari rezeki, ada orang yang bekerja sampai tak lena tidur dan makan tak kenyang. Bukan hanyasiang, dia terus bekerja sehingga ke malam.
Seluruh anggota keluarga ikut mencari rezeki- suami,isteri dan anak yang dipaksa untuk mencari rezeki.

Mereka mengejar rezeki dengan segala daya upaya.Namun apa yang diusahakan setengah mati itu,tak kunjung tiba, atau yang diperoleh tak sebanding
dengan usaha yang dikeluarkannya.

Kadang-kadang kita sampai putus asa.

Fikiran kita kadang-kadang menjadi buntu, bahkanada yang timbul keinginan untuk menggantung diri.Nauzubillah min zalik...

Ada pula di antara kita yang tidak putus asa, tetapiberusaha terus meskipun dalam keadaan payahdan rumit, walaupun dalam keadaan muflis, dia 
bangkit sendiri sehingga mencapai kebebasanyang dikehendakinya, dengan usaha sendiri.

Cuba perhatikan hadis berikut, inilah jawapan yangmungkin kita tercari-cari selama ini...

Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa mempunyai suatu keperluan, laludihubungkannya kepada manusia, meminta tolongkepada sesama manusia, adalah selayaknya keperluan itu tidak mudah dicapai. Tetapi barang-siapa yang menghubungkan keperluannya itu kepada Allah, meminta tolong kepada-Nya, tentu Allahmendatangkan kepadanya rezeki yang segera atau memberi umur yang panjang."
(HR Ahmad)

Walau apapun keperluan kita, hendaklah kitahubungkannya kepada Yang Maha Kuasa,hanya Dia yang boleh membantu kita.

Inshaa Allah.

Sunday, October 16, 2016

7 Kesilapan Pemasaran

[7 Kesilapan Pemasaran]

1. Tidak kenal pelanggan sendiri.
- siapa yang kita nak, siapa yang patut gunakan produk/ khidmat kita
- produk tak sesuai untuk online kita online kan. Jadi yang nampak tak mahukan produk kita sebab bukan selera mereka.

2. Terlalu fokus dan sentimental kepada produk sendiri sampai jadi taksub.
- perlu tengok produk orang lain jugak untuk buat perbandingan (market research)
- cuba untuk sentiasa improve produk sendiri dengan ramuan, nilai dan presentation.

3. Tak jelas dengan pasaran sendiri, tak tahu kenapa orang beli produk sendiri. Langsung tak ambil peduli keadaan pasaran. Bila syok sendiri dengan produk sendiri sudahnya makan sendiri ajelah.

4. Buat strategi pemasaran yang tak kelihatan professional. Ini pentingnya Branding.

5. Tak simpan maklumat pelanggan ( tiada database- ini kesalahan paling besar. Pelanggan datang dan pergi. Kalau ada maklumat pelanggan jadi mudah untuk kita berhubung dengan mereka dan jadikan mereka pelanggan tetap. Half of the headache of achieving sales is gone. Masa yang ada kita gunakan strategi lain untuk tarik pelanggan baru.

6. Tiada laman web sosial media, fb page, google maps, waze, blog. Manusia suka bersosial. Jadi laman sosial juga cara mudah untuk dapatkan pelanggan.

7. Tak nak tonjolkan diri atau brand. Branding ke laut! Kalau owner sendiri tak yakin dengan produk/ khidmat mereka bagaimana nak tarik pelanggan. Imej juga penting. People need to love you before they get your products or seek for your services.

Ini adalah antara peringatan penting Dr Azizan Osman kepada para usahawa

Berniaga memang banyak persaingan

Tapi bagaimana nak jadikan perniagaan anda lebih unik dan lebih menonjol dari perniaga lain?

Anda perlu tahu 10 aspek ini yang boleh menjadikan perniagaan anda lebih unik (Unique Selling Proposition).

1. Kita boleh jadi unik dari segi harga. Jangan lawan harga tapi jadikan produk kita unik. Fikirkan tentang nilai yang lebih tinggi yang kita boleh berikan kepada pelanggan.

2.Perkhidmatan yang diberikan atau pengalaman ketika berurusniaga. Berikan perkhidmatan yang lebih baik. Boleh adakan 'feedback form' dan tanya berapa markah yang mereka boleh berikan untuk perkhidmatan kita. Dari maklumbalas kita boleh perbaiki perniagaan.

3. Penyampaian iaitu memberikan perkhidmatan sebaik mungkin. Yang mungkin pesaing tak buat. Berikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

4. Ketahanan. Contoh, produk yang tahan lebih lama atau yang boleh digunakan dalam jangka masa lama.

5. Eksklusiviti. Berikan pengalaman eksklusif menggunakan produk anda atau berurusan dengan anda.

6. Convenience iaitu kemudahan untuk dapat produk atau perkhidmatan. Lagi senang pelanggan atau prospek dapat produk anda, lagi mudah untuk anda berniaga.

7. Availability. Mudah dan tersedia ada. Contoh untuk dapatkan kereta warna merah, dah ada stok dan tak perlu tunggu lama.

8. Warranty. Jaminan atau gerenti yang diberikan kepada pelanggan. Boleh jual jaminan contoh : untuk 1 tahun pertama percuma tapi untuk waranti 3 tahun kena bayar.

9. Kakitangan yang berkemahiran dan penampilan yang baik. Juga sistem yang baik. Sistem yang tidak bermasalah.

10. Berikan manfaat atau kelebihan produk dan result. Berikan pengalaman yang hebat setelah menggunakan produk atau perkhidmatan. Contoh Selepas menggunakan produk atau perkhidmatan pelanggan akan dapat transformasi hidup kepada lebih baik.


Ini perkongsian dari Dr Azizan Osman

Wednesday, October 5, 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Rapidgator.net